Lanjutan dari entry "Sebelum kayuhan, aku/saya/gua akan" ... sebelum ini di http://pkrider.blogspot.com/2011/07/sebelum-kayuh-akusayagua-akan.html
Perkataan 'sebelum', lawannya 'selepas' kan ? Jadi dengan ini kita sama - sama kongsikan pula apa pandangan/pendapat 'sahabat handai kayuhan' (nak guna perkataan ini pula bagi mewakili perkataan 'rakan kayuhan'). Kali ini, masih soalan dari encik Hafifi Kahar di laman grup Facebook 'Suara Hati Penunggang Basikal 1 Malaysia' yang berbunyi "ok selepas kayuh buat ape pulak ?"
"Cuci basikal, helmet, glove"... Nabil Hilman
"Lepas kayuh, lek (rilek) lu (dulu), peluh x (tak) abis (habis) keluar, then cari air"... Hafifi Kahar
"Kayuh lg (lagi) haha"... Imran Mtb Rider
"Cuci beskal (basikal) ... mandi ... tido (tidur) !"... Bahiah Ismail
"Tido (tidur) mkn (makan) esok kerja"... Azizi Zarin
"Update gambar2 dlm (dalam) Fesbuk (Facebook)"... Azizan Zolkipli
"Update trek dekat http://www.dailymile.com"... Hafifi Kahar
"Masak"... Mock Mohd Mizan
"Betulkan seluar?"... Hafifi Kahar
"Bersihkan lumpur dr (dari) spec huhu"... Bahiah Ismail
"Kalo (kalau) seronok... belek2 bike dulu... kalo (kalau) siksa (penat) bersih diri dulu dan tidur jap (sekejap)"... Dsbke Wan
"Untuk bujang cari uma (rumah) urut... hehhehe"... Fahmie Kamni
"Rehatkan diri ngan (dengan) MTB... penat loooo"... Samsuri Jaafar
"Minum recovery Powerbar... kasik tampal balik tisu2 kat muscel (muscle) yg (yang) dah burn semasa berkayuh"... Bob Radenkotolo
"Tgk (tengok) husband cuci bsikal (basikal) hihi"... Angah Haslina
"Cari warung/gerai tepi jalan berhampiran, pekena cendol hehehe"... Azizan Zolkipli
"Kena nasiq (nasi) kadaq (kandar) line clear"... Azizi Zarin
"Cari 'oksigen' "... Khairizal Ghani
"Lepas kayuh saya berhenti kayuh, bukak kasut, bilas bike, masuk rumah, basuh baju, mandi, solat dan akhir sekali yg (yang) paling best ialah... MEMBUTA!"... Mustaffa Kamal Ahmad
"The truest characters of ignorance are vanity and pride and arrogance" - Samuel Butler
No comments:
Post a Comment