Satu pantun yang diambil dari wall seorang rakan Facebook telah mencetuskan 'reaksi rantaian' (chain reaction) dan mewujudkan balasan pantun dari rakan - rakan basikalis yang lain. Pantun - pantun yang berikut telah dikompilasikan dari satu entry di suarahatipenunggangbasikal@groups.facebook.com dan juga wall Facebook penulis sendiri.
Pedulikan tentang nahu dan tatabahasa kerana ia bukanlah bertujuan untuk mencemar bahasa, tetapi sekadar berjenaka sesama rakan basikalis yang lain disamping berkongsi ilmu dan pengalaman.
Nota:
Terdapat beberapa pengubahsuaian dari edisi asal seperti pembetulan penggunaan kata singkatan dan juga ejaan beberapa perkataan. Jangan marah yek pemantun - pemantun sekalian ( :
Budak - budak naik basikal,
Jaga jangan patah kaki,
Kalau hendak berkasih kekal,
Jangan mudah cari ganti.
Jaga jangan sampai rebah,
Bukan tak nak kasih tu kekal,
Cuma suka kalau kasih tu bertambah.
Orang kuat dalam itu MIC party,
Aku ni dah lama nakkan basikal Cervello,
Sampai bila aku nak nanti.
Penat kayuh lepak tepi jalan,
Harapkan jambori habis ditawan,
Rupanya krem ditengah jalan.
Atas bawah depan belakang pun basikal,
Kenapa ada begitu banyak basikal,
Rupanya aku duduk dalam kedai basikal.
Berehat - rehat kemudian,
Biarpun jauh berbatu - batu,
Jamboree ke funride akan tetap dihabiskan.
Tayar dipam sebab nak naik Genting Sempah,
Ikutkan hati nak beli yang mahai,
Tapi tak guna kalau kayuh tak semenggah.
Helmet Fox dalam perahu,
Suruh berbasikal dia berbasikal,
Suruh mengaji dia tak mahu.
Melihat orang menanam padi,
Kayuh naik bukit pandanglah ke bawah,
Kalau tengok depan buat sakit hati.
Layan funride juga jamboree,
Sebelum kayuh berseri-seri,
Lepas kayuh, macam - macam bunyi.
Oleh: Samsuri Jaafar
Kanak - kanak bermain guli,
Bekal dibawa jalanlah beriringan,
Fikir sejenak sebelum membeli,
Kanak - kanak bermain guli,
Bekal dibawa jalanlah beriringan,
Fikir sejenak sebelum membeli,
Mahal tiada guna, pilihlah yang ringan
Oleh: Rashi Hariri
Membeli mee di kedai nyonya
Kopi gula dah naik harganya,
Yang ringan bukan pada 'frame'nya,
Tetapi pada sistem kayuhannya.
Membeli mee di kedai nyonya
Kopi gula dah naik harganya,
Yang ringan bukan pada 'frame'nya,
Tetapi pada sistem kayuhannya.
Oleh: Rashi Hariri
Mencari stamina tahap 'gaban',
Masuk race dapat nombor satu,
Dalam berbasikal mencari kawan,
Supaya hidup ceria selalu.
Oleh: Ahmad Django
Bebudak sekarang main fixie,
Orang lama main MTB,
Kayuh basikal sihatkan diri,
Kasi kuat urat kaki.
Zaman sekarang main basikal,
Zaman dulu kita berlari,
Perut dah tinggi berbekal - bekal,
Samsuri Jaafar, bila kita nak kayuh lagi ?
Tanam pinang rapat - rapat,
Supaya senang puyuh berlari,
Belilah basikal cepat - cepat,
Bolehlah kayuh ke Bukit Ramlee lagi.
Belilah basikal cepat - cepat,
Bolehlah kayuh ke Bukit Ramlee lagi.
Basikal dikayuh berseri - seri,
Dikayuh pula oleh Pak Ali,
Jangan lupa datang malam ini,
Kayuhan KNR anniversary.
Oleh: Bang Omm
No comments:
Post a Comment