ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

19 October 2011

Polo Basikal (Cycle Polo)


Sukan polo basikal di Budapest, Hungary


Polo basikal adalah sukan berpasukan, yang dicipta di County Wicklow, Ireland, pada tahun 1891 oleh pelumba basikal bersara, Richard J. Mecredy. Sukan ini adalah sama dengan polo tradisional, kecuali basikal digunakan dan bukannya kuda. Permainan di gelanggang keras (hardcourt) telah menyaksikan permintaan yang mendadak dalam tahun 2007 dan pasukan baru bercambah di seluruh dunia. Sukan polo basikal kini boleh didapati di negara Amerika Syarikat, Ireland, Switzerland, Perancis, India, Jerman, Pakistan, Sri Lanka, Indonesia, Hungary, Australia, Sweden, England, Scotland, Argentina, Itali, dan Kanada.

Polo Basikal Tradisional
 
Polo basikal tradisional dimainkan di padang rumput bersegi empat tepat (rectangular), 150 meter kali 100 meter secara rasminya, secara tidak rasmi di mana sahaja padang yang dirasakan cukup besar. Dimensi rasmi padang permainan boleh berbeza-beza antara 120 dan 150 meter panjang kali 80 hingga 100 meter lebar. Bola yang digunakan adalah berlilitan (circumference) 12-15 inci dan pemukul (mallet) bersaiz 1 meter panjang.

Terdapat 6 orang ahli (7 orang jika di Perancis) dalam satu pasukan dimana 4 orang pemain (5 orang jika di Perancis) berada di atas padang pada satu-satu masa. Dua orang dari ahli kumpulan dijadikan sebagai pemain gantian. Pertandingan bertaraf antarabangsa dimainkan dalam jangkamasa 30 minit yang dibahagikan kepada tempoh 7.5 minit, masing-masing dipanggil sebagai satu chukkar. Masa tambahan boleh digunakan untuk menentukan pemenang jika markah terikat dalam jangkamasa biasa perlawanan (normal time)

Jika satu perbuatan kesalahan sengaja dilakukan di kawasan sekitar gawang gol, pasukan yang dikasari secara automatik diberi satu gol. Kesalahan (foul) yang kurang merbahaya akan diberikan pukulan percuma (free hits) sejauh 15 atau 25 meter. Sekiranya kesalahan sengaja atau kesalahan merbahaya, pengadil boleh mengeluarkan kad kuning (amaran) dan dalam kes kesalahan berulang atau kesalahan serius kad merah (pengusiran) akan dikeluarkan. Pemain yang diusir boleh digantikan dengan pemain gantian selepas pengakhiran chukkar, jika pengadil membenarkan.

Polo Basikal Gelanggang Keras (Hardcourt)
 
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, sejenis bentuk gantian permainan yang dikenali sebagai Polo Basikal Gelanggang Keras (Hardcourt Bike Polo) atau Polo Basikal Bandaran (Urban Bike Polo) telah berkembang popular. Dalam perubahan ini, pasukan yang terdiri daripada tiga hingga lima pemain bersaing di gelanggang tenis, gelanggang hoki jalanan (street hockey rinks) atau apa saja permukaan lain yang disediakan. Undang - undang permainan adalah sedikit berbeza mengikut lokasi ia dimainkan.

Secara umumnya ini adalah permainan yang lebih cepat dengan 3 ahli dalam setiap pasukan, tiada pemain gantian, dan semua anggota berada di gelanggang pada setiap masa. Bola hoki jalanan (street hockey) digunakan dan perlawanan dimainkan sehingga satu pasukan memperolehi 5 mata, tanpa bermain secara sistem chukkar (tradisional). Semasa perlawanan, had masa, seperti 10 minit digunakan.  Had masa digunakan untuk memaksimumkan bilangan pusingan kejohanan pada hari perlawanan.

Sejarah
 
Permainan ini dicipta oleh seorang warga Ireland, Richard J. Mecredy, pada tahun 1891. Pada tahun yang sama, perlawanan polo basikal yang pertama telah diadakan di antara The Scalp dan Ohne Hast C.C.  Menjelang akhir abad ke-19, permainan ini  telah tiba di Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Perlawanan antarabangsa pertama telah dimainkan di antara Ireland dan England pada tahun 1901. Demonstrasi polo basikal telah diadakan pada Sukan Olimpik 1908 London, dengan Ireland memenangi pingat emas, menewaskan Jerman.

Sukan ini sampai pada kemuncak popularitinya di Great Britain pada 1930-an dengan pengenalan liga serantau. Polo basikal juga berkembang di Perancis dalam tempoh ini dengan penubuhan liga Perancis. Pertandingan bertaraf antarabangsa di antara Perancis dan Great Britain telah diadakan secara berkala. Bagaimanapun, Perang Dunia Kedua menandakan permulaan berakhirnya dunia sukan polo basikal Britain. Sukan ini berjaya untuk kekal di Perancis, dengan liga kejohanan diadakan secara berkala sehingga hari ini.

Tahun 1980-an menyaksikan kebangkitan dua kuasa baru dalam polo basikal, India dan Amerika Syarikat. Persatuan Polo Basikal India (The Cycle Polo Association of India) secara rasmi diwujudkan pada tahun 1966 dan Persatuan Polo Basikal Amerika (Bicycle Polo Association of America) telah diwujudkan pada tahun 1994. Perlawanan polo basikal antarabangsa dipentaskan semula pada tahun 1990-an dengan kejohanan dunia pertama yang dianjurkan pada tahun 1996 di Amerika Syarikat. Pasukan dari India, Amerika Syarikat dan Kanada mengambil bahagian dengan India memenangi gelaran itu. Kejohanan seterusnya telah diadakan pada tahun 1999 di Vancouver, Kanada yang juga dimenangi oleh India. Sejak dari itu, kejohanan ini menjadi acara tetap dan diadakan setiap tahun.

Kejohanan tahun 2004 telah dimenangi oleh Amerika Syarikat, dengan pasukan dari India, Kanada, Perancis dan Pakistan telah mengambil bahagian. Hari ini, polo basikal telah dianjur dan dimainkan di Brazil, Argentina, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Great Britain, India, Ireland, Malaysia, New Zealand, Pakistan, Afrika Selatan, Sri Lanka, Sweden, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Polo basikal telah diiktiraf secara rasmi oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (International Cycling Union)  pada tahun 2001. The Pukka Chukkas MS Bicycle Polo Cup adalah acara terbuka antarabangsa yang diadakan di Nepal setiap tahun pada Kejohanan Polo Gajah Dunia (World Elephant Polo Championships). Pemegang terkini kejohanan, adalah Afghanistan yang menewaskan Norway di peringkat akhir pada 2hb Disember 2010.


 Senarai pemenang kejohanan sukan polo basikal antarabangsa dari tahun 1996 hingga 2006 (klik pada gambar untuk pembesaran imej)
 
 
 Petikan mengenai Polo Basikal dari Wikipedia
 

Sumber artikel dan gambar: Wikipedia

03 October 2011

Century Ride (Kayuhan Abad)

'Century Ride', merupakan satu istilah dalam dunia sukan atau rekreasi berbasikal. Terdapat segelintir yang benar - benar memahami istilah ini, memahami secara ringkas mahupun langsung tidak pernah mendengar istilah ini. Untuk info, ia bukanlah satu jenama bateri kereta  (Century, alahai, terbagi pengiklanan percuma pula hahaha...) dan juga bukanlah satu permainan kanak - kanak yang dipanggil sebagai polis sentri walaupun bunyinya hampir sama. Bagi mengetahui lebih lanjut, ayuh bacakan isi kandungan artikel ini yang seterusnya.

Perkataan century dalam bahasa Inggeris bermaksud abad manakala ride pula bermaksud kayuhan. Jadi, dalam bahasa Melayunya bermaksud Kayuhan Abad. Seperti yang kita sedia maklum, satu abad adalah bersamaan dengan seratus tahun. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah bermaksud kayuhan yang dilakukan dalam tempoh masa satu abad.

Menurut ensaiklopedia percuma Wikipedia, istilah Century Ride bermaksud kayuhan basikal sejauh 100 batu (miles) ataupun 160.9 kilometer dalam masa 12 jam.  Tapi, kenapa 100 batu dan bukan 100 kilometer ? Juga, kenapa mesti dalam tempoh masa 12 jam sahaja ? Oppsss, jangan ditanya pada saya kenapa atau mengapa ...

Di Malaysia, pernah juga diadakan beberapa kali acara ini tetapi kekerapannya mungkinlah tidaklah sekerap negara luar, mengambil contoh seperti di USA atau negara Eropah misalannya. Di negara luar, banyak kelab berbasikal mereka mengadakan acara Century Ride tahunan sebagai acara sosial untuk basikalis dan pada masa yang sama dijadikan sebagai aktiviti memungut derma untuk kelab masing - masing. Secara lazimnya, Century Ride akan berhenti rehat pada setiap 25 batu atau jarak lain yang difikirkan sesuai; di mana air minuman, makanan serta kemudahan tandas disediakan untuk peserta.

Pada Century Ride yang disokong oleh khidmat iringan, laluan peserta akan dikawalselia oleh kenderaan pengiring untuk membantu peserta dalam khidmat pembaikan basikal mahupun menyediakan pengangkutan pulang ke lokasi permulaan kayuhan andai seseorang peserta itu tidak mampu untuk melengkapkan kayuhannya. Terdapat juga beberapa pilihan acara kayuhan untuk peserta, berdasarkan pada pelbagai keupayaan mereka. Seperti contoh:

- Quarter Century: 25 batu (40.2 km) dalam masa 3 jam.
- Half Century: 50 batu (80.5 km) dalam masa 6 jam.
- Metric Century: 100 km (62.1 batu)
- Double Metric Century: 200 km (124.2 batu)
- Double Century: 200 batu (321.8 km) dalam masa 24 jam.


Asal usul Century Ride tidaklah diketahui, tetapi Dora Rinehart telah pun mula melakukan kayuhan ini di Denver, CO, USA sekitar tahun 1890an.

Nota:
Artikel ini merupakan terjemahan petikan dari sumber di Wikipedia. Jika terdapat sebarang kekeliruan dalam penggunaan istilah, artikel asal dalam bahasa Inggeris hendaklah dirujuk.