Terdapat pelbagai istilah dicipta oleh basikalis - basikalis seantero Malaysia, bukanlah bertujuan untuk merosakkan bahasa namun sekadar memeriahkan dunia berbasikal. Barulah ceria sikit kan ... Namun bagi yang baru bergiat dalam sukan ini, kekadang mungkin tidak memahami istilah yang digunakan. Berikut disenaraikan istilah - istilah tersebut beserta maksudnya. Jika terdapat lagi istilah yang mungkin terlepas pandang, bolehlah diutarakan agar ianya dapat disertakan di sini.
Nota:
Perkataan - perkataan di bawah dikumpulkan dari pelbagai poster / banner mahupun jemputan kayuhan mingguan mahupun bulanan. Penulis artikel tidak mempunyai roadbike dan tidak pernah menyertai sebarang kayuhan roadbike, jadi mungkin terdapat istilah - istilah lain yang mungkin digunakan oleh peminat - peminat roadbike.
Tempat takung / Venue / RV / Meeting point: Lokasi untuk basikalis berkumpul sebelum memulakan kayuhan. Kebiasaannya akan dibuat di dataran, kedai makan, parkir kereta dan sebagainya yang difikirkan sesuai. Lokasi berkumpul lazimnya turut dijadikan lokasi penamat kayuhan.
Waktu takung / Waktu berkumpul / Meeting time: Aturan masa yang ditetapkan untuk basikalis mula berkumpul, kebiasaannya 30 minit sebelum kayuhan dimulakan.
Mula golek / Tayar golek / Mula lumba / Roll atau rollin' / Mula menyesal: Aturan masa untuk semua basikalis memulakan kayuhan.
Kepala kayuh / Headmaster / Ketua patrol / Ride leader: Individu yang ditugaskan untuk mengetuai sesuatu kayuhan. Beliau boleh jadi individu yang akan mengepalai konvoi atau cuma menguruskan perjalanan mahupun halatuju aktiviti kayuhan. Kadang - kadang nombor telefon beliau akan dipaparkan pada undangan kayuhan untuk dijadikan rujukan, bertujuan untuk peserta menanyakan lokasi tempat berkumpul sebagai contohnya.
2 comments:
Hi, I came across your site and wasn’t able to get an email address to contact you. Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back and we'll talk about it.
Thanks!
Mandie Hayes
mandie.hayes10@gmail.com
Hi Mandie Hayes !! Thanks for visiting. I'm considering to put your link into another blog of mine, which is http://basikaltouring.blogspot.com
Post a Comment