Info kayuhan:
* Merupakan kayuhan pra - Aidilfitri kali ketiga pernah diadakan oleh Pedal Krem Riders yang mana ianya dimulakan pada tahun 2009 diikuti tahun 2010. Tahun 2011 ini lebih bermakna kerana tarikh Aidilfitri jatuh selang sehari dengan tarikh Hari Kebangsaan membuatkan kami menggabungkan keduanya dalam satu kayuhan
* Tarikh: 20 Ramadhan 1432H / 20hb Ogos 2011.
* Laluan: Bandar Tun Razak KL - Lebuhraya KESAS - Lebuhraya MEX - Putrajaya - Lebuhraya SKVE - Lebuhraya Sungai Besi - Bandar Tun Razak.
* Rakaman meter 'sweeper' (Wakjan):
Jarak kayuhan = 60.77km, masa kayuhan = 4:03:43 (jam/minit/saat), kelajuan maksima = 48.4 km/j, kelajuan purata (average) = 14.9 km/j
Jarak kayuhan = 60.77km, masa kayuhan = 4:03:43 (jam/minit/saat), kelajuan maksima = 48.4 km/j, kelajuan purata (average) = 14.9 km/j
* Penyertaan:
Ah Chong, Hairul, Adzmin, Wakjan, Nina, Jusrizal, Jay Hamid, Hafez, Hadri, Pojie, Nazrol, Naza, Wakdan dan Pak Man.
Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk info lanjut. Gambar - gambar yang digunakan untuk artikel ini adalah dari koleksi Jusrizal, Ah Chong dan Wakdan. Segala hakcipta terpelihara. Klik pada gambar untuk melihat imej beresolusi lebih tinggi.
Mengalukan kedatangan rakan kayuhan baru, Pak Man (kanan, berbaju putih)
Ah Chong memberi taklimat perjalanan pada semua
Hairul (paling kanan), sempat menambah kalori sebelum berkayuh
Lampu keselamatan pattern terbaru dipasang pada belakang helmet Jay
Memulakan perjalanan dari Bandar Tun Razak, Cheras
Pelbagai gadget yang dipasang pada handlebar Wakdan
Hafez (paling kiri) menyertai konvoi kami bermula dari persimpangan Bukit Jalil Lebuhraya MEX
'Gerabak belakang' menunggu Pak Man yang mahu berehat seketika
Berhenti rehat di R & R Seri Kembangan
Semua peserta dah tiba di hentian rehat ...
Pak Man menggunakan 'talian hayat' supaya diri beserta basikalnya diambil di hentian rehat ini
Sweeper lucut jawatan selepas Pak Man mengundur diri dari menyertai kayuhan
Regrouping kembali di penghujung susur keluar Hentian Rehat Seri Kembangan
Menyambung kembali perjalanan menghala ke plaza tol Putrajaya
Regrouping sebelum plaza tol Putrajaya
Regrouping sekali lagi selepas plaza tol Putrajaya
Menuju jambatan di Putrajaya yang dipasangkan lampu boleh bertukar pelbagai warna
Dari merah, lampu di jambatan bertukar ke warna ungu pula
Cadangan untuk berfotografi di jambatan ini terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup pencahayaan
Antara rakan - rakan Genggerek yang ada pada malam itu
Apabila geng Pedal Krem Riders jumpa Genggerek. Penuh basikal di dataran depan Istana Kehakiman Putrajaya
Proses penukaran pakaian berkayuh kepada persalinan baju raya
'Tukang tilik' dalam rangka kerja mencari angle terbaik
Jurufoto (Wakjan) semacam nak tengok anak bulan pula ...
Genggerek tumpang bergambar ( :
Wakdan pun mau tumpang bergambar. Itulah, siapa suruh tak bawa baju melayu ...
Take 1: Action !!
Take 2: Action !!
Gelagat Ah Chong a.k.a Tok Penghulu selepas sesi fotografi
Nak bertukar lokasi penggambaran pula. Masing - masing dah macam baru balik mengaji ...
Masjid Tuanku Mizan dari kejauhan di waktu malam
Bersiap - siap di lokasi penggambaran kedua
Aisehhh ... Gambar gelap lah pula ...
Tukar pakaian kayuhan semula, gerak ke Presint 9 untuk bersahur
Bersahur di restoran mamak Presint 9
Genggerek pun bersahur di sini juga, penjuru sebelah kanan restoran
Sampai tertidur sementara menunggu pesanan makanan masing - masing
Selain makanan dan minuman, rokok juga dikategorikan sebagai menu bersahur ( :
Masanya telah tiba untuk meninggalkan Putrajaya dan kembali ke Bandar Tun Razak
Gelagat masing - masing bersahur pada minit terakhir sebelum azan Subuh berkumandang
Menghampiri plaza tol di Lebuhraya Sungai Besi
Memasuki laluan sikal
Tamatlah sudah Kayuhan Pra Aidilfitri 1432H + Hari Kemerdekaan 2011
2 comments:
looks like lots of fun!
@Ben: yeahhh, really2 lot of fun ( :
Post a Comment