ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

02 February 2012

Kayuhan NJ: 17 - 21hb Nov 2011, Rangkuman perjalanan


Pengkisahan bergambar disusun mengikut kronologi dan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian pertama, kedua, ketiga dan keempat.

Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. 


FAKTA KAYUHAN:

4 basikal 

seunit Jamis Allegro 2X, seunit Giant XTC Race dan 2 unit Bridgestone.

4 individu 

Ah Chong, Muzammil, abang Joe Amad dan Wakjan.

2 peringkat umur 

tiga individu berusia 30'an dan seorang 50'an.

5 peringkat 

Kuala Lumpur ke Bidor, Perak,
Bidor ke Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang,
Kampung Raja ke Tapah, Perak,
Tapah ke Sabak Bernam, Selangor dan
Sabak Bernam ke Shah Alam, Selangor.

5 hari 4 malam
bermalam di Bidor, Kampung Raja, Tapah dan Sabak Bernam

4 negeri 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pahang

5 sempadan negeri 

melangkaui sempadan:
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Selangor, di Jalan Ipoh berhampiran Selayang Baru,

Selangor - Perak, di atas jambatan melintasi Sungai Bernam berhampiran Tanjung Malim,

Perak - Pahang, di sebuah tempat berpapantanda sempadan, berbaki 12 kilometer menghampiri Kampung Raja

Pahang - Perak, di Ringlet dan

Perak - Selangor, di atas jambatan melintasi Sungai Bernam di tengah perjalanan antara Simpang Empat Hutan Melintang dan Sabak Bernam.
 

11 daerah 

Selangor: Gombak, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Petaling,

Perak: Batang Padang, Kampar, Kinta dan Hilir Perak,

Pahang: Cameron Highland. 

13 Pihak Berkuasa Tempatan / PBT 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,

Selangor: Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Klang & Majlis Bandaraya Shah Alam,

Perak: Majlis Daerah Tanjung Malim, Majlis Daerah Tapah, Majlis Daerah Kampar, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Teluk Intan, dan

Pahang: Majlis Daerah Cameron Highlands.

- 500+ km

jarak kayuhan

- 35+ jam

masa kayuhan, terkecuali waktu berhenti rehat / makan-minum / teduhan dari hujan / kebocoran tiub / masalah teknikal basikal dan sebagainya.

HARI PERTAMA: 
- dari Menara MAA, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Bidor, Perak. 
- jarak kayuhan = 152.88 kilometer 
- purata kelajuan = 17.3 km/j  
- kelajuan maksima = 43.2 km/j 
- masa kayuhan = 8 jam 47 min 53 saat (terkecuali waktu berhenti)

HARI KEDUA: 
- dari Bidor, Perak ke Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang. 
- jarak kayuhan = 120.21 kilometer 
- purata kelajuan = 11.90 km/j
- kelajuan maksima = 34.30 km/j
- masa kayuhan = 10 jam 4 min 44 saat (terkecuali waktu berhenti) 

HARI KETIGA: 
- dari Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang ke Tapah, Perak.
- jarak kayuhan = 81.41 kilometer
- purata kelajuan = Data tidak diperolehi (terlupa catat)
- kelajuan maksima = 43.2 km/j
- masa kayuhan = 5 jam 15 min 47 saat (terkecuali waktu berhenti) 

HARI KEEMPAT:
- Tapah, Perak ke Sabak Bernam, Selangor.
- jarak kayuhan = 78.28 kilometer
- purata kelajuan = 16.7 km/j 
- kelajuan maksima = 35.90 km/j
- masa kayuhan = 4 jam 39 min 40 saat (terkecuali waktu berhenti) 


HARI KELIMA:
- dari Sabak Bernam ke Shah Alam, Selangor.
- jarak kayuhan = 125.92 kilometer
- purata kelajuan = 18.3 km/j 
- kelajuan maksima = 36.3 km/j
- masa kayuhan = 6 jam 51 min 42 saat (terkecuali waktu berhenti)
 

ANALISA PERJALANAN: 

- jarak kayuhan paling jauh: 152.88 km (Hari Pertama)
- jarak kayuhan paling hampir: 78.28 km (Hari Keempat)

- masa kayuhan paling panjang: 10 jam 4 minit 44 saat (Hari Kedua)
- masa kayuhan paling pendek: 4 jam 39 min 40 saat (Hari Keempat)

- kelajuan terpantas: 43.3 km/j (Hari Pertama & Ketiga)

- purata kelajuan terendah: 11.9 km/j (Hari Kedua)
- purata kelajuan tertinggi: 18.3 km/j (Hari Kelima)

- jumlah jarak keseluruhan kayuhan: 558.70 km (Hari Pertama hingga Kelima)
- jumlah masa keseluruhan kayuhan: 35 jam 39 min 46 saat (Hari Pertama hingga Kelima)

- purata jarak kayuhan: 111.74 km sehari
- purata masa kayuhan: 7 jam 7.8 min 9.2 saat sehari


 
"Life is not a problem to be solved, 
but a reality to be experienced".
- Soren Kierkegaard

No comments: