ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

18 June 2010

Inter - State Ride (World Cup 2010 Edition): 13.06.2010

Laluan: Sabak Bernam - Teluk Intan - Hutan Melintang - Bagan Nakhoda Omar (BNO) - Sabak Bernam
Jarak kayuhan: 90km, pergi balik ...

* nama kayuhan aje grand, saje bikin gempak. Dari Sabak Bernam Selangor, kami melintasi Sg. Bernam yang menjadi sempadan kepada Selangor - Perak dan menghala ke Teluk Intan, Perak.

* di Teluk Intan, atau nama lamanya Teluk Anson, kami berehat di Menara Condong. Bagi kesempatan pada Ijat & Yeop untuk melawat ke Menara Condong tu. Aku cuma lepak di bawah, zZz sambil jaga basikal2. Sampai ada kes kemalangan berdekatan pun aku tak sedar hehehe. Sesudah melawat, kami berkesempatan menjamu selera mee rebus di restoran Mastan Ghani yang terkenal bagi penduduk sekitar Teluk Intan.

* dari Teluk Intan, menghala pulang ke Sabak Bernam tapi kami memasuki kawasan Hutan Melintang. Disitu, kami menaiki bot dengan tambang RM1.50 seorang termasuk tambang basikal. Tidak sampai 10 minit, kami memasuki kembali negeri Selangor dengan berlabuhnya bot di jeti Ladang Sg. Bernam, mukim Sg. Air Tawar.

* dari Sg. Air Tawar, kami melalui Bagan Nakhoda Omar (BNO) sebelum ke Sabak Bernam semula. Jarak perjalanan yang ditempuhi pada hari itu berjumlah 90 kilometer.

> Gambar penuh di laman Multiply:


Zon pelepasan di Taman Kenangan, Sabak Bernam. Gandingan basikal touring,'ekor keras' & 'ekor lembut'

Lepas jambatan ni,  dah masuk negeri Perak ...

Pit stop di Petronas Simpang Empat, Hutan Melintang. Tapau air 'seratus campur' (100 Plus)

Lagi 9km ke Teluk Intan. Berhenti minum dulu ...



Yesssss !! 1km to go !!

Menara condong & kawasan sekitar dihiasi dengan pelbagai bendera pasukan Piala Dunia 2010

Parking basikal di Restoran Mastan Ghani (baru)

Menu spesel Mastan Ghani; mee rebus ...

Depan Restoran Mastan Ghani (asal)

Kami sayang Jalan Persekutuan, muaaaahhhhh ...

Singgah nak beli tiub spare, sekali kedai tutup daaa ...

Naik bot lintas sungai Bernam, untuk masuk semula ke Selangor.


Yeop berhasrat untuk menukar kerjaya kepada pemandu bot pula ...

Dah masuk Selangor kembali. Di jeti ladang Sg. Bernam, belakang tu jeti nelayan Hutan Melintang

Omak aaiiii, besaunya topi !!

Sesampainya di rumah, belum masuk pintu rumah udah terbongkang di luar : )

Mereka yang tertewas, dari sudut lain pula ...

Pre World Cup 2010 Ride: 11.06.2010


Sedang PK Riders yang lain balik kampung, bersiap nak tengok perlawanan pertama pembukaan Piala Dunia 2010 dsbnya, budak dua ekor ni layan mutar2 ibukota pulak. Memang dasar 'mata bangku' (tak minat bola) sungguh !! Plan ad  - hoc, patutnya nak join Keliwon Night Ride sempena ulangtahunnya yang pertama. Sekali si Hairul abis kerja lewat daaa, sempat juga dia meracun Wakjan yang akhirnya terjebak sama hahaha.

Laluan: Keramat - Central Market (CM) - Bukit Tengku - Hartamas - Terowong Penchala Link - Mutiara Damansara - Lebuhraya DUKE - Keramat.

Jumlah jarak: 48 km
Gambar penuh, di laman Facebook Hairul:


Persimpangan Jalan Tengku - Jalan Tun Ismail

Tak mampu beli rumah mewah, dapat bergambar depan jalan masuk pun jadilah ...

Pancuran air  yang menarik, jalan masuk ke sebuah kawasan penempatan mewah di Bukit Tengku

Landskap, pepohon dan hiasan lampu yang menarik. Anjing kat pos pengawal sini besor & garang ooo...

Sejurus sebelum memasuki terowong Penchala Link

Semoga Allah melindungi & memberkati perjalanan kami, Amin ...

Rasta @ TTDI, dekat je dari exit Penchala / TTDI Penchala Link.

Sebelum kembali ke lebuhraya untuk ke Mutiara Damansara

Nama kedai makan ni memang padan le, pit stop dulu gantikan kalori yang hilang

Nak masuk area The Curve pulak ...

Surian Tower tak sama dengan Suria KLCC tau !!

Bukti dah sampai The Curve dan yang sewaktu dengannya ...

Masih tak percaya ? Zoom in lagi bagi tengok ...

Cayang Erol, muaaaahhhhh ...

Caaaaakkkkkk ...

Kalau tayar basikal pancit, boleh hubungi abang Din Pomen tak ?

Sebelum  pulang, tambah kalori lagi. Majulah Ali untuk semua hehehehe ...



MEX #45: 10.06.2010

Laluan: Bandar Tun Razak (BTR) - Tol Lebuhaya MEX (u-turn) - BTR
Kayuhan peribadi di lebuhraya MEX buat kali ke 45 buat AhChong. Kalau dia tipu, kita semua pun kena tipulah wakakaka ...
Mangsa terbaru ... Wak Let It Be ... hehehe ...Walaupun kali pertama layan MEX ... Wak menunjukkan prestasi yg membanggakan ... simptom2 krem bontot, krem telor terserlah hahaha ... mmg layak bersama dengan team Pedal Krem Riders.
Gambar penuh di laman Facebook AhChong:


 Persiapan terakhir sebelum berkayuh dibuat di Lorong Mewah 4, BTR.

Dahpun memasuki lebuhraya MEX

Tidak sampai lagi 2km menuju plaza tol

Berlatarbelakangkan plaza tol Putrajaya, lebuhraya MEX

Proses u - turn dengan berhati - hati sedang dilakukan

Pusat bandaraya, lagi 28 km

Sesi penambahan kalori di kawasan rehat Seri Kembangan

Baekkkk punya tempat parking ...

Kucing pun minat basikal ...

Teka bayang2 siapa ?

 Berehat seketika; menghilangkan dahaga & melegakan bontot yang krem

Dah pun sampai kembali di BTR




Bangsar Attack !! 08.06.2010

Laluan: Bandar Tun Razak (BTR) - Jalan Ampang - Jln Tasik Perdana - Jln Semantan - Bangsar - Dataran Merdeka - BTR

Memetik celoteh AhChong dari laman Facebook beliau mengenai kayuhan ini:
" Memang best route nihh ... layan bukit kat jalan Semantan tu ...lumayan pakk ... nyawa ... nyawa ... hahaha ... "

"Wak sampai 2 kali la pancit tayar ... pasnie kena tukau (tukar) tayar kuprum ... tahan sket (sikit) hehehe ... "

Untuk koleksi gambar sepenuhnya, lawat sini (Facebook AhChong):-


 Pojie, A.J & Wak menunggu kehadiran AhChong berdekatan stesyen LRT Ampang Park, Jalan Ampang.

 Ketibaan Tok Penghulu @ AhChong yang dikasihi : )

Meredah kesesakan malam di ibukota

AhChong di persimpangan dilema. Ehh, macam tajuk filem plak hehehehe ...

 Cobaan menguatkan jentera kayuhan AhChong dengan memasukkan bahan api 'synergy'

 Sila hubungi nombor tertera untuk khidmat penghantaran makanan

Pojie & A.J kelihatan sedang 'link - roda' di hadapan kedai basikal Rodalink

Mcm biasa, sesi penambahan kalori mesti ada ...

 Mentang2 kerja di Menara Maybank, lepak pun mau cari sama syarikat ekkk ...

AhChong bukan saja diminati golongan2 VIP, malahan turut menjadi idola pekerja pembinaan warga asing : )

Berlatarbelakangkan bangunan Muzium Negara