ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

24 June 2011

Pantun Kayuhan

Satu pantun yang diambil dari wall seorang rakan Facebook telah mencetuskan 'reaksi rantaian' (chain reaction) dan mewujudkan balasan pantun dari rakan - rakan basikalis yang lain. Pantun - pantun yang berikut telah dikompilasikan dari satu entry di suarahatipenunggangbasikal@groups.facebook.com dan juga wall Facebook penulis sendiri.

Pedulikan tentang nahu dan tatabahasa kerana ia bukanlah bertujuan untuk mencemar bahasa, tetapi sekadar berjenaka sesama rakan basikalis yang lain disamping berkongsi ilmu dan pengalaman.

Nota:
Terdapat beberapa pengubahsuaian dari edisi asal seperti pembetulan penggunaan kata singkatan dan juga ejaan beberapa perkataan. Jangan marah yek pemantun - pemantun sekalian ( :

Budak - budak naik basikal,
Jaga jangan patah kaki,
Kalau hendak berkasih kekal,
Jangan mudah cari ganti.
Oleh: Ila Cozmic 

Budak - budak naik basikal,
Jaga jangan sampai rebah,
Bukan tak nak kasih tu kekal,
Cuma suka kalau kasih tu bertambah.
Oleh: Madone Abong 

Menteri Kerjaraya namanya Sammy Vello,
Orang kuat dalam itu MIC party,
Aku ni dah lama nakkan basikal Cervello,
Sampai bila aku nak nanti.
Oleh: Madone Abong 

Masuk jambori nak cari kawan, 
Penat kayuh lepak tepi jalan, 
Harapkan jambori habis ditawan, 
Rupanya krem ditengah jalan.
Oleh: Mock Mohd Mizan 

Kanan basikal kiri pun basikal,
Atas bawah depan belakang pun basikal,
Kenapa ada begitu banyak basikal,
Rupanya aku duduk dalam kedai basikal.
Oleh: Ady Minhad 

Berkayuh - kayuh dahulu,
Berehat - rehat kemudian,
Biarpun jauh berbatu - batu, 
Jamboree ke funride akan tetap dihabiskan.
Oleh: Agip Ipohmali 

Pam tayar 120 psi,
Tayar dipam sebab nak naik Genting Sempah,
Ikutkan hati nak beli yang mahai,
Tapi tak guna kalau kayuh tak semenggah.
Oleh: Ahmad Django 

Sorong basikal tarik basikal, 
Helmet Fox dalam perahu, 
Suruh berbasikal dia berbasikal, 
Suruh mengaji dia tak mahu.
Oleh: Haitsan Knr 

Kayuh basikal di tepi sawah, 
Melihat orang menanam padi, 
Kayuh naik bukit pandanglah ke bawah,
Kalau tengok depan buat sakit hati.
Oleh: Ahmad Django 

Dulu BMX sekarang MTB,
Layan funride juga jamboree,
Sebelum kayuh berseri-seri,
Lepas kayuh, macam - macam bunyi.
Oleh: Samsuri Jaafar    

Kanak - kanak bermain guli,
Bekal dibawa jalanlah beriringan,
Fikir sejenak sebelum membeli, 
Mahal tiada guna, pilihlah yang ringan
Oleh: Rashi Hariri 

Membeli mee di kedai nyonya
Kopi gula dah naik harganya,
Yang ringan bukan pada 'frame'nya,
Tetapi pada sistem kayuhannya.

Mencari stamina tahap 'gaban', 
Masuk race dapat nombor satu, 
Dalam berbasikal mencari kawan, 
Supaya hidup ceria selalu.

Bebudak sekarang main fixie,
Orang lama main MTB,
Kayuh basikal sihatkan diri,
Kasi kuat urat kaki.
Zaman sekarang main basikal,
Zaman dulu kita berlari,
Perut dah tinggi berbekal - bekal,
Samsuri Jaafar, bila kita nak kayuh lagi ?
Oleh: Popo N You

 Tanam pinang rapat - rapat,
Supaya senang puyuh berlari,
Belilah basikal cepat - cepat,
Bolehlah kayuh ke Bukit Ramlee lagi.
Basikal dikayuh berseri - seri,
Dikayuh pula oleh Pak Ali,
Jangan lupa datang malam ini,
Kayuhan KNR anniversary.
Oleh: Bang Omm

13 June 2011

Kayuhan Z: Hari Ketiga, 02.05.2011

Nota
Catatan perjalanan terperinci akan dimasukkan ke laman http://basikaltouring.blogspot.com. Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Gambar - gambar dalam artikel ini diambil dari album milik Ah Chong [album 3], Muzammil [album 3], Aliep [album 3] serta Wakjan. Semua hakcipta gambar adalah terpelihara. Imej lebih beresolusi tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar.
02.05.2011, Isnin, Hari ketiga Kayuhan Z
 Pagi itu kami didatangi seorang basikalis yang bersiar - siar di tepi pantai


Bersama Catherine, yang datang ke Malaysia dengan kapal layar. Menggunakan basikal untuk bersiar - siar di kawasan mana kapal layarnya berlabuh


'Dua kenderaan berat' bergambar di pantai Batu 4, Port Dickson


Grup foto di tapak pekhemahan tempat kami bermalam


Yiipp yiipp hoorraayyyy ...


Satu - satunya 'kumbang' dalam konvoi kami ahaksss ...


Bersarapan pagi sebelum memulakan perjalanan


Hentian rehat di Esso Lukut sebelum menyambung perjalanan di laluan  pendakian. Sempat tidur juga budak bertuah dua orang ni huhuhu ...


Hentian rehat di R & R Sepang


Konvoi memasuki kawasan Bangi


Makan malam di kawasan Bandar Baru Bangi
 Berhenti berteduh di Petronas Jalan Cheras hala Kuala Lumpur akibat hujan terlalu lebat


Wakjan melakukan aksi 'taichi' untuk kendurkan urat - urat yang tegang ( :


'Mengumpan' atendan pam minyak untuk bergambar kenangan bersama - sama.
 Ehhh, mana perginya atendan pam minyak tu ? 'Umpanan' berhasil, dia jadi jurufoto kami kemudiannya hehehe ...
.