ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

19 April 2010

Menjelang Syawal 1430H: 18.09.2009

Orang lain semua sudah pulang ke kampung, bagi kami yang masing2 menetap di Lembah Kelang atau tempat tinggal / kampung yg berhampiran memilih untuk pulang lewat ke kampung. Bukan apa, balik awal pun kalau terperangkap dalam kesesakan yang teruk pun stress juga.

Kayuhan ini dimulakan dari rumah Ah Chong di Bandar Tun Razak. Melalui lebuhraya Maju Expressway (MEX) dan kemudiannya memasuki Putrajaya. Di salah sebuah jambatan di sana, kami semua menukar kepada persalinan baju melayu, iaitu seperti yang telah dirancangkan terlebih dahulu. Selesai sessi bergambar, siap dengan aksi lompat2, masing2 pulang ke Bandar Tun Razak dengan kadar segera kerana hendak mengejar waktu Imsak : )


Di penghujung lebuhraya MEX (Maju Expressway), berhampiran tol.


Macam kumpulan nasyid nak buat pertunjukan pula, tapi ada basikal pula kat tepi tu ?


Angle lain pula


Ah Chong a.k.a Tok Penghulu bergaya dgn persalinan baju raya serta basikal beliau


Jus juga tidak ketinggalan bergaya dgn baju Melayu '3 stripes' beliau


Aksi lompatan kegirangan, "tak lama lagi dah nak raya" ...


Satu lagi aksi lompatan, kali ini disertai oleh Tok Penghulu



No comments: