Assalamualaikum, salam sejahtera. Belum terlambat rasanya untuk penulis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, salam Syawal 1433H buat semua, maaf zahir batin.
Memang tidak dapat dinafikan, berbasikal menjadi minat individu serta komuniti dan kadangkala ianya boleh mencapai sehingga tahap gaya hidup (lifestyle).
Setiap kalinya datangnya bulan Ramadan dan Syawal, mereka ini akan cuba menghubung-kaitkan minat bersama konteks sambutan kedua bulan tersebut. Berikut disenaraikan perkara-perkara mengikut pengalaman peribadi dan hasil pemerhatian dari rakan-rakan yang meminati aktiviti berbasikal.
Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan dan info lanjutan. Klik pada gambar untuk melihat imej yang lebih beresolusi tinggi.
Berbasikal bersama di waktu malam pada bulan Ramadan
Kepenatan bekerja dalam bulan puasa bagi sesetengah individu, diikuti sebahagian masa untuk beribadah bagi memperolehi pahala semaksima mungkin tidak menghalang peminat tegar aktiviti berbasikal. Kebiasaannya mereka akan menetapkan masa dan tempat berkumpul, selalunya seawal jam 10 malam sehingga ke jam 12 tengah malam. Berkayuh ke destinasi yang dirancang, berehat atau minum di mana-mana restoran dan kemudian berpatah balik.
Sesampainya di lokasi permulaan kayuhan atau tempat berkumpul, ianya mungkin boleh berlanjutan kepada acara bersahur bersama-sama pula.
Berbuka puasa bersama di bulan Ramadan secara berbasikal.
Tidak pernah diketahui dari rakan-rakan komuniti berbasikal tentang adanya akan acara sebegini. Tetapi, penulis pernah menjalaninya sendiri bersama rakan kayuhan, encik Azman Zainal pada 19 Ramadan 1433H bersamaan 8hb Ogos 2012 lalu.
Dimulai dengan bertemu di Dataran Shah Alam, kemudian ke bazar Ramadan Kompleks PKNS bagi membeli juadah. Masa yang terluang kemudiannya diisi dengan mencari kawasan-kawasan menarik untuk bergambar sementara menunggu masuknya waktu Maghrib.
Usai berbuka, kami berdua ke kediaman Azman untuk solat Maghrib diikuti ke surau berhampiran rumahnya untuk solat Isyak berjemaah dan solat sunat terawih. Satu pengalaman indah yang tak mungkin saya lupakan di dalam Ramadhan 1433H / 2012 atau sepanjang hidup ini. Di bawah antara gambar-gambar kami yang sempat dirakamkan:
|
Gambar 2. Penulis di sudut yang sama, cuma pada aksi berbeza. Konon-kononnya sedang bermeditasi. |
|
Gambar 3. Menunggu masuknya waktu Maghrib dengan duduk di tepi tasik sambil mengadap pemandangan indah Masjid SSAAS a.k.a Masjid Biru |
Bergambar dengan pakaian raya di dalam bulan Ramadhan
Alang-alang dah berkumpul dan berkayuh, seronok juga rasanya jika dapat bergambar dengan pakaian raya masing-masing. Menjadi kelaziman rakan-rakan Pedal Krem Riders untuk melakukan ini sejak beberapa tahun yang lalu cuma pada tahun ini sahaja ianya tidak dapat dilakukan ) :
|
Gambar 4. Ramadhan 1430H / 2009 |
|
Gambar 5. Ramadhan 1430H / 2009 |
|
Gambar 6. Ramadhan 1431H / 2010 |
|
Gambar 7. Ramadhan 1431H / 2010 |
|
Gambar 8. Ramadhan 1431H / 2010 |
|
Gambar 9. Sambutan pra Syawal 1432H dan juga bersempena Hari Kebangsaan Malaysia kali ke 54 tahun pada 2011. |
Merekabentuk dan menghantar kadraya yang bercirikan basikal
Kalau dah namanya minat berbasikal, kadraya Aidilfitri yang direkabentuk juga mempunyai elemen-elemen basikal. Berikut kadraya dalam format e-card yang saya perolehi melalui koleksi peribadi mahupun dari rakan-rakan berbasikal.
|
Gambar 10. E-kadraya penulis untuk tahun 1431H / 2010 |
|
Gambar 11. E-kadraya penulis untuk tahun 1432H / 2011 |
|
Gambar 12. E-kadraya penulis untuk tahun 1433H / 2012 |
|
Gambar 13. E-kadraya penulis untuk tahun 1433H / 2012 (edisi kedua) |
|
Gambar 15. E-kadraya 1433H / 2012 Ciclista |
|
Gambar 17. E-kadraya 1433H / 2012 Farred |
|
Gambar 18. E-kadraya Najib |
|
Gambar 19. E-kadraya 1433H / 2012 encik Ramly |
|
Gambar 20. E-kadraya 1433H / 2012 Tun Teja |
|
Gambar 21. E-kadraya 1433H / 2012 Zaida |
|
Gambar 22. E-kadraya 1433H / 2012 Kelab Berbasikal KBC |
Berbasikal di pagi Syawal
"Gila apa nak kayuh basikal pagi-pagi raya ni ?" Mungkin nada sebegitu yang akan kita terima andai menyuarakan keinginan untuk berkayuh di pagi 1 Syawal. Janganlah berbasikal di pagi 1 Syawal, sebaliknya carilah hari yang terkemudian sedikit. Penulis dan adik beradik pernah berbasikal kembara di pagi 4 Syawal 1430H / 2009, itupun setelah mengambil kira tidak kemana-mana dan tidak juga mengadakan rumah terbuka. Walaubagaimanapun, kami tetap mengadakan ziarah sanak saudara dengan membawa ibubapa pada sebelah tengahari, petang dan malamnya. Cerita lanjut boleh dibaca di sini.
|
Gambar 23. Kayuhan pagi 4 Syawal 1430H / 2009 |
Ziarah Syawal dan bergambar bersama basikal
Bila dah gila basikal ni, masa berhariraya jika ternampak sebarang basikal pun mesti nak bergambar juga, barulah mendatangkan kepuasan barangkali. Gambar berikut ialah ketika penulis menziarahi rumah rakan, encik Latif di Sungai Manik, Perak pada Syawal 1432H / 2011 lalu.
|
Gambar 24. Sesi fotografi di tepi bendang bersama sebuah basikal tua pada Syawal 1432 / 2011 lalu. Macam cover album kumpulan nasyid kontemporari aje hehehe ... |
Kembara berbasikal beramai-ramai di bulan Syawal
"Ini lagi satu ! Gila apa berkayuh jauh ramai-ramai dalam musim raya ni !" Mungkin itulah tanggapan orang ramai pada aktiviti ini bila melihatkan konvoi kami berkayuh dalam satu barisan.
Alhamdulillah, Kayuhan Merdeka Raya 2012 baru sahaja diadakan pada 31hb Ogos 2012 / 13 Syawal 1433H yang lalu. Mengambil sempena cuti tiga hari gabungan Hari Kebangsaan dan hujung minggu, program yang dianjurkan oleh Darul Ehsan Touring Cyclist (DET-C) selama tiga hari dua malam ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Ia melalui laluan dalam yang bercampur aduk antara jalan bertar dan tidak bertar (offroad) dari Sementa menuju ke Kuala Selangor pada hari pertama, Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sekinchan - Tanjung Karang pada hari kedua dan Tanjung Karang - Kuala Selangor - Sementa pada hari ketiga.
Selain dari mengukuhkan ukhwah persaudaraan antara peminat kembara berbasikal, ianya juga bertujuan untuk mendedahkan para peserta kepada aktiviti sosio-ekonomi warga tempatan, menghayati keindahan alam serta menanamkan peri pentingnya menjaga alam sekitar agar ianya dapat diwariskan kepada generasi seterusnya.
|
Gambar 25. Acara pelepasan peserta Kayuhan Merdeka Raya 2012 di Kompleks Rakan Muda Daerah Klang. |
|
Gambar 26. Peserta bergambar kumpulan di hadapan Taman Alam Kuala Selangor |
W A S S A L A M
Nukilan:
Azizan Zolkipli.
Shah Alam, Selangor
Rabu; 25 Syawal 1433H / 12 Ogos 2012