ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

16 September 2010

Bicycle Buy & Sell

Ingin menjual atau membeli basikal lengkap mahupun komponen2, samada baru atau terpakai ?

Panduan penggunaan:
1) Layari laman seperti tertera di atas.
2)  Pergi ke bahagian paling bawah laman tersebut.
3) Klik pada maklumat yang ingin dicari; basikal jenis MTB, Road, Downhill, Foldable, Touring, BMX atau Classic / Vintage 
4) Kotak paling kiri; pilih samada All, Buy atau Sell 
5) Kotak kedua; pilih All, Complete Bike, Frame only, Front / rear shock dan sebagainya ...
6) Di kotak ketiga, pilih samada All, Brand New atau Used
7) Selesai klik pada ketiga2 kotak maklumat yang ingin dicari, klik pada butang Search 
8) Apabila butang Search ditekan, laman ini akan memaparkan semua iklan berkenaan dengan apa yang diminta. Klik pada mana2 iklan yang menjadi pilihan.
9) Untuk melihat iklan pada mukasurat yang lain, klik pada nombor di bahagian paling bawah halaman: nombor 1, 2, 3 ataupun Next >>
10) Jika hendak mengembalikan kekotak maklumat pada keadaan asal, klik pada butang Reset
Maklumat iklan:
Setiap iklan akan mengandungi maklumat, seperti contoh di bawah:
Posted: 16 Sept 2010 - - -> tarikh iklan dimasukkan
Category: Front / rear shock. Mtb - - -> kategori barangan, jenis basikal
Condition: Used - - -> Keadaan barangan, samada baru atau terpakai
Price: RM 400, negotiable - - -> harga barangan yang dijual, juga samada harga tetap / boleh runding
Views: 234 - - -> jumlah iklan ini dilihat oleh pengguna Bicycle Buy & Sell (B.B.S)
Replies: 0  - - -> jumlah berapa kali iklan ini dimaklumbalas oleh pengguna B.B.S
Description: Condition 9/10. Very seldom used. Please call Mr X at 012.3456789 or email me at MrX.mail.com - - -> 
Seller Info: Name, Location & Email - - -> biasanya pengiklan akan meletakkan maklumat penjual meliputi nama, lokasi & email mereka utk dihubungi oleh bakal pembeli
Image: - - -> kadang2, pengiklan akan memasukkan gambar barangan mereka untuk dilihat oleh bakal pembeli

Menghubungi pemilik iklan (Contact Ad Owner): 
Bakal pembeli boleh menghubungi pengiklan pada ruangan di sebelah kanan setiap iklan. Dengan mengisikan kotak Nama (your name) Emel (your email) dan Mesej (Message). Emel akan dihantar selepas klik pada butang Send Email

PERINGATAN:
* Berhati - hati dengan tawaran barangan jualan yang kelihatan terlalu menarik atau tidak logik.
* Jangan membayar wang pendahuluan kepada mana2 penjual yang tidak dikenali
* Berhati - hati dengan barangan palsu yang diiklankan sebagai tulin.

3 comments:

bicycle buy sell said...

bicycle buy sell is a very good website

buy and sell said...

that's a great website

Azizan Zolkipli said...

Thanks 'bicycle buy and sell' !!