ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

27 March 2010

Pangkor: 11 - 12.07.2009

Lokasi: Sabak Bernam, Lumut, Pulau Pangkor (round island) & Teluk Anson a.k.a Teluk Intan

Ini kali kedua aku berbasikal di Pangkor. Kalau pada kali pertamanya berseorangan, kali ini berteman diiringi oleh Hairul. Kayuhan pusing pulau ini bermotifkan untuk meninjau penginapan di kawasan Teluk Nipah, Pulau Pangkor.

Sejumlah puluhan chalet / resort / hotel / villa / rumah sewa telah 'diterjahi' bagi mendapatkan maklumat mengenai harga serta meninjau keadaan bilik / kemudahan yg disediakan.

# Klik berikut utk info / artikel mengenai Teluk Nipah:


Penerimaan broadband ada, kita update Facebook dulu ...


Hairul menerima 'konsultasi' perubatan sebelum memulakan kayuhan.


Antara kedai2 menjual cenderahati di Lumut. Singgah 'bureau de change' dulu tukar duit.


Pekena nasi kandaq untuk makan tengahari di Lumut.


Kincir angin ala2 luar negara, berdekatan jeti Lumut.


Di kaunter jualan tiket feri untuk ke pulau Pangkor.


Polygon & Jamis diletakkan di bahagian depan feri.


Setibanya di jeti Sg. Pinang Kecil, jeti pertama yg disinggahi feri sebelum ke jeti utama.


Di papantanda Pekan Pulau Pangkor.


Sempat membelanda sessi fotografi satu pasangan pengantin baru di Teluk Gedung. Sporting' lah korang !!


Sedondon kan dengan Polygon ? Jangan marah : )


Polygon & Jamis dgn replika meriam, berlatarbelakangkan Kota Belanda, Teluk Gedung.


Model Jamis, dlm black & white


Model Polygon, juga dlm black & white


Antara moden & purba ...


  Di pantai Pasir Bogak


 Pendakian yg pertama, sebaik sahaja melepasi hujung pantai Pasir Bogak.


Penginapan kami di Pangkor Rimba Kem, Teluk Nipah. Macam biasa, basikal parking dlm bilik.


26 March 2010

DH @ Bkt Broga: 04.07.2009

Sampai di tempat parking hari masih gelap, matahari lama lagi nak terbit. Udahlah itu kali pertama kesana, mula2 tersesat jalan jugalah pergi terus ke belakang. Tapi Hairul terperasan yang langsung tiada satu pun jejak kaki, kami pun patah balik. Rupa2nya jalan yang betul adalah sebelah kanan naik ke atas.

Macam nak rak bawa basikal naik atas, orang punyalah ramai, jalan sempit & curam tanpa ada teres / tangga untuk berpijak. Sampai menggeletar kadang2 kaki menahan badan sendiri & basikal sementara dapat peluang untuk terus maju ke atas. Ada tempat yang boleh kayuh kami kayuhlah, kebanyakkannya kena menolak sehinggakan yang paling teruk kena pikul huhuhu ...

Hairul laju aje kat depan, mentang2lah Jamis yang dia bawa tu lagi ringan dari Polygon aku. Dalam sejam lebih tu aku berjaya sampai juga ke puncak kedua. Satu kepuasan yang sukar digambarkan dapat naik bukit tu bawa basikal sekali. Antara kata2 dari orang ramai yg nampak kami bawa basikal naik ke atas:

"walawaeiiii, this people is really crazy lah" ...
"coollll" ...
"how come you bring your bike here ? by helicopter aaa ?
" encik, boleh pinjam basikal. saya mau ambil gambar"
" abang, apa macam bawa basikal atas sini ? kayuh kah tolak kah angkat ??"
" congratulation bro !! you are really mad lah" ...

Sesampai aje kami di atas, diberikan ucapan tahniah oleh rakan2, dan juga orang ramai yang tidak dikenali. Selepas berehat, apalagi kami tidak lepaskan peluang untuk bergambar kenangan - kenangan. Yang tak bawa basikal pun sibuk bergambar dgn basikal kami hehehe, takpelah asal korang bahagia udah hahahaha ...

Tibalah waktu untuk turun, kami berdua terpaksa menunggu hingga hampir matahari terpacak atas kepala. Bertujuan untuk memastikan tiada seorang pendaki pun yang masih naik atau turun. Turun pun bukan terus aje, berhenti di beberapa kawasan untuk mengambil gambar.

Sampai aje kat kawasan kebun kelapa sawit di bawah tu, aku cakap pad Hairul tentang hasrat untuk minum minuman berais dalam suasana yang amat panas ini. Selepas satu 'corner', ternampak satu nyonya & apek menjual air. Ada air kelapa, air tin pun ada. Hajat aku termakbul, syukur ... Lepas bersiap2, kami menghala ke Sg. Tekala untuk mandi manda. Yang paling bengangnya, pihak berkuasa yg mengutip tiket bayaran masuk disitu tak membenarkan kami membawa masuk basikal. Apabila kami tengok pada papantanda, memang ada arahan tidak membenarkan pengunjung membawa masuk motorsikal tapi bukan basikal. Tidak mahu bertengkar, kami cuma masuk di bahagian berdekatan pondok keselamatan. Apalagi, layan zZz dulu dah puas baru gi mandi sungai ...

# Klik disini utk info mengenai Bkt Broga:

# Klik disini utk info mengenai Sg. Tekala:


Kedua2 rider kegirangan sebaik sahaja sampai di puncak kedua.


Posing bersama rakan2 pengiring.


Model2 Polygon & Jamis.


Damia pun nak posing juga dgn ibunya ...


" I belief I can fly ..."


"Yezza, I made it to Broga Hill !! "


Polygon & Jamis tersandar di pohon mati ...


" Kat mana lah nak turun kang ? "


Kedua2 rider 'posing maut'.


Up & down the hill ...


Polygon & Jamis di puncak pertama, berlatarbelakangkan puncak kedua.


" It's time to downhill bro ... "


" Disitulah kami akan turun sebentar lagi ... "


Sesetengah tempat tak boleh kayuh, apalagi cargas le memikul huhuhu ...


Sungguh tak disangka, dekat tengahari pun ada orang meniaga lagi. " Kita minum dulu ... "


Tak dapat bawa basikal masuk ke dalam Sg. Tekala, terpaksa mandi kat sungai bahagian luar aje, senang nak tengok2 basikal dari dicuri orang.




Program Jom Kayuh ! 09.05.2009

- Sabtu, 9hb Mei 2009.
- program anjuran PRADAS (Persatuan Radio Amatur Selangor) bersama Persatuan Penduduk Blok 6 Desa Mentari.
- acara pelancaran & pelepasan oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib
- pertama kali menyertai kayuhan konvoi secara beramai2 sebegini, sebelum ni cuma berbasikal secara solo atau dalam kumpulan yang kecil.
- turut menyertai kayuhan ini sekumpulan org buta yg menaiki 'tandem bike', begitu kagum dengan semangat yg ditunjukkan oleh mereka.
- teringat kata2 seorg rakan baru, OKU ini sebenarnya lebih baik ditakrifkan sebagai 'orang kuat usaha', bukannya orang kurang upaya ...

#  laluan berbasikal:

(a) acara perasmian & pelepasan: kayuhan Desa Mentari ke plaza tol Sg. Way.
[basikal dinaikkan ke atas lori & peserta2 menaiki kenderaan pengiring sehingga ke Putrajaya]
(b) kayuhan Putrajaya ke Salak Tinggi [berhenti rehat]
(c) kayuhan Salak Tinggi ke Sepang [berhenti rehat]
[basikal dinaikkan ke atas lori & peserta2 menaiki kenderaan pengiring sehingga ke Lukut]
(d) kayuhan Lukut ke Teluk Kemang [berhenti rehat, makan tengahari]
(e) kayuhan Teluk Kemang ke Kuala Linggi [berhenti rehat, basikal dinaikkan ke atas lori & peserta2 menaiki kenderaan pengiring ke Stadium Hang Jebat, Melaka]
(f) kayuhan Stadium Hang Jebat ke Taman Botanikal, Ayer Keroh. Di Taman Botanikal, peserta2 dikumpulkan bersama pengayuh2 dari selatan tanahair [berhenti rehat]
(g) kayuhan beramai2 dari Taman Botanikal ke Litar Go Kart Melaka. Memeriahkan acara perasmian litar go kart bersama ketua menteri Melaka Dato Ali Rustam, dif2 kehormat  & tetamu2 jemputan.

Sesudah selesai acara, ada yg terus pulang manakala ada yang menginap di apartment yg disediakan oleh pihak penganjur bertempat di Melaka Raya dan pulang pada hari Ahad.

# Klik berikut utk info mengenai PRADAS (Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua Hala Selangor):

# Klik berikut utk info mengenai Melaka:


Banner acara yg diletakkan pada salah sebuah kenderaan pengiring / logistik.

Awal2 pagi lagi selepas subuh Polygon & Jamis udah terpacak di lokasi kejadian : )


Sebahagian peserta2 kayuhan bergambar kenang2an bersama banner acara.

Bacaan doa selamat dibaca, memohon keselamatan dan kejayaan acara.

Peserta 'bionik' pun turut serta menjaya & memeriahkan acara.

Ucapan dari Yang Berhormat Senator Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib, beliau kemudiannya melancarkan seterusnya melepaskan peserta2 acara kayuhan ini.

Check point pertama, berhampiran plaza tol Sunway lebuhraya LDP. Semua basikal dimuatkan ke dalam kenderaan logistik.

Sebahagian lagi basikal2 milik peserta dimuatkan ke dalam kenderaan logistik.

Apartment kami di Melaka Raya, turut dikongsi oleh anggota polis pengiring yang bertindak mengiringi konvoi kami dari Selangor ke Melaka. Terima kasih abang2 polis trafik !!

Eye on Melaka, pandangan dari tingkap dapur apartment kami.

Suasana Eye on Melaka pada waktu petang.

Antara peserta2 yang ketinggalan bas untuk pulang ke KL pada pagi Ahad, termasuk aku juga.
Terpaksa cari bas sendiri untuk pulang huhuhu ...

"Hmm, nasib le nak kejar bas. Kalau tak boleh gi naik Menara Taming Sari ni dulu" ...

'Close up' bahagian atas Menara Taming Sari.


25 March 2010

Sabak Bernam - Teluk Intan - Sabak Bernam: 11.04.2009

Kayuhan yg bertujuan untuk 'ukur jalan', sempena trip konvoi Sabak Bernam - Pangkor - Teluk Intan - Sabak Bernam yang kemudiannya diadakan beberapa bulan dari tarikh trip ini.

Berkayuh berdua aje, dengan adik bongsu Azri a.k.a. Boy. Jarak kayuhan berjumlah 90km, sempat singgah di rumah adik opah yang terletak di Selabak, Teluk Intan.

# Klik berikut utk info mengenai Sabak Bernam:

# Klik berikut utk info mengenai Teluk Intan:



Polygon & Jamis di halaman rumah Taman Kenangan, Sabak Bernam.

Boy, berlatarbelakangkan papantanda rasmi ke Taman Kenangan.

35km lagi nak sampai Teluk Intan huhuhu ...

Yeahh, yeahhh ... Lagi 1km lagi !!

Boy, dgn berlatarbelakangkan Menara Condong Teluk Intan.

Aku pula nak bergambar juga dengan Menara Condong ...

Polygon & Jamis berlatarbelakangkan bangunan2 lama di sebuah jalan berdekatan Menara Condong.

Parking betul2 dalam kedai makan hehehe ...

Lunch, rojak spesel buatan restoran Mastan Ghani.