ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

03 October 2011

Century Ride (Kayuhan Abad)

'Century Ride', merupakan satu istilah dalam dunia sukan atau rekreasi berbasikal. Terdapat segelintir yang benar - benar memahami istilah ini, memahami secara ringkas mahupun langsung tidak pernah mendengar istilah ini. Untuk info, ia bukanlah satu jenama bateri kereta  (Century, alahai, terbagi pengiklanan percuma pula hahaha...) dan juga bukanlah satu permainan kanak - kanak yang dipanggil sebagai polis sentri walaupun bunyinya hampir sama. Bagi mengetahui lebih lanjut, ayuh bacakan isi kandungan artikel ini yang seterusnya.

Perkataan century dalam bahasa Inggeris bermaksud abad manakala ride pula bermaksud kayuhan. Jadi, dalam bahasa Melayunya bermaksud Kayuhan Abad. Seperti yang kita sedia maklum, satu abad adalah bersamaan dengan seratus tahun. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah bermaksud kayuhan yang dilakukan dalam tempoh masa satu abad.

Menurut ensaiklopedia percuma Wikipedia, istilah Century Ride bermaksud kayuhan basikal sejauh 100 batu (miles) ataupun 160.9 kilometer dalam masa 12 jam.  Tapi, kenapa 100 batu dan bukan 100 kilometer ? Juga, kenapa mesti dalam tempoh masa 12 jam sahaja ? Oppsss, jangan ditanya pada saya kenapa atau mengapa ...

Di Malaysia, pernah juga diadakan beberapa kali acara ini tetapi kekerapannya mungkinlah tidaklah sekerap negara luar, mengambil contoh seperti di USA atau negara Eropah misalannya. Di negara luar, banyak kelab berbasikal mereka mengadakan acara Century Ride tahunan sebagai acara sosial untuk basikalis dan pada masa yang sama dijadikan sebagai aktiviti memungut derma untuk kelab masing - masing. Secara lazimnya, Century Ride akan berhenti rehat pada setiap 25 batu atau jarak lain yang difikirkan sesuai; di mana air minuman, makanan serta kemudahan tandas disediakan untuk peserta.

Pada Century Ride yang disokong oleh khidmat iringan, laluan peserta akan dikawalselia oleh kenderaan pengiring untuk membantu peserta dalam khidmat pembaikan basikal mahupun menyediakan pengangkutan pulang ke lokasi permulaan kayuhan andai seseorang peserta itu tidak mampu untuk melengkapkan kayuhannya. Terdapat juga beberapa pilihan acara kayuhan untuk peserta, berdasarkan pada pelbagai keupayaan mereka. Seperti contoh:

- Quarter Century: 25 batu (40.2 km) dalam masa 3 jam.
- Half Century: 50 batu (80.5 km) dalam masa 6 jam.
- Metric Century: 100 km (62.1 batu)
- Double Metric Century: 200 km (124.2 batu)
- Double Century: 200 batu (321.8 km) dalam masa 24 jam.


Asal usul Century Ride tidaklah diketahui, tetapi Dora Rinehart telah pun mula melakukan kayuhan ini di Denver, CO, USA sekitar tahun 1890an.

Nota:
Artikel ini merupakan terjemahan petikan dari sumber di Wikipedia. Jika terdapat sebarang kekeliruan dalam penggunaan istilah, artikel asal dalam bahasa Inggeris hendaklah dirujuk.



2 comments:

Anonymous said...

12 jam? mak aii..x larat den =.="

Azizan Zolkipli said...

@Novelgurl: alaaa, "alah bisa tegal biasa" kan hehehe ...