ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

29 November 2010

Pra 2010 ECC MTB Nite Jamboree: 30.10.2010


2010 ECC MTB Nite Jamboree, merupakan kayuhan offroad waktu malam yang diadakan buat tahun kedua di Melaka. Pada tahun ini, Pedal Krem Riders (selepas ini akan disebut sebagai PK Riders) masih menghantar wakil dimana terdapatnya peningkatan pada jumlah peserta. Untuk tahun 2010, Pedal Krem Riders telah berkolaborasi dgn rakan - rakan dr Beskal.com dari segi perkongsian homestay.

Ah Chong (Fairos) bersama Hairul terlebih dahulu sampai di homestay kami bagi mengambil kunci. Homestay letaknya di Taman Tasik Utama, iaitu bersebelahan MITC & cuma beberapa minit pemanduan dari Dataran Ayer Keroh, dimana acara akan bermula & tamat. Ah Chong bersama isteri & Hairul telah ke kaunter pengurusan acara bagi mengambil no. plet pendaftaran serta 'goodies bag' bagi pasukan PK Riders mahupun Beskal.com. Terima kasih diucapkan pada mereka bertiga. Mereka turut sempat menjengah khemah2 jualan yg menjual pelbagai produk berkaitan sukan berbasikal.

Keadaan homestay yg tenang, digamatkan dgn kehadiran Jay (Abdul Jalil) & Nik yg dtg sekereta, diikuti oleh Adzmin, Wakjan (Azizan), Hadri sekereta dan juga rakan2 dari Beskal.com iaitu abg Ken, abg Sam serta dua lagi rakan mereka. Paling akhir sampai ialah Pojie (Wan Ahmad Fauzi) beserta Arey (Hadzrey) yang dtg sekereta. Difahamkan yang Arey telah terlebih dahulu memasuki satu acara larian lasak yang dijalankan di Genting Highland pada pagi Sabtu itu.

Setelah melakukan persiapan terakhir, semua kecuali Wakjan bertolak meninggalkan homestay dengan berbasikal untuk ke Dataran Ayer Keroh. Jom kita layan gambar2 berikut ...

* Kredit pada empunya gambar2 untuk artikel ini, Ah Chong (Epai Ganaz) & Jay (Jay Hamid)



 Ah Chong & Hairul tiba awal di homestay utk mengambil kunci rumah


 Persiapan sebelum acara diadakan


Antara basikal yg dipamerkan; Shimano XTR


Headlamp jenama Fenix yg dipamerkan di gerai jualan


Jaket atau vest pemantul cahaya berlampu berjenama Exelite turut dipamerkan utk promosi & jualan


Gerai menjual komponen basikal jenama Jet Black


Hairul mengambil no. plet serta goodies utk pasukan PK Riders & Beskal.com


Ah Chong di gerbang permulaan & penamat acara


Pemandangan basikal Nik & Jay dari dalam kereta. Hujan mengiringi perjalanan mereka ke Melaka


Jiran 'homestay' tertarik dgn kedatangan abang2 bersama big boy's toy mereka


Himpunan beg2 berisi no. plet penyertaan, t - shirt dan cenderahati


Kopi Aik Cheong yg disertakan dalam beg cenderahati, dibancuh utk minuman petang di homestay


Sama lokasi, dua situasi: minum petang & memeriksa basikal


Hadri sedang memasang no. plet. pendaftaran pd jentera kayuhan beliau


Kedatangan abg Ken, abg Sam & rakan2 ke homestay


Jersi merah PK Riders yang buat kali pertamanya diberikan utk dipakai semasa ECC 2010


Jentera kayuhan kesayangan Ah Chong siap sedia untuk beraksi di ECC 2010

No comments: