ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

18 June 2010

Inter - State Ride (World Cup 2010 Edition): 13.06.2010

Laluan: Sabak Bernam - Teluk Intan - Hutan Melintang - Bagan Nakhoda Omar (BNO) - Sabak Bernam
Jarak kayuhan: 90km, pergi balik ...

* nama kayuhan aje grand, saje bikin gempak. Dari Sabak Bernam Selangor, kami melintasi Sg. Bernam yang menjadi sempadan kepada Selangor - Perak dan menghala ke Teluk Intan, Perak.

* di Teluk Intan, atau nama lamanya Teluk Anson, kami berehat di Menara Condong. Bagi kesempatan pada Ijat & Yeop untuk melawat ke Menara Condong tu. Aku cuma lepak di bawah, zZz sambil jaga basikal2. Sampai ada kes kemalangan berdekatan pun aku tak sedar hehehe. Sesudah melawat, kami berkesempatan menjamu selera mee rebus di restoran Mastan Ghani yang terkenal bagi penduduk sekitar Teluk Intan.

* dari Teluk Intan, menghala pulang ke Sabak Bernam tapi kami memasuki kawasan Hutan Melintang. Disitu, kami menaiki bot dengan tambang RM1.50 seorang termasuk tambang basikal. Tidak sampai 10 minit, kami memasuki kembali negeri Selangor dengan berlabuhnya bot di jeti Ladang Sg. Bernam, mukim Sg. Air Tawar.

* dari Sg. Air Tawar, kami melalui Bagan Nakhoda Omar (BNO) sebelum ke Sabak Bernam semula. Jarak perjalanan yang ditempuhi pada hari itu berjumlah 90 kilometer.

> Gambar penuh di laman Multiply:


Zon pelepasan di Taman Kenangan, Sabak Bernam. Gandingan basikal touring,'ekor keras' & 'ekor lembut'

Lepas jambatan ni,  dah masuk negeri Perak ...

Pit stop di Petronas Simpang Empat, Hutan Melintang. Tapau air 'seratus campur' (100 Plus)

Lagi 9km ke Teluk Intan. Berhenti minum dulu ...



Yesssss !! 1km to go !!

Menara condong & kawasan sekitar dihiasi dengan pelbagai bendera pasukan Piala Dunia 2010

Parking basikal di Restoran Mastan Ghani (baru)

Menu spesel Mastan Ghani; mee rebus ...

Depan Restoran Mastan Ghani (asal)

Kami sayang Jalan Persekutuan, muaaaahhhhh ...

Singgah nak beli tiub spare, sekali kedai tutup daaa ...

Naik bot lintas sungai Bernam, untuk masuk semula ke Selangor.


Yeop berhasrat untuk menukar kerjaya kepada pemandu bot pula ...

Dah masuk Selangor kembali. Di jeti ladang Sg. Bernam, belakang tu jeti nelayan Hutan Melintang

Omak aaiiii, besaunya topi !!

Sesampainya di rumah, belum masuk pintu rumah udah terbongkang di luar : )

Mereka yang tertewas, dari sudut lain pula ...

No comments: