ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

06 March 2012

Keluarga 69: "69er" atau "96er"


Keluarga 69 ialah sebuah filem Melayu klasik bergenre komedi kekeluargaan yang diterbitkan pada tahun 1967. Ia diterbitkan dalam bentuk hitam putih dan telah diarahkan oleh pengarah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1967. Antara pelakon yang membintangi filem tersebut ialah P. Ramlee sendiri; selain Siput Sarawak, A.R. Tompel, Salleh Ghani, Shariff Baboo dan lain-lain lagi.

Ooppsss, apa yang ingin dikongsikan di sini sebenarnya ialah info mengenai variasi basikal, bukanlah untuk membincangkan tentang filem komedi lama itu. Maaf, jangan marah haaa ...

Jika sebelum ini kita dibiasakan dengan variasi 26", 29", 700c dan yang terbaru 650B seperti dibincangkan pada artikel lalu. Satu lagi variasi, bolehlah dianggap kategori 'rojak' iaitu "69er" atau "96er", bergantung kepada bagaimana formasi saiz tayarnya.

Variasi 69'er atau 96'er
Satu dari variasinya ialah dengan mempunyai tayar hadapan bersaiz 29", dan belakang bersaiz 26", dalam apa yang dikenali sebagai "96er". Menggunakan tayar belakang yang lebih kecil membolehkan pengawalan rangka (frame) yang lebih cepat dan pendek, lebih pilihan untuk suspensi belakang dan berat basikal yang lebih ringan.

Satu lagi variasi yang terdapat ialah dengan mempunyai tayar bersaiz 26" di hadapan dan tayar belakang bersaiz 29", biasanya disebut sebagai "69er". Bergantung pada pengeluar, namanya boleh jadi berbeza, walaupun agak jarang ia berlaku. Sebagai contoh, syarikat Trek memperkenalkan "69er" pada tahun 2007 dengan tayar hadapan bersaiz 29" dan 26" di tayar belakang.


Variasi "96er" tetapi dipanggil "69er". oleh syarikat Trek. Model single speed keluaran tahun 2007.
 
Variasi "96er" yang turut dipanggil "69er" oleh syarikat Trek. Model Top Fuel keluaran tahun 2008

2 comments:

Anonymous said...

kos....

Azizan Zolkipli said...

Anonymous: kos tak dapat diketahui lah, sebab ini model 2007 & 2008. harap maaf ) :