ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

28 May 2011

Kayuhan Z: Hari Pertama, 30.04.2011

Intro
Kayuhan Z, dimana huruf Z didedikasikan kepada salah seorang peserta iaitu Zaleha Musa. Juga dinamai sebagai Kayuhan Cap Buruh oleh Ah Chong, sempena cuti Hari Buruh atau kini dikenali sebagai Hari Pekerja yang disambut (atau diraikan) pada 1hb Mei setiap tahun.

Kayuhan touring yang menggabungkan tiga orang ahli Pedal Krem Riders iaitu Ah Chong, Muzammil dan Wakjan ini turut disertai oleh beberapa lagi rakan kayuhan dari sekitar Lembah Kelang iaitu Pak Abbas, Anas, Subki, Zaleha dan Aliep. Berlangsung selama tiga hari mulai 30hb April hingga 2hb Mei 2011, laluan menggunakan jalan Persekutuan bermula dari Kuala Lumpur ke Pantai Puteri, Melaka diikuti Melaka ke Port Dickson pada hari kedua dan diakhiri dengan Port Dickson kembali semula ke Kuala Lumpur.

Nota
Catatan perjalanan terperinci akan dimasukkan ke laman http://basikaltouring.blogspot.com. Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Gambar - gambar dalam artikel ini diambil dari album milik Ah Chong [album 1, album 2 & album 3], Muzammil [album 1, album 2 & album 3], Aliep [album 1, album 2 & album 3] serta Wakjan. Semua hakcipta gambar adalah terpelihara. Imej lebih beresolusi tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar.


Team B, berkumpul di rumah Ah Chong, Bandar Tun Razak


Team A dan Team B bertemu di lokasi pertemuan, Petronas Jalan Cheras


Sejurus sebelum memulakan kayuhan pada hari pertama


Meninggalkan negeri Selangor dan mula memasuki Negeri Sembilan


Kebocoran tayar yang pertama, berlaku pada basikal Aliep ketika melepasi pekan Mantin


Melepasi Bukit Mantin dengan perasaan bercampur antara keletihan dan kepuasan


 Di bandar Seremban, Negeri Sembilan


Sempat bergambar dengan kepala lokomotif antik


Menghadiri majlis perkahwinan Nazry & Nor Aiwa di Paroi, Seremban


 Kumpulan pendahulu yang sampai ke Pedas


Semua ahli kumpulan telah sampai ke Pedas.

B  E  R  S  A  M  B  U  N  G ...


No comments: