Sambungan dari bahagian ketiga.
Pada yang ketinggalan bahagian pertama, ianya boleh dilawati di sini.
Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Gambar beresolusi lebih tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap imej. Semua gambar diambil dari koleksi album Ah Chong [Hari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4 dan Hari 5] serta Muzammil [KL - Cameron Highlands, Cameron Highlands - Teluk Intan & Sabak Bernam - Shah Alam], segala hakcipta terpelihara.
HARI KELIMA (AKHIR):
HARI KELIMA (AKHIR):
- Sabak Bernam ke Shah Alam, Selangor.
- Jarak kayuhan = 125.92 kilometer
- Purata kelajuan = 18.3 km/j
- Kelajuan maksima = 36.3 km/j
- Masa kayuhan = 6 jam 51 min 42 saat (terkecuali waktu berhenti)
- Abang Joe pulang ke Kampung Baru Subang lebih awal dari kami, beliau bertolak pulang sendirian dari Sabak Bernam seawal jam enam tiga puluh pagi.
Bergambar kenangan di perkarangan rumah Wakjan, Sabak Bernam |
Menambah tekanan angin tayar di stesyen minyak berhampiran |
Muzammil memeriksa keadaan pad brek hadapannya di kedai basikal yang pertama |
Muzammil di kedai kedua setelah gagal mendapatkan pad brek di kedai basikal pertama |
Wakjan sempat memeriksa basikal yang dijual di kedai |
Bergambar kenangan dengan pemilik kedai basikal di pekan Sabak Bernam |
Kami diiringi kanak-kanak tempatan ketika melalui jalan dalam ke pekan Sungai Besar |
Di atas sebuah jambatan ketika melalui Jalan Kuala Selangor Lama |
Ah Chong dengan gaya melintas jambatannya |
Kincir angin buatan warga tempatan yang dipasang di jeti pendaratan ikan |
Wakjan bergambar kenangan di jeti pendaratan ikan |
Ah Chong dengan aksi kelakarnya |
Satu pemandangan di atas pelantar |
Berhenti rehat seketika di kedai makan berhampiran jeti pendaratan ikan |
Menu makan tengahari salah seorang dari kami |
"Makan - sudah. Minum - sudah. Kita tidur duluuuu ..." |
Melalui parit besar yang menjadi tunjang sistem pengairan setempat |
Bergambar kenangan di papantanda sempadan Sabak Bernam - Kuala Selangor |
Ketiga-tiga basikal kami berlatarbelakangkan sawah padi di Sekinchan |
Ah Chong bergambar ala santai tepi |
Entah apalah yang ditunjukkan oleh Ah Chong tu ... |
Kedua basikal Bridgestone berlatarbelakangkan sawah padi menghijau |
Mungkinkah Muzammil sedang mencari lokasi penggambaran drama bersiri Tentang Dhia ? |
Pit stop untuk membeli ole-oleh buat yang tersayang di rumah ( : |
Cara buah-buahan disusun menjadikan ianya menarik perhatian pembeli |
Agak sukar bagi Muzammil membuat pilihan kerana semuanya nampak menyelerakan |
Air mangga segar berais memang sedap diminum ketika cuaca panas. Gurih nikmat ... |
Ah Chong turut membeli buah-buhan untuk dibawa pulang |
Menghampiri pekan Tanjung Karang |
Memasuki kawasan Kuala Selangor |
Sewaktu melalui jambatan yang merintangi Sungai Selangor di Kuala Selangor |
Pit stop untuk minum petang di Puyuh Seafood Corner, Kuala Selangor |
Letak basikal harus di hadapan mata, bagi mengelakkan kecurian |
Melepasi kawasan Assam Jawa apabila hari telah gelap |
Unsur-unsur keselamatan tidak diabaikan walaupun terpaksa berkayuh di waktu malam |
Hentian rehat di pekan Kapar, setelah melalui kegelapan dan hujan dari Kuala Selangor |
Jarak kayuhan 100 km dicapai sebaik sahaja tiba di pekan Kapar |
Ah Chong sempat berbual dengan seorang bapa yang menunggu anak pulang dari gym |
Makan malam berasaskan masakan timur tengah, menu 'lamb mandhi rice' |
Salah satu dari menu malam itu, nasi putih bersama telur dadar & tomyam |
Jarak dari Sabak Bernam ke lokasi makan malam kami di antara pekan Kapar dan Meru |
Lokasi hentian terakhir kayuhan: rumah Wakjan, Shah Alam [Maaf visual kurang jelas] |
"We relish news of our heroes, forgetting that we are extraordinary to somebody too"
- Helen Hayes
2 comments:
nice ride bro..
Aku Budak Nerek: Thanks !
Post a Comment