01.05.2011, Ahad
Nota:
Catatan perjalanan secara terperinci akan dimasukkan ke dalam laman http://basikaltouring.blogspot.com. Gambar - gambar dalam artikel ini diambil dari album milik Ah Chong [album 2], Muzammil [album 2], Aliep [album 2] serta Wakjan. Semua hakcipta gambar adalah terpelihara. Imej lebih beresolusi tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar.
Laman Budaya Pantai Puteri, tempat kami bermalam untuk hari pertama kayuhan
Bersarapan pagi di medan selera pasar berhampiran Pantai Puteri
Singgah di Makam Hang Tuah, Tanjung Keling.
Terserempak dengan ahli keluarga Ah Chong semasa berada di pantai Klebang
Aliep bersama beberapa layang - layang yang dijual oleh peniaga di pantai Klebang
Memasuki Jonker Walk
Singgah di Jonker Walk World Heritage Park
Rakan - rakan kayuhan sedang mendera seekor lembu untuk bergambar bersama ( :
Bergambar bersama naga cerita kartun 'Dragon Ball' pula ...
Kemahiran 'mencilok' diperlukan di sini !!
Beberapa rakan kayuhan sempat pekena cendol di seberang jalan berhampiran bangunan Stadhuys
Basikal diletakkan di menara jam bangunan Stadhuys, sebelum masing - masing mengambil peluang bersiar - siar, bergambar kenangan, berehat dan juga menikmati keadaan sekeliling
Melihat pameran motor klasik dan vintej yang mempamerkan sejumlah koleksi peribadi
Bersama encik Kudin Muda, yang turut menyertai pameran motosikal klasik & vintej ini
Bergambar kenangan di hadapan Porta De Santiago, gerbang untuk kota A Farmosa tinggalan penjajah Portugis di negara kita
Bersama seorang pengembara berbasikal solo dari luar negara
Hai Aliep, Aliep ... kat mana - mana pun boleh membuta huhuhu ...
Kedai menjual coconut shake yang dikhabarkan terkenal seantero Melaka ...
Jenuh kena beratur panjang ooo ...
Coconut shake dengan aiskrim, hmm nyumm nyumm ...
Berkelah di bawah papantanda sambil menikmati coconut shake beraiskrim
Sempat bergambar di papantanda sebelum menuju ke Pengkalan Balak
Makan lewat petang untuk menambah tenaga semasa berhenti di Pengkalan Balak
Menikmati panorama matahari terbenam di tepi jalan Pengkalan Balak - Kuala Sungai Baru
Di hentian rehat Tanjung Agas, melepasi Sungai Linggi yang menjadi sempadan Melaka - Negeri Sembilan
Singgah sebentar di Pantai Teluk Kemang, sebelum menyambung perjalanan ke pantai Bt. 4 Port Dickson
Setibanya kami ke kawasan perkhemahan pantai Bt. 4 Port Dickson
Asal Aliep aje, tidur. Asal tidur aje, Aliep hahahaha ...
B E R S A M B U N G ...