ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

02 June 2010

Offroad Broga - Lenggeng: 23.05.2010

Kayuhan offroad cross country (XC), jemputan oleh abang Ken dari beskal.com. Matlamat utama, bawa Nina Spy berlatih masuk offroad sempena Jambori HTR Ipoh 2010 disamping berkenalan dengan kawan baru. Peserta dari Pedal Krem Riders (PK Riders) yang menyertai kayuhan ini ialah Ah Chong, Hairul, Hadri, Pojie, Nina Spy, Nik & Wakjan.

Laluan yang menarik, dengan melalui kawasan kampung, dusun, kebun, kampung orang asli, ladang kelapa sawit, ladang getah, semak & hutan rimba, sungai kecil, tanah runtuh, pokok tumbang, titi patah & laluan berbukit uphill serta downhill. Pada hampir penghujung laluan, peserta disajikan pengalaman menarik bersantai & mandi air terjun, membuatkan peserta melupakan seketika penat lelah setelah berkayuh.

Basikal seorang peserta, Nina Spy mengalami masalah iaitu hanger RD patah. Mujurlah abg Ken bersama seorang lagi peserta yang berpengalaman bertindak membuka RD (rear derallieur, atau gear belakang) lantas menukar sistem kepada single speed. Kalau tidak, si Nina menolak le sampai keluar huhuhu ...

Kayuhan diakhiri dengan acara makan tengahari beramai2 di sebuah restoran di pekan Semenyih. Sesudah makan, ada yang bersurai kerana mempunyai agenda masing2 manakala geng PK Riders masih melepak macam biasa hahahaha ... Diharapkan agar ada lagi kayuhan seperti ini di masa hadapan, terima kasih buat abang Ken dari beskal.com

* Gambar2 dari laman Facebook Ah Chong: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000816656695&ref=ts#!/album.php?aid=9192&id=100000816656695


Bersiap2 dengan jentera kayuhan masing2

Abang Ken, kali ini datang bersama isteri beliau

Wan Pojie dengan Jamis semut hitam nya

Berkumpul dengar taklimat dahulu, sebelum memulakan kayuhan

 Gandingan peserta2 lama & baru, bergabung dalam satu kayuhan

Doa selamat dibaca, mohon keberkatan & keselamatan dari sebarang kemalangan, bencana atau gangguan

Sempat lagi posing dalam kolong. Ntah bila masa plak dia berhenti ni ...

Di awal2 laluan, tarmac lagi sejuk dengan teduhan kanopi pokok durian

 Memasuki ladang kelapa sawit pula, masih lagi berkeadaan teduh

Mula memasuki kawasan terbuka, melalui kawasan kebun sayur

Laluan bersemak dengan panorama gunung - ganang yang menghijau

Di persimpangan berdekatan sebuah kampung tersusun orang asli, menunggu sweeper di belakang

Barisan ahli PK Riders pada kayuhan kali ini

 Berehat sebentar di kebun getah, selepas pendakian bukit yang pertama

'Hikmat membelah air tanpa bayang' oleh Wakjan

Hadri pun nak tunjuk hikmat beliau ...

Alamak, tanah runtuh le pulak. Terpaksa guna hikmat meniti sambil pikul basikal ...

Satu lagi halangan t'paksa ditempuh b'sama. Berkat kerjasama, halangan dapat ditempuhi dgn selamat.

 Berehat sebentar selepas melepasi halangan sukar

MTB = mountain bike = 'mari tolak basikal'

Hentian R & R (Rehat & Rokok)

Melalui kawasan terbuka di bawah talian voltan tinggi TNB. Mujurlah tak lama, legaaa ...

Lagi satu laluan pendakian, aduhaiiiii ...

Geng PK Riders berehat bersama bro Ken, selepas pendakian di panas rembang mentari huhuhu ...

Single trail melalui kebun2 getah

3 jejaka seronok main air !!

Basikal & barangan peribadi yg ditinggalkan oleh peserta2 yang layan mandi airterjun. Yang tak turun mandi, terima kasihlah tolong tengok - tengokkan basikal & barangan kami : )

Geng PK Riders layan mandi airterjun

Basikal kontroversi mengalami masalah, hanger RD patah. Terpaksa diubahsuai menjadi single speed

 Sesi penggantian kalori yang hilang, bertempat di salah sebuah restoran, pekan Semenyih.

Meja sebelah pula ...

Kempunan tak dapat merasa cendol, ABC pun jadilah ...

Geng PK Riders menikmati ABC & minuman masing2 dengan rakusnya hahahaha ...


3 comments:

zoo said...

bleh mtk route map x? at least lokasi entrance tenkiu

zoo said...

bleh mtk route map tak at least lokasi entrance tenkiu

Azizan Zolkipli said...

@zoo: Minta maaf saya tiada koordinat lokasi kayuhan itu kerana tidak memiliki sebarang peranti GPS.