Kayuhan 1000 Belia sempena Hari Terbuka PDRM 2011 ialah satu simbolik kebersamaan belia dalam menangani masalah jenayah.
Butiran kayuhan:
Tarikh: Sabtu, 1hb Oktober 2011
Masa: 7.00 pagi – 2.00 petang
Tempat mula: Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Jarak kayuhan: 10 kilometer
Misi dan objektif kayuhan:
* Membuktikan kebersamaan belia untuk bersama pihak PDRM membanteras jenayah
* Membentuk disiplin dan semangat berpasukan antara belia yang berbasikal
* Menjadi medan penyatuan dalam menolak unsur, tanggapan dan aktiviti yang tidak sihat di kalangan belia
* Menjalin persahabatan sesama belia dan pihak PDRM
* Menerapkan gaya hidup sihat melalui riadah berbasikal
Prakata:
Beberapa minggu sebelumnya, saya mendapat info tentang acara Kayuhan 1000 Belia ini dari rakan - rakan di laman sosial Facebook. Kebetulan, pada hari yang sama berlangsung juga Burung Hantu Jamboree Nite Ride 2011 (ECC) di Melaka dan Columbia Asia Cycle For Heart di Taiping.
Majoriti rakan - rakan kayuhan Pedal Krem Riders (PK Riders) menyertai jambori ECC di Melaka, meninggalkan hanya beberapa kerat rakan PK Riders yang berada di sekitar Lembah Kelang minggu itu. Kesempatan tidak menyertai mana - mana acara jambori diambil oleh Jusrizal, Muzammil dan saya untuk menyertai Kayuhan 1000 Belia ini.
Antara sebab - sebab yang membuatkan saya (dan mungkin individu lain) menyertai kayuhan ini, ialah:
a) Tidak dapat menyertai mana - mana jambori atau acara lain pada tarikh sama.
b) Percuma. Tiada sebarang bayaran untuk penyertaan mahupun insurans dikenakan.
b) Diadakan di Kuala Lumpur, lokasi yang berhampiran kediaman membuatkan kita tidak perlu berbelanja besar untuk menyertainya.
c) Pendaftaran yang mudah, hanya perlu mengisi borang secara dalam talian (online).
d) T - shirt kayuhan diberikan percuma.
e) Jamuan makan sesudah kayuhan disediakan.
Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan / tontonan lanjut. Imej lebih beresolusi tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar. Terima kasih untuk individu mahupun organisasi berikut yang saya cilok gambar - gambar dari album di Facebook mereka: bro Jusrizal, bro Muzammil, komuniti CycloMEDIC Cycling Club, bro Azhar Abdul Majid, kak Reena dari Genggerek dan cik Darmiyantie. Segala hakcipta adalah terpelihara.
Majoriti rakan - rakan kayuhan Pedal Krem Riders (PK Riders) menyertai jambori ECC di Melaka, meninggalkan hanya beberapa kerat rakan PK Riders yang berada di sekitar Lembah Kelang minggu itu. Kesempatan tidak menyertai mana - mana acara jambori diambil oleh Jusrizal, Muzammil dan saya untuk menyertai Kayuhan 1000 Belia ini.
Antara sebab - sebab yang membuatkan saya (dan mungkin individu lain) menyertai kayuhan ini, ialah:
a) Tidak dapat menyertai mana - mana jambori atau acara lain pada tarikh sama.
b) Percuma. Tiada sebarang bayaran untuk penyertaan mahupun insurans dikenakan.
b) Diadakan di Kuala Lumpur, lokasi yang berhampiran kediaman membuatkan kita tidak perlu berbelanja besar untuk menyertainya.
c) Pendaftaran yang mudah, hanya perlu mengisi borang secara dalam talian (online).
d) T - shirt kayuhan diberikan percuma.
e) Jamuan makan sesudah kayuhan disediakan.
Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan / tontonan lanjut. Imej lebih beresolusi tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar. Terima kasih untuk individu mahupun organisasi berikut yang saya cilok gambar - gambar dari album di Facebook mereka: bro Jusrizal, bro Muzammil, komuniti CycloMEDIC Cycling Club, bro Azhar Abdul Majid, kak Reena dari Genggerek dan cik Darmiyantie. Segala hakcipta adalah terpelihara.
Risalah edaran rasmi Kayuhan 1000 Belia
Gambar - gambar dari laman web Kayuhan 1000 Belia
Maklumat mengenai pengenalan, butiran kayuhan dan hadiah cabutan bertuah
Peta laluan kayuhan
Borang pendaftaran secara dalam talian (online)
Alkisahnya ...
Pagi Sabtu, hari pertama bulan Oktober 2011 itu saya gagal untuk bangun dari tidur pada waktu yang ditetapkan iaitu jam 0545 pagi. Saya hanya bangun pada jam 0615 dan mujurlah pada malam sebelumnya saya telah mempersiapkan basikal dan beg memuatkan beberapa keperluan yang hendak dibawa. Selepas membersihkan diri dan solat Subuh, saya terus bergegas membawa kereta dan basikal yang diletakkan di rak bumbung meninggalkan seksyen 24 Shah Alam memasuki Lebuhraya Persekutuan.
Aras minyak telah berada di paras minima dengan penunjuk minyak telah bernyala membuatkan saya terpaksa berhenti di sebuah stesyen minyak di Batu Tiga Shah Alam untuk mengisi tangki minyak. Perjalanan disambung di Lebuhraya Persekutuan dan beberapa minit kemudian saya mendapat satu panggilan dari Dee memberitahu tentang terdapatnya acara mencari harta karun (treasure hunt) di kawasan sekitar Masjid Negara membuatkan jalan sekitarnya ditutup. Saya kemudian menasihati beliau untuk meletakkan kereta di tempat letak kereta berhampiran Jalan Tanglin di sebelah PDRM Bukit Aman dan deretan gerai makan tidak jauh dari Taman Tasik Perdana.
Apabila mula memasuki Kuala Lumpur, saya dihubungi pula oleh Muzammil bertanyakan tentang lokasi saya ketika itu. Beliau agak terperanjat apabila dimaklumkan yang saya belum tiba di Padang Merbok. Seterusnya beliau menasihatkan agar saya meletakkan kereta di Jalan Tanglin. Dari Jalan Kinabalu, saya mengambil laluan pintas di Jalan Tangsi bagi mengelakkan lampu isyarat di bulatan berhampiran Bank Negara. Ketika melalui bahagian belakang bangunan Bank Rakyat itu, ternampak beberapa tempat meletak kereta yang kosong. Tanpa berfikir panjang, saya terus meletakkan kereta di situ. Pada saya, meletakkan kereta di situ adalah lebih hampir dengan Padang Merbok dibandingkan dengan meletakkan kereta di Jalan Tanglin. Setelah memastikan kereta selamat dikunci, saya bergegas ke Padang Merbok.
Di Padang Merbok
Cuaca amat cerah pagi itu di Padang Merbok
Menghampiri Padang Merbok, ternampaklah oleh saya ramai orang telah berkumpul di padang dan majoriti antara mereka memakai baju berwarna merah. Alamak ! Adakah saya telah terlepas pandang akan syarat penyertaan yang mengkehendaki peserta memakai baju berwarna merah ?
Sekilas lalu teringat pula pada warna pakaian yang dipakai oleh warga Thailand ketika bantahan rakyatnya semasa menjatuhkan pemerintahan Thaksin dan juga warna sama dipakai oleh geng Patriot di Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9hb Julai 2011 yang lalu. Ahhh, perasaan politikal itu saya buang jauh - jauh dan memfokuskan untuk segera sampai ke khemah pendaftaran.
Sekilas lalu teringat pula pada warna pakaian yang dipakai oleh warga Thailand ketika bantahan rakyatnya semasa menjatuhkan pemerintahan Thaksin dan juga warna sama dipakai oleh geng Patriot di Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9hb Julai 2011 yang lalu. Ahhh, perasaan politikal itu saya buang jauh - jauh dan memfokuskan untuk segera sampai ke khemah pendaftaran.
Sampai di sebuah khemah pendaftaran, saya terus mendaftar diri. Proses pendaftaran dilakukan oleh petugas - petugas yang bersedia dengan komputer bimbit (laptop) masing - masing. Selesai pendaftaran, saya diberikan sehelai kemeja - T bersama risalah penerangan mengenai kayuhan. Risalah yang mengandungi dua muka surat tersebut memberitahu setiap peserta tentang butiran kayuhan, aturcara, Rukun Negara, Ikrar Belia 1 Malaysia dan disiplin kayuhan.
Kumpulan kami ketika itu, dimeriahkan lagi oleh kehadiran dua lelaki (maaf, saya terlupa akan nama mereka) yang menggunakan basikal berjenama Surly model Long Haul Trucker dipasangkan dengan pelana (tempat duduk) berjenama Brooks. Masing - masing saling bersalaman mengenalkan diri dan kesempatan ini diambil oleh saya, Muzammil dan abang Zam bagi membelek - belek basikal tersebut. Terbuntang mata tengok basikal eksotik ni beb !
3 buah basikal milik Muzammil sekeluarga, berlatarbelakangkan khemah pendaftaran
Risalah Kayuhan 1000 Belia yang diberikan pada setiap peserta
Selesai mendaftar, saya membawa basikal dan beg galas ke sebuah kawasan berhampiran khemah pendaftaran. Perkara yang mula - mula dilakukan, ialah mencari rakan - rakan Pedal Krem Riders dan yang lain. Tidak berapa lama kemudian, saya mendapat satu panggilan dari Dee menanyakan tentang lokasi. Setelah memberitahu lokasi masing - masing, akhirnya kami bertemu. Turut bersama Dee (Reena Zawawi), ialah rakan dunia outdoor iaitu Ida (Syuhaida Safian) dan Azhar Abdul Majid bersama dua buah roadbike mereka yang baru berusia sehari, errrkk, tak sampai sehari pun sebenarnya ! Bau kedai lagi hehehe ... Pada korang berdua, "Welcome to the club" ... Disamping itu, saya turut menemui abang Ken dan kami saling bersalaman. Kali terakhir saya berkayuh dengan beliau, seingat saya ialah semasa Kayuhan Touring Kuala Lumpur - Bukit Fraser pada 20hb Jan 2011 lalu.
Dua orang rakan Pedal Krem Riders yang hadir iaitu Jusrizal dan Muzammil turut saya temui di kawasan berhampiran. Muzammil membawa isteri dan dua orang anaknya menyertai kayuhan ini dengan tiga buah basikal. Isteri dan anak sulungnya masing - masing dengan basikal sendiri manakala Muzammil membawa anak perempuannya di bahagian belakang basikal.
Semasa sedang berbicara, saya didatangi oleh seorang lelaki yang di lehernya tergantung sebuah kamera DSLR dan membawa basikal lipat berwarna hitam berjenama Raleigh. Wajahnya seolah saya selalu lihat, tetapi tidak dapat mengecamnya kerana belum pernah bersua muka sebelum ini. Beliau bersalaman dengan saya dan akhirnya saya mengenali beliau sebagai abang Mohd Zamzuri Suaib yang sanggup datang dari Ipoh semata - mata untuk menyertai kayuhan ini. Beliau adalah penggiat berbasikal touring dan telah beberapa kali melakukan kayuhan solo di dalam negara mahupun di luar negara. Selama ini kami hanya berhubungan melalui laman sosial Facebook dalam bertukar - tukar maklumat serta aktiviti touring masing - masing dan di kayuhan inilah kami berdua dipertemukan secara realiti.
Bersama abang Ken (paling kiri) dan Dee (tengah)
Bersama rakan - rakan outdoor; dari kiri Dee, Ida, dan paling kanan Azhar
Sekumpulan pemilik basikal antik turut dilihat memeriahkan acara kayuhan
Pelbagai jenis basikal menyertai, dari MTB, fixie dan basikal lipat (folding bike)
Dua orang rakan Pedal Krem Riders yang hadir iaitu Jusrizal dan Muzammil turut saya temui di kawasan berhampiran. Muzammil membawa isteri dan dua orang anaknya menyertai kayuhan ini dengan tiga buah basikal. Isteri dan anak sulungnya masing - masing dengan basikal sendiri manakala Muzammil membawa anak perempuannya di bahagian belakang basikal.
Jusrizal (kiri), antara rakan Pedal Krem Riders yang hadir
Semasa sedang berbicara, saya didatangi oleh seorang lelaki yang di lehernya tergantung sebuah kamera DSLR dan membawa basikal lipat berwarna hitam berjenama Raleigh. Wajahnya seolah saya selalu lihat, tetapi tidak dapat mengecamnya kerana belum pernah bersua muka sebelum ini. Beliau bersalaman dengan saya dan akhirnya saya mengenali beliau sebagai abang Mohd Zamzuri Suaib yang sanggup datang dari Ipoh semata - mata untuk menyertai kayuhan ini. Beliau adalah penggiat berbasikal touring dan telah beberapa kali melakukan kayuhan solo di dalam negara mahupun di luar negara. Selama ini kami hanya berhubungan melalui laman sosial Facebook dalam bertukar - tukar maklumat serta aktiviti touring masing - masing dan di kayuhan inilah kami berdua dipertemukan secara realiti.
Kumpulan kami ketika itu, dimeriahkan lagi oleh kehadiran dua lelaki (maaf, saya terlupa akan nama mereka) yang menggunakan basikal berjenama Surly model Long Haul Trucker dipasangkan dengan pelana (tempat duduk) berjenama Brooks. Masing - masing saling bersalaman mengenalkan diri dan kesempatan ini diambil oleh saya, Muzammil dan abang Zam bagi membelek - belek basikal tersebut. Terbuntang mata tengok basikal eksotik ni beb !
Saya dan abang Zam sedang membelek - belek basikal jenama Surly
Basikal Surly yang dipasangkan dengan tempat duduk berjenama Brooks
Pra kayuhan
Perhatian dan perbincangan kami mengenai basikal berjenama Surly itu kemudiannya terganggu dengan makluman dari pihak urusetia kayuhan supaya semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Agak unik bagi saya untuk kayuhan ini kerana biasanya kayuhan secara beramai - ramai (mass ride) dilepaskan secara bebas tetapi Kayuhan 1000 Belia ini menggunakan pendekatan berkayuh dalam ahli kumpulan yang ditetapkan.
Kami diarahkan memenuhi sepuluh buah kerusi yang diletakkan untuk membahagikan penyertaan mengikut kumpulan masing - masing. Satu dari kerusi itu haruslah dikosongkan kerana kayuhan ini menggunakan pendekatan sembilan orang peserta bersama seorang wakil dari pihak penganjuran akan menemani kumpulan masing - masing. Setelah mendapatkan kumpulan, kami diberikan dengan sekeping no. plet berlaminate dan pengikat (cable tie) untuk diletakkan pada basikal masing - masing. Maklumat yang terdapat pada plet tersebut adalah nombor kumpulan, dan pada dua bucu di bahagian bawahnya terdapat nombor giliran bagi tujuan cabutan bertuah dan khidmat penjagaan basikal di Dataran Merdeka sesudah kayuhan nanti.
Menduduki kerusi yang disediakan untuk pembahagian kumpulan
Pihak penganjuran memberikan no. plet & cable tie kepada setiap peserta
Kumpulan kami dinamakan sebagai K84, nasib tak K9 macam unit anjing PDRM tu hehehe ... Selesai pembahagian kumpulan, kami membawa basikal kami ke tempat yang ditetapkan di tengah padang. Setiap kumpulan dikehendaki berada di kawasan yang telah ditandakan dan menunggu arahan selanjutnya. Sementara menunggu aturcara seterusnya, petugas penganjuran membahagikan sebotol air mineral bersama sebuku roti ban untuk setiap ahli kumpulan.
Berkumpul di kawasan yang ditetapkan untuk kumpulan K84
Mengambil juadah sarapan pagi yang diberikan oleh petugas penganjuran kayuhan
Roti ban bersama sebotol air mineral diberikan oleh pihak penganjuran. Terima kasih !
Air mineral khas sempena Hari Terbuka PDRM 2011
Sessi fotografi grup K84 (Dee tiada dalam gambar)
Bergambar kenangan bersama basikal berjenama Surly.
Roti ban bersama sebotol air mineral diberikan oleh pihak penganjuran. Terima kasih !
Air mineral khas sempena Hari Terbuka PDRM 2011
Sessi fotografi grup K84 (Dee tiada dalam gambar)
Bergambar kenangan bersama basikal berjenama Surly.
Setelah menikmati juadah ringan sarapan pagi, kami menunggu dan menunggu dengan penuh sabar. Agenda kami di Padang Merbok pagi itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti bacaan Rukun Negara dan taklimat oleh ketua ekspedisi. Kami juga turut membuat senaman regangan secara beramai - ramai sebelum memulakan kayuhan.
Melakukan senaman regangan sebelum memulakan kayuhan
Permulaan kayuhan
Kayuhan dimulakan sebaik sahaja selesai semua acara padang pagi itu, dengan satu demi satu kumpulan dilepaskan. Pada permulaan, semua ahli kumpulan masih boleh mengekalkan kelompok masing - masing. Di laluan pendakian pertama yang cuma beberapa minit selepas kayuhan dimulakan, kelompok telah mula berpecah dah bercampur aduk. Dari jalan dalam, kami memasuki Jalan Sultan Salehuddin ke arah bulatan berhampiran Bank Negara, masuk ke Jalan Parlimen dan seterusnya Jalan Raja di Dataran Merdeka untuk berkumpul.
Antara kelompok awal yang memulakan kayuhan
Geng K84 memulakan perjalanan kayuhan
Muzammil membawa anak bongsunya. Pembonceng pun kena pakai helmet tau !
Ketika melepasi bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia
Semakin menghampiri kawasan Bank Negara
Menghampiri Jalan Raja untuk ke Dataran Merdeka
Semakin menghampiri kawasan Bank Negara
Menghampiri Jalan Raja untuk ke Dataran Merdeka
Berhimpun di Dataran Merdeka
Di Dataran Merdeka, sekali lagi kami dihimpunkan untuk tempoh satu jangkamasa yang membosankan. Mujurlah pertunjukan penggiat sukan payung terjun bermotor (paramotor) dengan aksi - aksi yang mendebarkan semasa hendak mendarat di Dataran Merdeka sedikit sebanyak menghiburkan kami. Kesempatan ini diambil oleh para peserta untuk berehat, bergambar mahupun bersosial dengan rakan kayuhan yang telah atau baru sahaja dikenali.
Semasa berehat di tepi jalan itu, saya menemui abang Badrul Syahril dan Bard Seven dari grup PP Cyclist. Kedua individu ini saya kenali ketika berkayuh di Bukit Cherakah, Shah Alam. Dengan mereka juga saya pernah sama - sama berkayuh dari Shah Alam ke Port Dickson anjuran Kayuh Beb Cycling Club.
Semasa berehat di tepi jalan itu, saya menemui abang Badrul Syahril dan Bard Seven dari grup PP Cyclist. Kedua individu ini saya kenali ketika berkayuh di Bukit Cherakah, Shah Alam. Dengan mereka juga saya pernah sama - sama berkayuh dari Shah Alam ke Port Dickson anjuran Kayuh Beb Cycling Club.
Unit berkuda PDRM turut mengawal keadaan
Ketika sampai di Dataran Merdeka
Seorang peserta dengan basikal antik kepunyaannya
Akibat lama menunggu, peserta telah mulai bosan
Mujurlah peserta paramotor sedikit sebanyak dapat mengubati kebosanan kami
Seorang peserta dengan basikal antik kepunyaannya
Akibat lama menunggu, peserta telah mulai bosan
Mujurlah peserta paramotor sedikit sebanyak dapat mengubati kebosanan kami
Mengikut apa yang tertera pada aturcara majlis, terdapat acara 'penyerahan momento' kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan bacaan ikrar dari wakil belia. [Erkkk, 'momento' tu apa ekk ? Lebih kurang macam memorandum kah ?] Bagi kami yang berada di barisan belakang sekali, langsung tidak dapat mengetahui dan menyaksikan apa yang berlangsung di hadapan. Cuma apa yang saya perasan ialah ketika bacaan ikrar sedang diadakan kerana masing-masing mengangkat tangan mereka ...
Sambungan kayuhan
Selesai majlis bacaan ikrar, saya terdengar siren dari kereta peronda polis di barisan paling hadapan dan konvoi kami pun mula bergerak perlahan melalui pentas utama berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Ketika melalui pentas utama, saya dapat saksikan yang tetamu kehormat telah tiada, mungkin sedang melawat pameran yang diadakan sempena Hari Terbuka PDRM 2011.
Konvoi peserta menyambung kembali kayuhan melepasi pentas utama
Dari Jalan Raja di Dataran Merdeka, kami memasuki Jalan Sultan Hishamuddin dan kemudian melalui Jalan Syed Putra, Jalan Damansara melepasi bangunan Muzium Negara di sebelah kiri kami. Dari Jalan Damansara kemudiannya ia bercantum dengan Lebuhraya Mahameru sebelum kami memasuki semula Jalan Sultan Sallehuddin. Ketika memasuki Jalan Sultan Sallehuddin, saya berjumpa seorang lagi rakan Facebook yang tidak pernah bersua sebelum ini iaitu kak Angel Rider. Ketika itu beliau bersama anak perempuannya sedang melalui jalan berbukit. Oleh kerana saya ingin mengejar rakan - rakan yang lain, saya tidak sempat untuk berborak panjang dengan beliau. Moga ada peluang untuk kami bertemu lagi di kayuhan yang lain pula.
Di Jalan Syed Putra menghala susur masuk ke Jalan Damansara
Basikal mini yang digunakan oleh peserta
Akibat laluan pendakian dan cuaca panas, ada peserta yang telah mula menolak basikal mereka
Menolak basikal bertiga itu lebih baik dari berseorangan ( :
Bukan selalu dapat peluang berbasikal di tengah Lebuhraya Mahameru
Muzammil dan 'penumpang', ketika di Lebuhraya Mahameru
Penamat kayuhan
Memasuki Jalan Sultan Sallehuddin, kami melalui semula jalan ketika dari Padang Merbok untuk ke Dataran Merdeka semasa di awal kayuhan. Sampai sahaja di Dataran Merdeka, kami dikehendaki meletakkan basikal di kawasan berhadapan Panggung Bandaraya dengan kawalan para petugas penganjuran. Ini adalah kerana terdapat jamuan makan bagi peserta - peserta dengan terdapat beberapa khemah yang menyediakan pelbagai menu hidangan serta acara cabutan bertuah sebagai penutup pada kayuhan ini. Semasa meletakkan basikal, saya terjumpa Aliep, Wakdan dan beberapa lagi rakan kayuhan dari grup CycloMEDIC Cycling Club (CMCC) dan kesempatan ini saya ambil untuk merakamkan gambar kenangan bersama mereka.
Bersama Aliep (kanan saya) dan rakan kayuhan dari CycloMEDIC. Cantik jersi diaorang kan ?
Bersama sebahagian lagi rakan kayuhan dari CycloMEDIC
Kawasan di mana basikal diletakkan sementara pemiliknya pergi menjamu selera
Saya berlatarbelakangkan ratusan basikal yang diletakkan berhampiran Panggung Bandaraya
Meninggalkan ratusan (atau mungkin ribuan ?) basikal berhampiran Panggung Bandaraya, saya memulakan langkah memasuki kawasan padang berumput menuju ke khemah-khemah putih yang disediakan oleh penganjur untuk mengambil makanan. Semasa beratur, terperasan beberapa rakan-rakan kayuhan dari Genggerek yang turut mengambil giliran untuk mengambil makanan. Antaranya, kak Reena dan suaminya bro Red Za, Arif, bro Samsul Bahari dan seorang lagi kenalan Facebook yang sebelum ini belum pernah bersua muka, bro M. Ghazali.
Khemah putih besar untuk tempat makan, manakala khemah putih kecik untuk mengambil hidangan
Sama-sama beratur mengambil makanan. Tengah, bro Red Za dari Genggerek dan kanan Wakdan dari Cyclo Medic
Dari khemah yang pertama, kami beratur mengambil hidangan nasi himpit, lemang beserta rendang. Di bawah khemah yang sama tapi di sudut berlainan, terdapat satu lagi barisan panjang orang beratur. Setelah diselidiki, rupanya terdapat menu sate bersama kuah kacang disana. Apalagi, seranggg !! Dalam masa mengambil hidangan, mata saya meliar mencari rakan-rakan PK Riders yang lain. Semasa mengambil hidangan laksa dan mee kari, saya ternampak Jusrizal duduk berseorangan di bawah panas matahari. Selesai mengambil hidangan yang difikirkan cukup kenyang (ahaksss) beserta minuman, saya kemudiannya menyertai Jusrizal untuk makan bersama.
Burppp, Alhamdulillah ... Excuse me hehehe ... Perut dah kenyang, mata pun dah layu. Kami membuang pinggan dan cawan plastik ke tong sampah berhampiran dan memulakan perjalanan ke arah khemah-khemah pameran. Acara terakhir sempena kayuhan itu ialah cabutan bertuah dan jika mengikut jadual akan diadakan pada jam 11.45 pagi. Sementara menunggu ianya diadakan, adalah lebih baik kami memenuhi masa lapang tersebut dengan menjengah pameran yang diadakan. Manalah tahu, sedikit sebanyak akan mendapat manfaat dari pameran yang diadakan.
Dalam perjalanan menuju ke khemah pameran, saya terjumpa kak Shiran, iaitu salah seorang kawan backpackers yang berkhidmat sebagai polis bantuan. Beliau mengajak saya untuk duduk dan makan bersama di mejanya, tetapi saya merasa segan sebab dia bersama 'tuan-tuan besar'. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada beliau, saya dan Jusrizal singgah dari satu khemah, ke satu khemah. Misi kami ialah, mengumpul sebanyak mungkin cenderahati yang diberikan oleh petugas pameran.
Cenderahati yang dapat kami kumpulkan adalah lencana butang (button badge), pen, buku catatan, pelekat (sticker), dan juga beg kertas (paperbag). Untuk mendapatkan cenderahati tersebut, kami dikehendaki mengisi beberapa borang soalselidik serta menandatangani buku pelawat. Barang free beb, sapa tak nak hahaha ...
Khemah Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Unit Berkuda PDRM antara tempat pameran yang menarik perhatian ramai pengunjung datang pada hari itu.
Khemah paling menarik di tempat pameran kawasan bersebelahan bangunan Kelab Selangor pada hemat saya ialah unit berkuda PDRM. Ia mempamerkan peralatan-peralatan yang digunakan oleh kuda mahupun penunggang dan penjaganya, beberapa ekor baka kuda terbaik dan terdapat juga demonstrasi menukar ladam kuda (horse shoe).
Dari situ, kami berdua beralih ke kawasan pameran berhampiran Bangunan Sultan Abdul Samad pula. Disini terletak deretan beberapa khemah pameran unit-unit yang terdapat dalam pasukan PDRM mahupun bukan PDRM. Antara yang mendapat tumpuan hangat pengunjung adalah khemah pameran unit Forensik (CSI) PDRM, unit Persenjataan PDRM, Unit Tindak Khas PDRM (VAT 69), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pasukan Gerakan Marin PDRM. Khemah-khemah tersebut menjadi tumpuan disebabkan peralatan-peralatan yang dipamerkan.
Lencana butang iVolunteer cenderahati dari sebuah khemah pameran
Selain dapat cenderahati, dapat juga 'cuci mata' tengok awek petugas ( :
Khemah Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Unit Berkuda PDRM antara tempat pameran yang menarik perhatian ramai pengunjung datang pada hari itu.
Demonstrasi menangkap ular sawa oleh kakitangan JPAM
Pameran sebahagian peralatan yang digunakan oleh Jabatan Penjara Malaysia
Jus bersama, ehem ehem, kakitangan Jabatan Penjara wanita hehehe ...
Memeriksa MyKad masing-masing di khemah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Replika kuda yang dihias cantik
Pakaian seragam Unit Berkuda PDRM
Staf Unit Berkuda PDRM menyampaikan maklumat berkenaan kuda yang dipamerkan
Logo unit Forensik PDRM; berslogan Justice via Forensics
Bahan pameran kesan tapak kaki dan tembakan di cermin oleh unit Forensik PDRM
Senjata api yang digunakan anggota polis dipamerkan di unit Persenjataan PDRM
Seorang pengunjung mencuba senjata dengan dibantu oleh petugas PDRM
Robot kawalan jauh untuk mengesan, mencari & mematikan bom
Selesai berkunjung ke semua khemah pameran (juga puas mengumpul cenderahati, hehehe ...), saya dan Jusrizal kemudiannya ke arah tempat yang agak meriah dengan sorakan penyokong mahupun peserta iaitu di gelanggang futsal kejohanan terbuka anjuran PDRM. Di situ, kami berdua berehat sambil memerhatikan gelagat peserta pertandingan. Bersama kami, beberapa orang anggota polis berpangkat inspektor yang turut mengambil peluang berehat. Dua orang dari mereka sempat berbual, menyuarakan pandangan dan bertanyakan beberapa persoalan mengenai aktiviti berbasikal kepada kami.
Semasa sedang berbual, terdengar hebahan dari corong pembesar suara meminta semua basikalis berkumpul di pentas Dataran Merdeka kerana acara cabutan bertuah akan dijalankan tidak lama lagi. Tanpa membuang masa, kami memohon diri untuk bersurai dari sessi berborak bersama anggota polis tersebut, bersalaman sesama kami dan bergegas menuju ke arah pentas bersama-sama peserta yang lain. Merasakan semua peserta telah berkumpul, pengerusi majlis atau MC (emcee) memulakan acara cabutan bertuah tersebut.
Nombor demi nombor dicabut dan hadiah silih berganti diberikan kepada pemenangnya. Memang tidak kering gusi kami dengan MC yang seolah mendera pemenang untuk melakukan pelbagai aksi sebelum diberikan hadiah. Ada yang disuruh berlakon, menyanyi, mengajuk percakapan dan sebagainya. Hadiah utama untuk cabutan bertuah pada hari itu ialah sebuah MTB berjenama Giant.
Proses mencabut undi sedang berlangsung
Pemenang yang mendapat hadiah rangka (frame) MTB berjenama Giant
Pemenang hadiah utama cabutan bertuah, menerima sebuah MTB berjenama Giant
Hadiah utama cabutan bertuah Kayuhan 1000 Belia
Pemenang yang mendapat hadiah rangka (frame) MTB berjenama Giant
Pemenang hadiah utama cabutan bertuah, menerima sebuah MTB berjenama Giant
Selesai hadiah utama cabutan bertuah menemui pemenang bertuahnya, encik emcee menutup majlis tersebut dengan mengucapkan ribuan terima kasih dan meminta maaf jika terdapat sebarang kekurangan dari pihak penganjuran. Semua peserta beredar pulang dari laman pentas Dataran Merdeka tersebut. Terdapat sekumpulan peserta yang kelihatan meraikan seorang sahabatnya yang berjaya memenangi hadiah utama cabutan bertuah pada hari itu.
Salah seorang dari mereka, kelihatan familiar dan mungkin merupakan kenalan Facebook saya. Dengan memberanikan diri, saya menegur beliau dan bertanyakan namanya. Telahan saya betul, memang benar beliau ialah cik Darmiyantie Mohamed, rakan Facebook saya yang juga bergiat aktif dalam aktiviti berbasikal. Masing - masing gembira kerana dapat bertemu buat kali pertama, kerana sebelum ini cuma berinteraksi secara maya sahaja. Apabila ditanya, rupanya mereka merupakan ahli persatuan berbasikal yang menamakan diri mereka Associated Cyclosportif Trekkers atau ringkasannya ACT. Sebelum masing-masing, beredar, sempat juga kami bergambar kenangan bersama.
Penerima hadiah utama cabutan bertuah (berdiri, tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama geng ACT
Kenangan pertama kali bertemu Darmiyantie di dunia realiti
Selesai bergambar, kami bersurai dan saya bersama Jusrizal menuju ke arah Panggung Bandaraya bagi mengambil basikal masing-masing. Kami kemudian berpisah, dengan saya meneruskan perjalanan ke belakang bangunan Bank Rakyat berhampiran bulatan Bank Negara bersama basikal menuju ke tempat kereta saya diletakkan. Sesampai di kereta, saya meletakkan basikal pada rak bumbung kereta saya, memanaskan enjin dan beredar dari situ untuk pulang ke Shah Alam.
Secara keseluruhannya, kayuhan ini memang menyeronokkan walaupun dengan jumlah jarak yang cuma lebih kurang 10 kilometer. Ditambah dengan faktor pendaftaran secara percuma dan dalam talian (online) yang memudahkan urusan penyertaan, kemeja-T yang diberikan percuma, majlis makan-minum ala kenduri 1 Malaysia dan terdapat hadiah cabutan bertuah. Cuma terdapat sedikit kecacatan dimana berlaku waktu menunggu yang terlalu lama ketika di Padang Merbok dan di Dataran Merdeka. Diharap ianya dapat dikenalpasti agar boleh dibuat penambahbaikan jika mahu mengadakan acara seumpama ini lagi ...
"An idea, to be suggestive, must come to the individual with the force of revelation" - William James
No comments:
Post a Comment