Entry yang dipetik dari laman Facebook grup Suara Hati Penunggang Basikal 1 Malaysia. Soalan oleh saudara Azizi Zarin yang berbunyi "Sebelum kayuh apakah anda lakukan ?" Jawapan yang jujur, lojik dan tidak kurang juga menggelikan hati, seperti di bawah:
"Check basikal ... visualize route" - Khairizal Ghani
"Tengok keadaan diri kita dulu adakah kita sihat & boleh berkayuh pada hari itu" ... - Aziz Basrom
"Pastikan anda ada beskal" - Azizi Zarin
"Tanya isteri dulu ... boleh gi kayuh ke tak ... hahaaa" - Haitsan Knr
"Pastikan pakaian anda bersih dan berbau harum" - Hafifi Kahar
"Pakai perfum/deodoran supaya kawan2x lain selesa bila ride bersama2x takde la bau hangit ketiak - Fuji San
"Pakai halmet yang betul ... jangan pakai halmet moto pulak. Magnum" - Hafifi Kahar
"Buang air" ... - Junaidi Tapir
"Dah buang ayer ... minum ayer secukupnya" - Aril Zamri
"Berdoa kepada Allah semoga kayuhan yang aku buat mendapat manafaat yg baek dan minta dijauhkan dari segala bahaya kemalangan jalan raya serta mintak dijauhkan dari kerosakan beskal" - Madone Abong
"Tutup gas, tutup pili air & kunci pintu pagar. kemudian tinggalkan sebentar segala masalah di rumah sebelum gi berkayuh ... ooppss sebelum tu, akan pastikan tak lupa bawa bekalan makan/minum + tiub gantian + tools" - Azizan Zolkipli
"Kalau matahari ateh kepala tu guna la sunblock kalau memang kulit dah gelap tak yah la pakai" ... - Bob Radenkotolo
"Mmm ... fikir dulu, nak seronok ke nak seksa (penat)" ... - Dsbke Wan
"Sebelum kayuh, saya tak kayuh" ... - Mustaffa Kamal Ahmad
"Sebelum kayuh kite pasang niat" ... - Shahrudin Bin Daud
"Doa naik kenderaan" - Azizi Zarin
"Tido" ... - Azrul Ameir
"Pasang niat: sahaja aku berbasikal kerana" ... - Azizan Zolkipli
No comments:
Post a Comment