ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

28 May 2010

BTR - Mantin - BTR: 21.05.2010

Kayuhan dari Bandar Tun Razak (BTR) ke Mantin dan kembali ke BTR melalui Jalan Cheras, Saujana Utama & Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS). Jarak sekitar 100km, pergi dan balik.

Ah Chong, abang Ken & Wakjan bertiga berkayuh dari rumah Ah Chong di BTR, sebelum disertai oleh Along di jalan Cheras. Jumlah peserta2 bertambah dengan kehadiran beberapa pengayuh yang sedia menunggu di Shell berdekatan Kajang. Konvoi memasuki jalan dalam yang kemudiannya keluar di jalan Saujana Utama.

Beberapa kilometer dari persimpangan Semenyih / Rinching di Lebuhraya LEKAS, basikal abg Ken mengalami masalah dimana rimnya bengkok. Konvoi kemudian berhenti berhampiran plaza tol Semenyih untuk kerja2 pembaikan. Seolah2 tahu ini akan berlaku, abang Ken kebetulan membawa set lengkap peralatan membaiki & menyelenggara basikal. Begitu juga dengan kehadiran Along yang dapat membantu membuka & memasang kembali jejari rim yang patah. Nasiblah ada pakar membaiki basikal, kalau ikut idea Ah Chong, hendak dihempuknya rim tersebut hasil dari pengalaman beliau sendiri ketika rimnya bertukar menjadi angka lapan hehehehe : )

Malam itu, abang Ken khususnya & rakan2 lain amnya dapat berkongsi pengalaman membuka sistem internal hub 3 speed pada basikalnya & teknik membuka serta memasang seterusnya mengetatkan jejari rim. Bagi rakan touring  seperti abang Sam Sufi, abang Ken & Wakjan, pengalaman ini memberikan ilham untuk membawa jejari (spoke) lebihan untuk digunakan jika terdapat kerosakan.

Selesai kerja2 pembaikan, basikal abang Ken dapat digunakan semula & perjalanan disambung semula. Konvoi berhenti seketika di R&R bagi melepaskan lelah, makan/minum & tidur dalam jangkamasa yang pendek. Perjalanan disambung semula dan konvoi berhenti di persimpangan Mantin untuk mengumpulkan semua peserta. Cukup kesemua ahli, konvoi ke kedai makan berhampiran simpang tiga lampu isyarat jalan Mantin / Seremban - persimpangan Mantin LEKAS. Semasa makan, kami dihiburkan oleh dendangan karaoke lagu2 lama (rasanya lagu 60an kot?) oleh penduduk warga tempatan yang kebetulan makan sambil berkaraoke di kedai tersebut.

Selesai makan, kami semua bertolak pulang dengan menggunakan jalan yang sama, lebuhraya LEKAS. Sampai di plaza tol Semenyih / Bangi, semua berhenti rehat & tidak kurang ada juga yang mengambil kesempatan untuk tidur kerana sudah tidak tahan mengantuk.

Dalam perjalanan pulang, konvoi terpisah di Saujana Utama dimana beberapa peserta dari Kajang akan menukar haluan perjalanan mereka. Sesudah bersalaman & mengucapkan selamat tinggal; Ah Chong, abang Ken, Along & Wakjan meneruskan perjalanan pulang. Di persimpangan masuk ke Taman Len Seng berhampiran Plaza Phoenix, konvoi sekali lagi terpisah dimana Along pulang ke Ampang Tasik manakala peserta lain menghala ke arah BTR. Kayuhan tamat di rumah Ah Chong, hanya beberapa minit sebelum azan solat Subuh berkumandang ...



Bersiap2 dari rumah Acong di Bandar Tun Razak


Rakan2 pengayuh yang setia menanti di Shell berhampiran bandar Kajang

 Abang Ken dengan beberapa rakan pengayuh baru

Basikal touring  ada 3 buah malam tu: abang Ken, abang Sam & Wakjan.

Basikal oldskool milik Along

 Ikut shortcut jalan dalam Saujana Utama



Barisan hadapan menunggu kedatangan geng basikal touring di belakang. Ketika ini basikal abang Ken sudah mula bermasalah


"Apasal papantanda atas tu tak letak gambar basikal sekali ?"

Wakjan ala2 peronda lebuhraya berbasikal

Proses troubleshooting/faultfinding sedang berlangsung

Nasiblah ada lampu limpah lebuhraya yang terang benderang, senang nak buat kerja

 Dahpun tiba di persimpangan Mantin lebuhraya LEKAS, tunggu kawan2 di belakang ...

Ah Chong ingin memanggil talian bantuan untuk membawa balik dirinya serta basikal pulang ke rumah

Berehat bawah papantanda elektronik

Renti melelapkan mata sebentar di plaza tol Semenyih

 Sessi bersalaman sebelum pengayuh2 dari Kajang menukar haluan untuk pulang.

Sehingga berjumpa lagi semua ...



24 May 2010

Ibukota Cinta: 08.05.2010

Kayuhan cari stamina sempena Jambori HTR Ipoh nanti.
Peserta2 Ah Chong, Hairul, Pojie & Wakjan.
Jarak kayuhan cuma 45km (betul ke meter ni,apasal aku rasa macam jauh je), banyak laluan berbukit huhuhu.
Laluan: Jalan Ampang - PWTC - Bukit Tungku - Pejabat Kerajaan Jln Duta - Seri Hartamas (makan) - Pejabat Kerajaan Jln Duta - Segambut - Sentul - Taman Tasik Titiwangsa - Lebuhraya DUKE - Setiawangsa (makan lagi) AU2

Hentian tambah kalori di sebuah kedai makan di Sri Hartamas. Yang uniknya kedai ni sentiasa memainkan lagu2 / dialog2 dari filem lama. Juga dihiasi dengan gambar2 artis veteran. Hentian tambah kalori sekali lagi di Setiawangsa, sambil menonton perlawanan bolasepak secara langsung sebelum masing2 pulang dan bersurai.

p/s: dalam kayuhan ni, Pojie dikejutkan dengan kejaran beberapa ekor anjing, sekitar 6 ekor rasanya. Yang hairannya, orang lain tak mau pula anjing tu kejar hahahaha ...


Mula berkumpul di kediaman Hairul

Ah Chong jenuh menunggu, sampai ngantuk2. Maafkan kami penghuni papantanda, maafkan kami ...

The classroom is evolving, so as the PK Riders !!

"Bila larut malam, tara kucha tara kucha kucha ... Suasana sepi, tara kucha tara kucha kucha" ...

Foto grup di sebuah persimpangan dalam Bukit Tungku

Beli sebuah banglo RM4juta dpt basikal ni percuma !! Tawaran terhad, dapatkan sebelum terlambat !!

Sesi penambahan kalori yg pertama, sebuah kedai makan 'unik' di Seri Hartamas

Antara potret artis2 veteran dan lampu minyak tanah menghiasi restoran ini

Lagi gambar2 ...

Di satu sudut hujung kedai

Meneruskan perjalanan, selepas mencekik ...

Di laman Taman Tasik Titiwangsa

Order here ! Drive thru or cycle thru ?

Pandu lalu = kayuh lalu ?

Sesi penambahan kalori lagi, siap tgk perlawanan bolasepak sekali

21 May 2010

Jasin Ride 02.05.2010: Kenangan bergambar

Kalau dalam entry sebelum ni kita cuma baca catitan pengalaman 3 orang peserta yang menyertai Jasin Ride aje, untuk entry ini kita layan gambar2 diaorg pula. Layan, zaaaassssss ...

* Gambar2 dipetik dari album di laman Facebook Ah Chong:

* Gambar2 lain di laman Facebook Jay Hamid:


Aikkk, belum mula berkayuh pun dah dapat sijil ?? Sehari sebelum hari pertandingan.

Menjamu selera di gerai makan kawasan pokok kelapa sawit, bersama isteri Ah Chong.


 Di awal pagi hari perlumbaan. Semangat & kalori yg diperlukan masih berada pada tahap maksima


Peserta berpusu2 berkayuh sebaik sahaja acara pelepasan


Mula memasuki kawasan offroad


 "Alamak, sesak le pulak !! Renti tepi kejap lah" ...




Beratur ambil giliran ...


 Awas !! Jangan sampai anda dilanggar pemandu traktor kubota : )


Laluan terbuka bawah talian voltan tinggi TNB


Laluan masuk kebun getah pula


Sama2 menolak basikal di laluan mendaki dalam kebun getah


Laluan mendaki memasuki ladang kelapa sawit


 Hairul: "uaaarrrghhhh ngantuknya ..."


"
"Kalau larat, kayuh. Tak larat, sama2 kita menolak"  : )


1km to go for CP3


Ah Chong bergambar kenangan bersama marshall2 bertugas


Berjaya menamatkan cabaran, syabas Ah Chong !!


Minuman tersedia menanti peserta2 di bahagian penamat


  Dapat minum aje, basikal bersepah pun dah tak dipedulikan lagi hehehe ...


 Bukan tuan punya basikal aje penat, basikal pun tau penat juga


 Peserta2 yg berjaya menamatkan cabaran aje dapat medal ni (Harap maaf, visual kurang memuaskan)


Hairul & A.J bersama peserta2 lain


Masa untuk pulang. Sayonara Melaka !!