ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

30 August 2012

Etika Kayuhan Secara Berkumpulan



Etika Kayuhan Secara Berkumpulan

Lakukan !!

(1) Bertindak mengikut arahan dan saranan dari pihak pengurusan, ketua kumpulan serta pengiring.

(2) Tepati masa.

(3) Bawa kad pengenalan, telefon bimbit (beserta pengecas jika perlu), dan wang belanja yang mencukupi semasa perjalanan.

(4) Ketahui lokasi pertemuan, lokasi kayuhan dari mana ke mana (to and from) dan laluan (route) terlebih dahulu. Pengetahuan ini adalah penting jika (a) anda terpisah dari kumpulan atau (b) memerlukan perubahan laluan jika berlaku sebarang situasi atau kecemasan.

(5) Ketahui nombor untuk dipanggil jika anda memerlukan bantuan. Contoh: pihak penganjuran, pengiring, rakan kayuhan atau saudara mara. 

(6) Berkayuh dalam kumpulan. Beritahu ketua kumpulan terlebih dahulu jika anda mahu meninggalkan kayuhan, memendekkan laluan, atau keinginan untuk menunggang bersendirian.

(7) Hormati pengayuh basikal dan pengguna jalanraya yang lain.

(8) Jangkakan perubahan pergerakan secara tiba-tiba oleh penunggang basikal atau pengguna jalanraya lain, terutamanya pada permukaan jalan yang buruk ataupun keadaan berangin.

(9) Gunakan lorong motorsikal / basikal pada laluan yang ditetapkan di jalanraya (jika ada).

(10) Berhati-hati apabila berkayuh berhampiran lori atau kenderaan besar lain.

(11) Pastikan basikal, peralatan dan kelengkapannya berkeadaan baik serta selamat untuk digunakan.

(12) Sentiasa pakai topi keledar.

(13) Bawa makanan dan minuman yang mencukupi untuk melengkapkan laluan. Kerap minum jika cuaca panas bagi mengelakkan strok haba (heat stroke).

(14) Kongsi makanan atau minuman dengan rakan kayuhan yang memerlukan. 

(15) Bawa tiub gantian, tayar gantian, alat penampal dan pam untuk membaiki kebocoran tayar anda sendiri. Anggapkan yang rakan yang lain berkemungkinan tidak menggunakan saiz atau jenis peralatan yang sama dengan anda. 

(16) Kongsi tiub gantian, tayar, alat penampal atau pam angin anda dengan seseorang yang memerlukannya. Jika anda adalah individu yang memerlukan, pastikan anda menggantikan apa yang telah dipinjamkan. Suatu hari nanti ianya pasti akan berlaku kepada anda. 

(17) Perhatikan kenderaan dan pejalan kaki lain, beri isyarat tangan yang jelas bagi menunjukkan arahtuju anda.

(18) Tunjukkan pada pengayuh atau pengguna jalanraya yang lain tentang apa yang anda rancang untuk lakukan. Sentiasa melihat keadaan sekeliling terlebih dahulu, diikuti memberi isyarat tangan ketika mahu bermula, berhenti atau membelok.

(19) Pastikan anda dan basikal anda mudah dilihat. Pakai pakaian yang terang dan sentiasa menggunakan lampu selepas gelap atau dalam keadaan cuaca buruk.

(20) Jadikan diri  dan basikal anda mudah dilihat pada waktu malam dengan memakai pakaian / alat pemantul cahaya dan lampu keselamatan

(21) Bawa pakaian dan kelengkapan lain yang cukup, bersesuaian dengan keadaan cuaca dan situasi (berkayuh / solat / mandi / tidur).  

(22) Jika terdapat kemalangan, nilaikan kerosakan dan jika anda bertanggungjawab, tawarkan untuk membayar kos pembaikan. Jika yakin seseorang menyebabkan kerosakan kepada anda, berbincang mengenainya dan buat penyusunan untuk pembaikan. 

(23) Disarankan untuk melengkapi basikal anda dengan kunci bagi mengelakkan kecurian.

(24) Jaga kelestarian alam sekitar, kebersihan, tatasusila dan hormati penduduk serta adab resam setempat.

(25) Berinteraksi dengan seramai mungkin rakan kayuhan yang lain dan dapatkan tip berbasikal kembara dari mereka.

Jangan lakukan !!
(1) Jangan tinggalkan sesiapa di belakang. Setiap orang mempunyai tanggungjawab bagi memaklumkan ketua kumpulan atau pengiring jika mengetahui seseorang telah tertinggal.

(2) Jangan melanggar lampu isyarat merah, ia adalah berbahaya dan menyalahi undang-undang.

(3) Jangan berkayuh pada arah yang salah di jalan sehala melainkan jika ia ditandakan dengan jelas sebagai laluan dua hala.

(4) Jangan memotong melainkan terdapat ruang yang cukup dan berkeadaan selamat untuk berbuat demikian.

(5) Jangan berkayuh terlalu hampir dengan kenderaan yang sedang bergerak.

(6) Jangan merapat terlalu hampir dengan kenderaan yang diletak di bahu jalan bagi mengelakkan kejadian terlanggar akibat pintu tiba-tiba dibuka

(7) Jangan terlalu mengharapkan makanan / minuman, tiub / tayar gantian, pakaian atau pam angin dari individu lain. Seseorang mungkin akan menawarkan kepada anda, tetapi haruslah disedari yang individu tersebut juga akan mengalami risiko kekurangan.

(8) Jangan bertindak agresif terhadap kenderaan atau pengguna jalanraya yang lain. Kenderan lain adalah lebih besar, lebih cepat, dan diinsuranskan berbanding dengan basikal anda.

(9) Jangan bertindak secara tidak siuman samada di lalulintas mahupun di bandar. Hormatilah semua undang – undang lalulintas.

(10) Jangan berkayuh di tengah atau laluan paling kanan jika terdapat kawasan berbilang laluan. Sebaliknya kayuhlah di laluan paling kiri atau di bahu jalan.

(11) Jangan gunakan telefon bimbit atau peralatan elektronik lain semasa berbasikal. Berhenti seketika bagi menjawab panggilan mahupun membuat pesanan ringkas (sms)

(12) Jangan menunggang basikal di bawah pengaruh alkohol, dadah atau ubat-ubatan.

(13) Jangan meninggalkan basikal tanpa diawasi, kuncikan ia bagi mengelakkan kecurian.

Disediakan oleh,
Azizan Zolkipli.
b/p Darul Ehsan Touring Cyclist (DET-C)

Nota:
Dipetik, diterjemah dan diubahsuai dari sumber rujukan berikut:

http://www.bikeforums.net/archive/index.php/t-232724.html

http://www.tfl.gov.uk/roadusers/cycling/14810.aspx

http://www.doeni.gov.uk/roadsafety/index/pedestrians_and_cyclists/cyclists.htm

No comments: