"Berbasikal ke tempat kerja" (selepas ini akan diringkaskan sebagai 'BKTK'), juga dalam bahasa Inggeris disebut sebagai cycling to work mahupun bike to work merupakan cabang-cabang aktiviti yang terbit hasil dari kecintaan individu mahupun komuniti terhadap aktiviti berbasikal. Terdapat juga aktiviti yang dinamai sebagai Cycle Friday atau Bike Friday, iaitu menggalakan penggunaan basikal ke tempat kerja sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu iaitu pada setiap hari Jumaat.
Di luar negara, di negara-negara maju terutamanya di sebelah Eropah, ianya telah lama diamalkan. Kerajaan mereka turut memberikan insentif menarik kepada pengamalnya, antaranya ialah pengurangan cukai dan diskaun terhadap pembelian basikal ataupun aksesorinya. Pengangkutan awam mereka seperti tren dan bas yang 'mesra - basikal' (bicyle-friendly) selain tempat meletak basikal yang teratur dan selamat membolehkan rakyatnya mengamalkan gaya hidup yang sihat ini.
Di negara kita sendiri, ianya juga turut diamalkan oleh segelintir individu namun dalam jumlah yang sangat kecil. Walaupun tersangat kecil jumlah pengamalnya disamping wujud banyak halangan, ianya diharapkan dapat membuka mata semua pihak (pihak berwajib khususnya) tentang kelebihan, kepentingan dan masalah berbangkit mengenai aktiviti BKTK ini.
Pada pertengahan bulan Jun 2012 yang lalu, penulis telah mendapat satu peluang pekerjaan 'separuh masa jangka pendek' (part time short term) selama sembilan hari di sebuah butik menjual kelengkapan outdoor yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar. Penulis yang tinggal di Shah Alam, telah mengambil keputusan untuk mencuba sendiri aktiviti BKTK ini bagi menambah pengalaman kayuhan peribadinya dan mengkaji sebarang permasalahan yang mungkin timbul bagi pengamal BKTK. Rangkuman info berkaitan perjalanan kayuhan penulis adalah seperti berikut.
# Info kayuhan
# Info kayuhan
- Lokasi: Seksyen 24 Shah Alam, Selangor ke Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur dan berpatah balik.
- Masa: dari 1 jam 15 minit sehala (purata masa)
- Laluan: Persiaran Jubli Perak Shah Alam (melepasi seksyen 24, 19, 20 & 21 Shah Alam), laluan motorsikal Lebuhraya Persekutuan hala ke Kuala Lumpur (susur masuk Batu Tiga Shah Alam dan susur keluar Bangsar), Jalan Pantai Baru, Jalan Bukit Pantai, Lorong Bukit Pantai, Jalan Ara Kiri, Jalan Ara dan Jalan Telawi.
- Jumlah hari berbasikal: 8 hari
- Jumlah jarak: 322.62 km (purata 40.32 km sehari)
- Jumlah masa kayuhan keseluruhan: 16 jam 18 minit (purata 2 jam 2 minit sehari)
Bagi berkongsi pengalaman selama 8 hari BKTK, penulis akan menyenaraikannya melalui format soal-jawab (Q & A / Question & Answer) pada sambungan artikel ini. Tungguuu ...
8 comments:
Tahniah atas artikel ni bro...
@bukit nanas: Terima kasih atas kunjungan dan kesudian meninggalkan komen anda ( :
This Blog was most helpful, your ideas are straight to the point, and the colors are cool too.
@Anonymous: Who ever you are, thanks for visiting my site ( :
nak try jugaklah. tapi kalau ampang ke damansara jaya...jauh giler kowt! hubhb
@sherliza: dipersilakan cuba ... tapi, sila utamakan keselamatan naaa ...
haii azizan .. sy azura dari berita tv9. menarik cerita pengalaman awk berbasikal ke tempat kerja. boleh x awk hubungi sy? sy nak naik kan cerita awak ni dalam slot berita sy. harap dapat bercakap dengan awak. please contact sy --- 012 647 9448. ;)
Post a Comment