Meninggalkan ratusan (atau mungkin ribuan ?) basikal berhampiran Panggung Bandaraya, saya memulakan langkah memasuki kawasan padang berumput menuju ke khemah-khemah putih yang disediakan oleh penganjur untuk mengambil makanan. Semasa beratur, terperasan beberapa rakan-rakan kayuhan dari Genggerek yang turut mengambil giliran untuk mengambil makanan. Antaranya, kak
dan seorang lagi kenalan Facebook yang sebelum ini belum pernah bersua muka, bro
Khemah putih besar untuk tempat makan, manakala khemah putih kecik untuk mengambil hidangan
Sama-sama beratur mengambil makanan. Tengah, bro Red Za dari Genggerek dan kanan Wakdan dari Cyclo Medic
Dari khemah yang pertama, kami beratur mengambil hidangan nasi himpit, lemang beserta rendang. Di bawah khemah yang sama tapi di sudut berlainan, terdapat satu lagi barisan panjang orang beratur. Setelah diselidiki, rupanya terdapat menu sate bersama kuah kacang disana. Apalagi, seranggg !! Dalam masa mengambil hidangan, mata saya meliar mencari rakan-rakan PK Riders yang lain. Semasa mengambil hidangan laksa dan mee kari, saya ternampak Jusrizal duduk berseorangan di bawah panas matahari. Selesai mengambil hidangan yang difikirkan cukup kenyang (ahaksss) beserta minuman, saya kemudiannya menyertai Jusrizal untuk makan bersama.
Cenderahati yang dapat kami kumpulkan adalah lencana butang (
button badge), pen, buku catatan, pelekat (
sticker), dan juga beg kertas (
paperbag). Untuk mendapatkan cenderahati tersebut, kami dikehendaki mengisi beberapa borang soalselidik serta menandatangani buku pelawat. Barang
free beb,
sapa tak nak hahaha ...
Lencana butang iVolunteer cenderahati dari sebuah khemah pameran
Selain dapat cenderahati, dapat juga 'cuci mata' tengok awek petugas ( :
Khemah
Jabatan Pendaftaran Negara,
Jabatan Penjara Malaysia,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Unit Berkuda PDRM antara tempat pameran yang menarik perhatian ramai pengunjung datang pada hari itu.
Demonstrasi menangkap ular sawa oleh kakitangan JPAM
Pameran sebahagian peralatan yang digunakan oleh Jabatan Penjara Malaysia
Jus bersama, ehem ehem, kakitangan Jabatan Penjara wanita hehehe ...
Memeriksa MyKad masing-masing di khemah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Khemah paling menarik di tempat pameran kawasan bersebelahan bangunan Kelab Selangor pada hemat saya ialah unit berkuda PDRM. Ia mempamerkan peralatan-peralatan yang digunakan oleh kuda mahupun penunggang dan penjaganya, beberapa ekor baka kuda terbaik dan terdapat juga demonstrasi menukar ladam kuda (
horse shoe).
Replika kuda yang dihias cantik
Pakaian seragam Unit Berkuda PDRM
Staf Unit Berkuda PDRM menyampaikan maklumat berkenaan kuda yang dipamerkan
Dari situ, kami berdua beralih ke kawasan pameran berhampiran Bangunan Sultan Abdul Samad pula. Disini terletak deretan beberapa khemah pameran unit-unit yang terdapat dalam pasukan PDRM mahupun bukan PDRM. Antara yang mendapat tumpuan hangat pengunjung adalah khemah pameran unit Forensik (CSI) PDRM, unit Persenjataan PDRM, Unit Tindak Khas PDRM (
VAT 69),
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta
Pasukan Gerakan Marin PDRM. Khemah-khemah tersebut menjadi tumpuan disebabkan peralatan-peralatan yang dipamerkan.
Logo unit Forensik PDRM; berslogan Justice via Forensics
Bahan pameran kesan tapak kaki dan tembakan di cermin oleh unit Forensik PDRM
Senjata api yang digunakan anggota polis dipamerkan di unit Persenjataan PDRM
Seorang pengunjung mencuba senjata dengan dibantu oleh petugas PDRM
Robot kawalan jauh untuk mengesan, mencari & mematikan bom
Selesai berkunjung ke semua khemah pameran (juga puas mengumpul cenderahati, hehehe ...), saya dan Jusrizal kemudiannya ke arah tempat yang agak meriah dengan sorakan penyokong mahupun peserta iaitu di gelanggang futsal kejohanan terbuka anjuran PDRM. Di situ, kami berdua berehat sambil memerhatikan gelagat peserta pertandingan. Bersama kami, beberapa orang anggota polis berpangkat inspektor yang turut mengambil peluang berehat. Dua orang dari mereka sempat berbual, menyuarakan pandangan dan bertanyakan beberapa persoalan mengenai aktiviti berbasikal kepada kami.
Semasa sedang berbual, terdengar hebahan dari corong pembesar suara meminta semua basikalis berkumpul di pentas Dataran Merdeka kerana acara cabutan bertuah akan dijalankan tidak lama lagi. Tanpa membuang masa, kami memohon diri untuk bersurai dari sessi berborak bersama anggota polis tersebut, bersalaman sesama kami dan bergegas menuju ke arah pentas bersama-sama peserta yang lain. Merasakan semua peserta telah berkumpul, pengerusi majlis atau
MC (
emcee) memulakan acara cabutan bertuah tersebut.
Nombor demi nombor dicabut dan hadiah silih berganti diberikan kepada pemenangnya. Memang tidak kering gusi kami dengan
MC yang seolah mendera pemenang untuk melakukan pelbagai aksi sebelum diberikan hadiah. Ada yang disuruh berlakon, menyanyi, mengajuk percakapan dan sebagainya. Hadiah utama untuk cabutan bertuah pada hari itu ialah sebuah MTB berjenama
Giant.
Proses mencabut undi sedang berlangsung
Pemenang yang mendapat hadiah rangka (
frame) MTB berjenama Giant
Pemenang hadiah utama cabutan bertuah, menerima sebuah MTB berjenama Giant
Selesai hadiah utama cabutan bertuah menemui pemenang bertuahnya, encik emcee menutup majlis tersebut dengan mengucapkan ribuan terima kasih dan meminta maaf jika terdapat sebarang kekurangan dari pihak penganjuran. Semua peserta beredar pulang dari laman pentas Dataran Merdeka tersebut. Terdapat sekumpulan peserta yang kelihatan meraikan seorang sahabatnya yang berjaya memenangi hadiah utama cabutan bertuah pada hari itu.
Hadiah utama cabutan bertuah Kayuhan 1000 Belia
Salah seorang dari mereka, kelihatan
familiar dan mungkin merupakan kenalan Facebook saya. Dengan memberanikan diri, saya menegur beliau dan bertanyakan namanya. Telahan saya betul, memang benar beliau ialah cik
Darmiyantie Mohamed, rakan Facebook saya yang juga bergiat aktif dalam aktiviti berbasikal. Masing - masing gembira kerana dapat bertemu buat kali pertama, kerana sebelum ini cuma berinteraksi secara maya sahaja. Apabila ditanya, rupanya mereka merupakan ahli persatuan berbasikal yang menamakan diri mereka
Associated Cyclosportif Trekkers atau ringkasannya ACT.
Sebelum masing-masing, beredar, sempat juga kami bergambar kenangan bersama.
Penerima hadiah utama cabutan bertuah (berdiri, tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama geng ACT
Kenangan pertama kali bertemu Darmiyantie di dunia realiti
Selesai bergambar, kami bersurai dan saya bersama Jusrizal menuju ke arah Panggung Bandaraya bagi mengambil basikal masing-masing. Kami kemudian berpisah, dengan saya meneruskan perjalanan ke belakang bangunan Bank Rakyat berhampiran bulatan Bank Negara bersama basikal menuju ke tempat kereta saya diletakkan. Sesampai di kereta, saya meletakkan basikal pada rak bumbung kereta saya, memanaskan enjin dan beredar dari situ untuk pulang ke Shah Alam.
Secara keseluruhannya, kayuhan ini memang menyeronokkan walaupun dengan jumlah jarak yang cuma lebih kurang 10 kilometer. Ditambah dengan faktor pendaftaran secara percuma dan dalam talian (online) yang memudahkan urusan penyertaan, kemeja-T yang diberikan percuma, majlis makan-minum ala kenduri 1 Malaysia dan terdapat hadiah cabutan bertuah. Cuma terdapat sedikit kecacatan dimana berlaku waktu menunggu yang terlalu lama ketika di Padang Merbok dan di Dataran Merdeka. Diharap ianya dapat dikenalpasti agar boleh dibuat penambahbaikan jika mahu mengadakan acara seumpama ini lagi ...
"An idea, to be suggestive, must come to the individual with the force of revelation" - William James