ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

04 June 2012

Selamat melangsungkan perkahwinan - Hairul Anwar !


Tahniah, seorang lagi ahli Pedal Krem Riders (selepas ini akan disebut sebagai PK Riders), encik Hairul Anwar bersama pasangannya puan Nadiah telah melangsungkan perkahwinan pada petang 14hb April 2012 lalu. Biarpun telah lebih sebulan ianya berlalu, tetapi kami dari PK Riders tetap mahu mewar-warkan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Bak kata pepatah Inggeris, 'better late than never ..."

Majlis walimatul urus pihak perempuan telah dibuat pada 15hb April di Taman Tasik Titiwangsa manakala pada pihak pengantin lelaki seminggu kemudiannya di Keramat AU2. Hampir semua rakan Pedal Krem Riders menghadiri, tapi malangnya foto grup yang diambil tidak diketahui pada kamera siapa. Hmmm, sabar ajelah ...


Gambar 1. Gambar ketika bertunang

Gambar 2. Lagi satu gambar ketika bertunang

Gambar 3. Diarak menaiki kereta kuda milik DBKL ketika di Taman Tasik Titiwangsa

Gambar 4. Pengantin berbusana serba putih

Gambar 5. Doa dipohon meminta kerahmatan dalam majlis dan kehidupan


“Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami mohon restuMu, berkatilah majlis ini. Limpahkanlah berkat dan rahmat atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan terhadapMu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat. Sempurnakanlah agama mereka, dengan berkat ikatan ini. Amin Ya Rabbal Alamin ...”