ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

29 November 2010

Pasca 2010 ECC MTB Nite Jamboree: 31.10.2010


Sesudah acara cabutan bertuah dijalankan, hujan lebat mula membasahi bumi Ayer Keroh. Geng PK Riders berteduh di bawah khemah2 sementara menunggu hujan berhenti. Yakin akan Pojie yang pada awalnya dikatakan krem satu badan dapat berkayuh sendiri untuk pulang ke homestay, kami memulakan perjalanan dengan Wakjan bertindak sebagai escort mengiringi semua pengayuh dengan menaiki sebuah kereta.

Kami singgah di sebuah restoran berhampiran MITC untuk makan malam (atau mungkin juga makan awal pagi?). Selain kami, restoran tersebut turut dikunjungi oleh ramai peserta2 ECC yg juga menjamu selera disitu. Mungkin mereka juga tinggal di homestay berhampiran tempat kami menginap. Selesai menjamu selera, kami pulang ke homestay dan ada di kalangan kami yang mencuri masa untuk mencuci basikal masing2.

Pada paginya, abg Ken bersama rakan2 Beskal.com pulang seawal pagi kerana masing2 mempunyai urusan tersendiri. Bagi geng PK Riders, Adzmin bersama Hadri pulang terlebih dahulu pada jam 11.00 pagi diikuti oleh Pojie & Arey dan diakhiri oleh Ah Chong, Hairul, Jay, Nik & Wakjan. Individu2 terakhir meninggalkan homestay berpeluang berjumpa dgn pemilik homestay semasa penyerahan kembali kunci rumah.

Melaka ditinggalkan, dan menghala ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis walimatul urus Amy - Nisa yg diadakan disebuah dewan di Ampang. Semua ahli PK Riders bertemu kembali di sebuah stesyen minyak berhampiran lebuhraya MRR2, konvoi kemudiannya bergerak ke lokasi majlis. Ahli2 PK Riders sempat bergambar bersama pengantin terlebih dahulu, sebelum memasuki ruang dewan untuk menikmati juadah. Selesai menikmati juadah & bersalaman, tibalah masa untuk bersurai lalu pulang ke rumah masing2. Dan petang hari terakhir Oktober 2010 berakhir dengan kekenyangan bersama palitan lumpur dan kenangan kayuhan ECC 2010 ...



Menikmati makan malam di sebuah restoran berhampiran MITC. Ramai juga pengunjung restoran tersebut yang merupakan peserta2 kayuhan ECC 2010



 Terlena sebentar sementara menunggu hidangan tiba


Cenderahati wajib peserta2 2010 ECC MTB Jamboree, lumpur yang tebal menyelaputi basikal Adzmin


 "Apa yang penting  ? Kerjasamaaaa" ...


Arey bersiap sedia utk pulang. Jentera kayuhan Ah Chong & Hairul telah siap diletakkan di atas kereta Ah Chong


Pojie mengangkat basikal untuk diletakkan pada bicycle rack di kereta beliau 
PK Riders bergambar kenang2an, sebelum memasuki dewan untuk berjumpa pengantin & menikmati hidangan. Siap masing2 pakai baju cenderahati ECC 2010 tu hehehe ...

Wakjan membawa hadiah sumbangan kelab OGKL untuk diberikan pada pengantin


PK Riders bersama pasangan pengantin, berlatarbelakangkan tasik di laman lokasi majlis


Geng PK Riders mengambil hidangan masing2, sambil diperhatikan oleh pengantin lelaki

No comments: