Pada 25hb Mac 2011 yang lalu, telah diadakan satu sambutan atau perayaan berbasikal secara beramai - ramai mengelilingi kotaraya Kuala Lumpur mengikut laluan yang telah ditetapkan. Acara yang bermula dari persimpangan lampu isyarat jalan Ampang - jalan Tun Razak berhadapan Ampang Park itu bermula lambat tidak seperti sebelumnya. Jam telah menunjukkan angka sepuluh malam tetapi konvoi masih belum bergerak meninggalkan kawasan pelepasan.
Ini adalah kali kedua rakan - rakan Pedal Krem Riders (selepas ini akan disebut sebagai PK Riders) menyertai kayuhan beramai - ramai ini, selepas ketinggalan pada Massa Kritikal: Feb 2011 akibat masalah kesesakan jalan yang teruk disebabkan hari hujan. Sebelum berkayuh, geng PK Riders berkumpul di Desa Pandan dengan beberapa rakan kayuhan lagi diantaranya peserta - peserta Kayuhan ke Teluk Cempedak bersama beberapa muka baru. Dikhabarkan pada malam itu, ada sekelompok basikalis yang datang dari lokasi sejauh Nilai, Negeri Sembilan.
Dari pemerhatian, kelihatan basikal fixie mendominasi peserta - peserta yang menyertai acara ini. Walaubagaimanapun, peratusan basikalis yang membawa basikal bergear (mountain bike / road bike) semakin bertambah penyertaannya berbanding dari kayuhan bulan Februari yang lalu. Tiada angka rasmi, tetapi dianggarkan lebih dari lima ratus peserta telah menyertai Massa - Kritikal: Mac 2011 ini.
Acara berlangsung dengan meriah dan lancar, walaupun terdapat sedikit gangguan akibat perbuatan sebilangan kecil peserta yang tidak menghormati pengguna jalanraya lain serta pejalan - pejalan kaki. Kayuhan berhenti rehat di Dataran Merdeka, sebelum diakhiri di kawasan tempat pelepasan. Acara tamat sebelum tengah malam, dengan terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama beberapa anggota PDRM yang berkawal di lokasi penamat kayuhan. Diharapkan agar peserta - peserta lebih bertimbang rasa untuk kayuhan yang akan datang.
Nota: Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Imej beresolusi lebih tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar. Gambar adalah hasil rakaman lensa saudara Piko, semua hakcipta terpelihara. Kredit saya berikan pada beliau.
Poster Massa Kritikal: Mac 2011
Direktori laluan untuk malam itu
Lakaran laluan menggunakan Google Maps
Deretan basikal fixie pelbagai warna menyertai kayuhan ini
Abd Salam, pertama kali menyertai kayuhan secara beramai - ramai
Geng Kayuhan ke Teluk Cempedak juga memeriahkan kayuhan pada malam itu
Sebahagian dari geng d' 68k Ampang
Serpihan geng d' 68k Ampang
Abd Salam menikmati kayuhannya di jalanan
Konvoi basikalis mula memasuki kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, Bukit Bintang
Pejalan kaki digemparkan dengan kehadiran ratusan penunggang basikal
Tahap kesesakan basikal semakin tepu di jalan Bukit Bintang, ada basikalis yang mengambil keputusan untuk turun dan menolak sahaja basikal mereka
Kesan pemanasan global ??
Kepelbagaian basikal yang menyertai; MTB, FR/DJ, BMX, fixie dan sebagainya ...
Mat Saleh pun ada menyertai ??
Himpunan berhampiran persimpangan lampu isyarat jalan Raja Laut - jalan Sultan Ismail
Mainstream mahupun underground, semuanya bersatu hati mengayuh
Ada juga yang membawa alat bunyian tiupan untuk menyemarakkan lagi suasana
Adegan 'panas' ...
Basikal tua yang dipasangkan rim serta tayar berwarna merah jambu
Geng 'Berkayuh ke Teluk Cempedak' bersama seorang dari rakan mereka (no. 3 dari kiri)
Mengerumuni beberapa anggota PDRM yang berkawal di lokasi pelepasan / penamat acara untuk sessi penerangan dan bertukar pendapat
No comments:
Post a Comment