ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

30 September 2010

PK Riders beraya dgn Ghost Rider

Pada 9 Syawal 1431H bersamaan 18hb Sept 2010 yang lepas, ahli2 PK Riders telah menziarahi Mazlina atau lebih dikenali sebagai Cuna @ Ghost Rider dikalangan rakan PK Riders. Beliau dan keluarganya di Puchong telah menjamu tetamu dengan makanan yang sungguh spesel, champion punya dan tak boleh didapati di tempat lain iaitu menu Mee Sos bersama beberapa menu2 yang lain.

Mengenang kembali pembabitan Cuna bersama PK Riders, beliau telah mengikuti kayuhan Sabak Bernam - Lumut - Pangkor - Teluk Intan - Sabak Bernam yang julung kali PK Riders lakukan pada 1 ~ 2hb Ogos 2009. Walaupun kini tidak dapat bergiat secara aktif atas sebab kesibukan bekerja, namun beliau tetap memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada komuniti PK Riders. Selamat maju jaya diucapkan pada Cuna @ Ghost Rider dalam apa jua bidang yang beliau ceburi, semoga dapat bertemu lagi di kayuhan akan datang, insyaAllah ...

 
Inilah punca kenapa Cuna digelar Ghost Rider

Kenangan ketika julung kali PK Riders mengadakan konvoi jarak jauh. Mana satu Ghost Rider ?

Wakjan, paling awal sampai !!

Yeop, juga sampai awal ke lokasi kejadian

Mee Sos, sungguh menggiur & menyelerakan nyumm nyumm ...

Sementara tunggu kerusi kosong untuk merasa mee sos, Adzmin balun kuih raya dulu ...

 
Ah Chong punya orang rumah, Fiza (kanan)

Ah Chong sedang membelasah menu2 yang dihidangkan

Pasangan dua sejoli, Pojie & Ayong

 Le Run Majesty, basikal yang digunakan Cuna ketika trip Sabak Bernam - Pangkor - Sabak Bernam

Cuna sibuk melayani tetamu. Amy Desa Pandan (paling kiri), juga pernah berkayuh bersama PK Riders

 Kehadiran Jusrizal sekeluarga turut memeriahkan majlis

29 September 2010

Kayuhan PCP: 26.09.2010

Kayuhan dibuat atas desakan (erkk, boleh guna ke ayat ni ?) ahli2 PK Riders yang mahu beroffroad sebab katanya asyik layan kayuh road je. Pagi Ahad itu dimulai dengan bersarapan di kedai makan kampung berhampiran PCP, iaitu antara Pojie, Hadri, Nina & Wakjan.  Jumlah peserta bertambah seorang lagi dengan kehadiran Hairul yang tiba kemudian. Penuh pula parking pada hari itu tidak seperti hari2 biasa, rupanya ada acara lumba anjuran pujMAC. Tok Penghulu iaitu Ah Chong tidak dapat menghadiri kayuhan kerana membawa sanak saudara yang datang dari Kedah untuk berjalan2 di sekitar Putrajaya.

Selepas bersiap sedia, keempat2 PK Riders bersama jentera kayuhan masing memulakan kayuhan. Chopp !! Tadi datang berlima, mana sorang lagi ? Hmm si Nina datang tak bawa basikal pun, katanya turun PCP jadi pom pom girl je ahaksss. Sewaktu menaiki jalan bertar untuk ke trail, kelihatan peserta2 lumba anjuran pujMAC seorang demi seorang turun dari trail untuk ke garisan penamat.

Trail laluan pada hari itu dicampur adukan antara laluan berwarna biru + hijau + merah bagi melengkapi satu loop. Sorang peserta iaitu Hadri tidak bernasib baik pada hari itu kerana telah terjatuh & mengalami luka ringan. Tetapi, itu tidak menghalang beliau untuk kembali mengulangi laluan tempat terjatuh itu dan melaluinya sekali lagi, layannn ... Kayuhan pada hari itu dihabiskan dengan membasuh basikal (Pojie & Wakjan sahaja) serta membersihkan diri dengan mandi di washroom yang disediakan. Semua kecuali Hadri, kemudiannya mengambil kesempatan untuk beraya di rumah Zarida - Rizal iaitu kawan sepergunungan. Terima kasih kepada pasangan ini untuk menu masak lemas siput sedut yang sungguh menyelerakan !!

Sesudah beraya di rumah pasangan Zarida - Rizal, konvoi bergerak ke Bandar Tun Razak. Kali ini bagi menghadiri jamuan rumah terbuka seorang lagi rakan kayuhan, iaitu abang Ken (Kamarulzaman). Kira OK lah, pagi bakar kalori kaw2 dulu petangnya pula makan kaw2 juga hahaha ...

 Di sebuah kawasan lapang yang terbuka. Sempat layan aksi kapalterbang remote control dari sini


Cuaca panas tidak menghalang Wakjan untuk layan DH, buka baju je abis citer : )


 What a beautiful sunny day ...


 Menziarahi rumah pasangan Zarida - Rizal di Kota Warisan. Menu spesel masak lemak siput sedut

28 September 2010

Santai Wong Ride: 24.09.2010

Kayuhan yang sepatutnya untuk jarak yang lebih jauh (iye ke?), tetapi terpaksa dipendekkan kerana cuaca hujan dan hanya berhenti hampir jam 11 malam. Kayuhan bermula dari rumah AhChong di Bandar Tun Razak dengan 4 peserta sebelum berjumpa lagi 2 peserta di stesyen LRT Ampang Park. Kayuhan memasuki Jalan Ampang, sempat bergambar di KLCC & Saloma Bistro. Kemudiannya ke Bulatan Bank Negara sebelum memasuki Taman Tasik Perdana. Masing2 berharap untuk pekena mee kari spesel di situ tetapi malangnya gerai2 makan semuanya ditutup : (

Bergerak mencari tempat makan, dalam perjalanan terserempak dengan Apip & uncle Usop di gerai makan berhampiran persimpangan Jalan Raja Tuanku Abdul Rahman / Jalan Sultan Ismail. Pekena char kuey teow spesel, keropok lekor & kerang rebus. Selesai je makan2 mengisi kembali 'tangki' masing2, bergerak meninggalkan kedai makan, kemudian memasuki kembali jalan Ampang. Di hadapan Ampang Park, semua bersurai dengan kumpulan terbahagi kepada dua mengikut arah masing iaitu ke Desa Pandan atau Bandar Tun Razak.

Info kayuhan:
- jumlah jarak: 35.67 km
- purata kelajuan: 17.6 km/jam,
- jumlah waktu kayuhan: 2:01:16 (tidak termasuk waktu rehat/sesi fotografi/mkn-minum)

 
Kumpulan yg bergerak dr rumah AhChong di Bandar Tun Razak


 
Bertemu pula dengan Hairul & Hadri (Double H) berhadapan stesyen LRT Ampang Park

 
Nina; masih belum recover dr demam tapi nak juga sertai kayuhan

 
PK Riders, berlatarbelakangkan bangunan Ampang Park

 
Bawak besornya ayor botol ...

 
Double H udah terlajak pulak kedepan ...

 
Selepas kena sound dgn pengawal keselamatan

 
Depan Saloma Bistro, jln Ampang

 
Kereta lembu, depan MATIC jln Ampang


 
Ambil peluang bergambar dengan bangunan2 lama sekitar kL

 
1960 tu !! old skool ...

 
PK Riders with the oldies building ...

 
Ah Chong's corner ...

 
PK Riders food chain ??

 
PK Riders bersama bro Apip & uncle Usop

 
Char kuey teow spesel persimpangan jln Tuanku Abd Rahman - jln Sultan Ismail

 
Keropok lekor, hmm nyumm nyumm ...

 
Menu kedai makan, malam tu

 
Pulang menuju ke Bandar Tun Razak

 
Di laluan motor, bulatan persimpangan jln Cheras - Loke Yew

Masa untuk pulang, jentera kayuhan di atas jentera logistik BEL6689

27 September 2010

Mini Touring SKVE: 22.09.2010

Lama dah ahli PK Rider sorang ni, Muzammil, tak berkayuh sesama disebabkan offday kerja yang tidak sama dengan rakan2 lain. Lama juga kami tak berkayuh (touring) redah panas siang hari. Cuba calling2 dia, tengok off plak hari Rabu tu. Ajak dia cuba lebuhraya SKVE yang baru dibuka. Memulakan perjalanan dari Lestari Perdana, masuk SKVE sampai hujung di Saujana Putra dan berpatah balik.  

Info kayuhan:
* Jumlah jarak kayuhan: 39.54 km
* Masa kayuhan: 2:27:36 (jam/minit/saat, tidak termasuk waktu berhenti rehat, makan minum & tangkap gambar)
* Purata kelajuan: 16.0 km/jam, kelajuan maksima: 37.7 km/jam.


 Bergabung di Lestari Perdana, rumah Muzammil


Dua2 model basikal dari Jepang (Jepun)


 Persimpangan lebuhraya LDP - Putrajaya - SKVE dimana kenderaan2 dipandu laju. Jenuh nak sampai seberang ni huhuhu



 Lebuhraya terbaru dalam senarai, SKVE dengan no. kod E26 & telah mula mengenakan tol : (



 Plaza tol Ayer Hitam


Sg. Rasau ? Ehh, macam kat sempadan Shah Alam / Kelang je


2 km lagi nak tiba ke penghujung lebuhraya, perjalanan yang disajikan dengan pemandangan tasik


Low angle plak ...




 Sempadan daerah Kuala Langat, bawah jambatan ni ialah lebuhraya ELITE


Di penghujung lebuhraya SKVE yang masih dalam pembinaan


 Log GPS, sampai ke wakaf tempat rehat di plaza tol Saujana Putra


 Wakaf tempat kami berehat di plaza tol Saujana Putra. Belakang tu ada pemandangan tasik ...


Jarak dari Lestari Perdana sampai plaza tol Saujana Putra + penghujung SKVE yang belum siap


 Menu sarapan untuk pagi itu, samosa Lestari Perdana & nasi lemak seksyen 24 Shah Alam


 Penghujung lebuhraya SKVE. Kampong Lombong ? Hmmm ...


 Berhampiran bulatan selepas keluar lebuhraya SKVE & jalan masuk ke lebuhraya ELITE


 Berpatah balik, atas jambatan yang sama tetapi masuk ke daerah Sepang pula


Refleksi Wakjan dari kacamata Muzammil


Atas jambatan melintasi Sg. Rasau.


AWAS !! Lori kat sini bawa laju ...


 Muzammil, dengan kedua2 basikal & berlatarbelakangkan panorama tasik


 Wakjan pun nak interframe juga ...


Tak sangka, ikut sini boleh shortcut. Naik lawan arah susur keluar Ayer Hitam yang belum dibuka


Kerja2 peningkatan jaringan jalur lebar sedang dijalankan


 Log GPS oleh Muzammil, semasa lepak di sebuah restoran untuk minum2