Kita telah sedia maklum akan basikal dengan saiz roda 26" atau 29" yang lebih dikenali sebagai 29er. Pernahkan anda mendengar atau terlihat mengenai 650B ?
Secara ringkasnya, 650B ialah saiz roda atau tayar. Dalam ukuran inci, dibandingkan dengan saiz sedia ada iaitu saiz roda 26" dan 29", 650B adalah berada di pertengahan keduanya iaitu bersaiz 27.5". Mana-mana mountain bike (selepas ini akan dirujuk sebagai MTB) yang menggunakan roda atau tayar bersaiz 27.5" akan dipanggil 650B MTB.
Jadi, kenapa 650B ? Orang yang terlibat disebalik pergerakan 650B menegaskan dengan menggunakan tayar 650B kita akan mendapat kelebihan yang sama dengan 29" [rintangan golekan (rolling resistance), cengkaman lebih baik (better traction), kayuhan lebih lembut (smoother ride) dan sebagainya] dengan kurang keburukan [keterbatasan geometri (geometri limitations), isu kelegaan tumit, pusat graviti lebih tinggi dan keterbatasan sistem suspensi (suspension travel limitation)].
Jadi, adakah 650B akan menggantikan tempat 29er, sepertimana 29er memasuki pasaran untuk memecahkan monopoli 26" ? Atau, mungkinkah sukar untuk 650B mengambil alih tempat 26" yang telah mendominasi setelah sekian lama ? Hanya masa dan keadaan yang akan menentukan ...
Petikan artikel dari About.com
Dragon 650B, dari Jamis |
No comments:
Post a Comment