ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

22 December 2011

ECC 'Burung Hantu Ride' 2011

Aishhhh, tahun 2011 sudah nak sampai pun ke penghujungnya. Ah Chong a.k.a Tok Penghulu bila disuruh buat laporan pasal kayuhan ni, sibuk aje memanjang. Begitu juga dengan geng Pedal Krem Riders yang lain, bolehlah diumpamakan seperti pantun moden ni:

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;
Suruh berbasikal saya usahakan,
Suruh buat laporan, saya tak mahu ...

Mau tak mau, terpaksalah saya juga yang kena buat laporan. Tapi, bagaimana saya hendak membuat laporan sedangkan tidak berada di lokasi kejadian sewaktu acara berlangsung ? Hmmm, jalan mudah kenalah cilok album gambar Ah Chong di Facebook nya dah membuat ulasan bergambar. Disertai dengan membuat sedikit penyelidikan di laman web ECC, berikut dipersembahkan pengkisahan penyertaan geng Pedal Krem Riders serta sedikit sejarah mengenai acara kayuhan malam offroad secara beramai-ramai ini.

Latar Belakang ECC & 'Burung Hantu Ride'

- ECC merupakan singkatan kepada 'Enviroment Cycling Club'. Mereka diasaskan oleh beberapa orang penggiat acara berbasikal dari beberapa kumpulan di negeri Melaka yang bergabung untuk membentuk sebuah kelab. Kelab berbasikal ECC ditubuhkan oleh basikalis, untuk basikalis (by cyclist, for cyclist)

- 'Burung Hantu Ride' 2011 merupakan acara kayuhan offroad malam beramai-ramai kali ketiga pernah dianjurkan oleh ECC. Kali pertama pada 24hb Okt 2009, kali kedua pada 30hb Okt 2010 dan yang terkini pada 1hb Okt 2011 lalu.

Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Imej lebih beresolusi tinggi boleh dilhat dengan cara klik pada gambar.

ECC Burung Hantu Ride 2011

- Tarikh: 1~2hb Okt 2011

- Yuran RM 50 untuk seorang, dengan RM 5 akan disumbangkan kepada badan amal. Pendaftaran penyertaan adalah secara individu ataupun berkumpulan. [Rujuk sini]

- Logo 'Burung Hantu Ride' 2011:

Logo ECC Burung Hantu Ride 2011

- Rekabentuk Kemeja-T 2011 ECC Burung Hantu Ride

Pandangan hadapan

Pandangan belakang

- Undang-undang penyertaan [Rujuk sini]

- Penajaan [Lihat sini]

- Laluan kayuhan berjarak lebih kurang 45 kilometer dengan 5 check point [Rujuk sini]

- Profail laluan


Profail laluan 'Burung Hantu Ride' 2011

- Aturcara program [Rujuk sini]

- Koleksi album gambar [Lihat sini]

- Komen tentang ECC 'Burung Hantu Ride' 2011 oleh rakan-rakan kayuhan [Kompilasi di sini]

Penyertaan Pedal Krem Riders pada Burung Hantu Ride 2011

- Burung Hantu Ride 2011 pada kali ini, disertai oleh wakil dari Pedal Krem Riders iaitu Ah Chong, Arey, Hadri, Jay, Adzmin, Pojie dan seorang lagi rakan sekutu PK Riders iaitu Zuwairy. 

- Jika pada tahun 2010 sebuah homestay disewa ketika di Melaka, tetapi tidak untuk tahun ini dimana semua ahli datang berasingan dan berjumpa di sekitar lokasi kawasan permulaan kayuhan.

- Gambar-gambar diambil dari album Ah Chong di Facebook beliau:


Ah Chong datang berseorangan, dengan kenderaan & basikalnya
Proses pendaftaran dan mengambil cenderahati (goodies)
XDS, antara syarikat yang mengambil peluang membuka khemah pameran/jualan
Jenama Cat Eye, tidak asing lagi dikalangan basikalis
Basikal lama jenama Raleigh turut dipamerkan
Hadiah-hadiah utama cabutan bertuah
Persiapan lampu dan plet penyertaan pada basikal Ah Chong
Peserta mula membanjiri kawasan stadium UTeM
Foto grup Pedal Krem Riders
Sempat menyedut oksigen karbon monoksida. AMARAN: Merokok merbahaya untuk kesihatan
Adzmin sempat menambah kalori yang diperlukan sebelum berkayuh
Bunga api turut dilepaskan untuk menggamatkan lagi keadaan
Pedal Krem Riders ready to rock & roll !!
Ohhh, kesesakan lalulintas mula berlaku ...
Laluan ditandakan dengan LED yang dibuat khas dan diletakkan di tempat strategik
Ah Chong di checkpoint, mengambil pisang yang disediakan penganjur
Antara mereka yang ter'tewas'  ) :
Dari offroad, laluan kembali keluar ke on-road
Menghampiri kawasan stadium UTeM
Bakal melalui gerbang penamat, dalam perjalanan ke khemah urusetia
Ah Chong dengan urusetia penganjuran, sebelum mengambil medal nya
Rezeki cabutan bertuah Ah Chong, mendapat hadiah berupa topi keledar
Rupabentuk medal 2011 ECC Burung Hantu Ride dari dekat
Macam biasa, Pojie setiap kali lepas habis 'Burung Hantu Ride' mesti krem satu badan ( :
Zuwairy top up kalori yang hilang selepas jauh berkayuh
Arey menghantar 'laporan mutakhir' kepada 'orang rumah' barangkali ...
Hadri menyedut oksigen karbon monoksida sambil berSMS, dengan diperhatikan oleh Zuwairy yang sedang asyik makan
Peserta berehat di mana-mana sahaja kawasan yang difikirkan selesa
"Ini tamat ke tidak sebenarnya ni hehehe ..."
Beratur untuk mengambil hidangan yang disediakan oleh penganjur
Arey dan Adzmin sedang menikmati makan malam awal pagi mereka
Hidangan yang disediakan oleh pihak penganjuran
 
"A thing well done is worth doing" - Hugh Leonard

06 December 2011

Selamat pengantin baru: Nik Ahmed Azran - Zizi

Kami, warga Pedal Krem Riders mengucapkan selamat pengantin baru kepada encik Nik Ahmed Azran dan isteri, puan Zizi. Pedal Krem Riders diwakili oleh Hairul Anwar, Jay Hamid dan Hadri Aswad Salim telah menghadiri majlis walimatul urus mereka bertempat di Taman Warisan Pertanian, Presint 16, Putrajaya pada 20hb Nov 2011 lalu.

Sekeping gambar kenangan menghadiri majlis tersebut ...

Wakil Pedal Krem Riders (dari kiri, Hairul, Jay & Hadri) menghadiri majlis perkahwinan Nik dan isterinya, Zizi [klik untuk pembesaran imej]

“Ya Allah Ya Tuhan kami. 
Kami mohon restuMu, berkatilah majlis mereka. 
Limpahkanlah berkat dan rahmat atas pasangan suami isteri ini. 
Jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia.
Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat. 
Sempurnakanlah agama mereka, dengan berkat ikatan ini. 
Amin Ya Rabbal Alamin...”