ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

03 January 2012

Kayuhan NJ: 17 - 21hb Nov 2011, Bahagian 1


Kembara berbasikal atau touring ini telah dilakukan pada 2011 lalu, bertarikh 17hb hingga 21hb Nov. 

Dinamakan Kayuhan NJ sempena nama individu yang menginspirasikan kayuhan ini iaitu encik Nazrol Jamaludin. Azam beliau adalah untuk merasai pengalaman berbasikal melalui jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands. Malangnya beliau tidak dapat menyertai kayuhan ini atas sebab kekangan tugas. Bagi menghargai sumbangan ideanya, kami memutuskan untuk mengekalkan nama kayuhan ini biarpun beliau tidak dapat bersama kami uhuk uhuk sob sob ) : 

Disertai oleh empat orang individu, tiga orang mewakili Pedal Krem Riders iaitu Ah Chong, Muzammil dan Wakjan manakala seorang lagi rakan kayuhan dari luar iaitu abang Joe Ahmad.

Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Gambar beresolusi lebih tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap imej. Semua gambar diambil dari koleksi album Ah Chong [Hari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4 dan Hari 5] serta Muzammil [KL - Cameron Highlands, Cameron Highlands - Teluk Intan & Sabak Bernam - Shah Alam], segala hakcipta terpelihara.

FAKTA RINGKAS KAYUHAN

- 4 basikal digunakan [seunit Jamis Allegro 2X, seunit Giant XTC Race & 2 unit Bridgestone

- 4 individu menyertai [Ah Chong, Muzammil, Abang Joe Amad & Wakjan]

- 2 peringkat umur penyertaan [tiga orang individu berusia 30'an, seorang 50'an]

- 5 peringkat perjalanan [Kuala Lumpur - Bidor, Bidor - Kampung Raja, Kampung Raja - Tapah, Tapah - Sabak Bernam & Sabak Bernam - Shah Alam]
 

- 5 hari 4 malam perjalanan [bermalam di Bidor, Kampung Raja, Tapah dan Sabak Bernam]
 

- 4 negeri dilalui [Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pahang]

- 5 kali sempadan negeri dilangkaui [Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Selangor, Selangor - Perak, Perak - Pahang, Pahang - Perak & Perak - Selangor]
 

- 11 daerah dilintasi [(Selangor: Gombak, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling), (Perak: Batang Padang, Kampar, Kinta & Hilir Perak) & (Pahang: Cameron Highlands)]

- 13 Pihak Berkuasa Tempatan / PBT dilalui [(Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), (Selangor: Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Klang & Majlis Bandaraya Shah Alam), (Perak: Majlis Daerah Tanjung Malim, Majlis Daerah Tapah, Majlis Daerah Kampar, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Teluk Intan) & (Pahang: Majlis Daerah Cameron Highlands)]

- 500+ km jarak kayuhan
 

- 35+ jam masa kayuhan [terkecuali waktu berhenti rehat / makan-minum / teduhan dari hujan / kebocoran tiub / masalah teknikal basikal / dsbnya]

HARI PERTAMA:

- Menara MAA, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Bidor, Perak.
 
- Jarak kayuhan = 152.88 kilometer

- Purata kelajuan = 17.3 km/j 

- Kelajuan maksima = 43.2 km/j

- Masa kayuhan = 8 jam 47 min 53 saat (terkecuali waktu berhenti)

Abang Joe, Ah Chong dan Wakjan berlepas dari rumah Ah Chong di Bandar Tun Razak, Cheras, KL

Bergabung dengan Muzammil pula di Menara MAA, KL

Makan tengahari ringkas di Shell Kuala Kubu Bharu (KKB) kerana tiada satu pun restoran di R&R KKB dibuka

Berteduh dari hujan lebat dalam perjalanan antara Kerling, Selangor menuju Tanjung Malim, Perak

Makan lewat tengahari @ awal malam di sebuah restoran dalam kawasan Tanjung Malam

Berhenti rehat di Esso Slim River, Perak

Berhenti rehat di kawasan antara Sungkai menuju ke Bidor, Perak

HARI KEDUA:

- Bidor, Perak ke Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang.
 
- Jarak kayuhan = 120.21 kilometer

- Purata kelajuan = 11.90 km/j 

- Kelajuan maksima = 34.30 km/j

- Masa kayuhan = 10 jam 4 min 44 saat (terkecuali waktu berhenti)

Bersama 'tok saudara' Wakjan di Bidor, Perak [2 individu paling kiri]

Batu penanda jalan yang telah usang dimamah usia

Sempat singgah ke sebuah kedai antik di Kampar, Perak

Aiikkk, di Perak pun ada Kota Bharu ? Hmmm, musykil ...

Makan lewat tengahari @ awal malam sebelum melalui laluan 'raja bukit'

Memasuki kawasan Simpang Pulai yang terdapat banyak kuari

Kampung Raja lagi 56 kilometer ? Aduhaiii ...

Peserta dilengkapi jaket pemantul cahaya untuk keselamatan

Seorang pemuda menawarkan khidmat lampu dari vannya untuk menerangi proses menukar tiub tayar yang bocor. Terima kasih bang ...

Selamat tinggal Perak Darul Ridzuan ... Selamat datang Pahang Darul Makmur ...

Kegirangan apabila telah tiba ke destinasi yang dirancang

B  E  R  S  A  M  B  U  N  G ... 

"Friends and good manners will carry you where money won't go" - Margaret Walker

No comments: