ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

26 March 2010

DH @ Bkt Broga: 04.07.2009

Sampai di tempat parking hari masih gelap, matahari lama lagi nak terbit. Udahlah itu kali pertama kesana, mula2 tersesat jalan jugalah pergi terus ke belakang. Tapi Hairul terperasan yang langsung tiada satu pun jejak kaki, kami pun patah balik. Rupa2nya jalan yang betul adalah sebelah kanan naik ke atas.

Macam nak rak bawa basikal naik atas, orang punyalah ramai, jalan sempit & curam tanpa ada teres / tangga untuk berpijak. Sampai menggeletar kadang2 kaki menahan badan sendiri & basikal sementara dapat peluang untuk terus maju ke atas. Ada tempat yang boleh kayuh kami kayuhlah, kebanyakkannya kena menolak sehinggakan yang paling teruk kena pikul huhuhu ...

Hairul laju aje kat depan, mentang2lah Jamis yang dia bawa tu lagi ringan dari Polygon aku. Dalam sejam lebih tu aku berjaya sampai juga ke puncak kedua. Satu kepuasan yang sukar digambarkan dapat naik bukit tu bawa basikal sekali. Antara kata2 dari orang ramai yg nampak kami bawa basikal naik ke atas:

"walawaeiiii, this people is really crazy lah" ...
"coollll" ...
"how come you bring your bike here ? by helicopter aaa ?
" encik, boleh pinjam basikal. saya mau ambil gambar"
" abang, apa macam bawa basikal atas sini ? kayuh kah tolak kah angkat ??"
" congratulation bro !! you are really mad lah" ...

Sesampai aje kami di atas, diberikan ucapan tahniah oleh rakan2, dan juga orang ramai yang tidak dikenali. Selepas berehat, apalagi kami tidak lepaskan peluang untuk bergambar kenangan - kenangan. Yang tak bawa basikal pun sibuk bergambar dgn basikal kami hehehe, takpelah asal korang bahagia udah hahahaha ...

Tibalah waktu untuk turun, kami berdua terpaksa menunggu hingga hampir matahari terpacak atas kepala. Bertujuan untuk memastikan tiada seorang pendaki pun yang masih naik atau turun. Turun pun bukan terus aje, berhenti di beberapa kawasan untuk mengambil gambar.

Sampai aje kat kawasan kebun kelapa sawit di bawah tu, aku cakap pad Hairul tentang hasrat untuk minum minuman berais dalam suasana yang amat panas ini. Selepas satu 'corner', ternampak satu nyonya & apek menjual air. Ada air kelapa, air tin pun ada. Hajat aku termakbul, syukur ... Lepas bersiap2, kami menghala ke Sg. Tekala untuk mandi manda. Yang paling bengangnya, pihak berkuasa yg mengutip tiket bayaran masuk disitu tak membenarkan kami membawa masuk basikal. Apabila kami tengok pada papantanda, memang ada arahan tidak membenarkan pengunjung membawa masuk motorsikal tapi bukan basikal. Tidak mahu bertengkar, kami cuma masuk di bahagian berdekatan pondok keselamatan. Apalagi, layan zZz dulu dah puas baru gi mandi sungai ...

# Klik disini utk info mengenai Bkt Broga:

# Klik disini utk info mengenai Sg. Tekala:


Kedua2 rider kegirangan sebaik sahaja sampai di puncak kedua.


Posing bersama rakan2 pengiring.


Model2 Polygon & Jamis.


Damia pun nak posing juga dgn ibunya ...


" I belief I can fly ..."


"Yezza, I made it to Broga Hill !! "


Polygon & Jamis tersandar di pohon mati ...


" Kat mana lah nak turun kang ? "


Kedua2 rider 'posing maut'.


Up & down the hill ...


Polygon & Jamis di puncak pertama, berlatarbelakangkan puncak kedua.


" It's time to downhill bro ... "


" Disitulah kami akan turun sebentar lagi ... "


Sesetengah tempat tak boleh kayuh, apalagi cargas le memikul huhuhu ...


Sungguh tak disangka, dekat tengahari pun ada orang meniaga lagi. " Kita minum dulu ... "


Tak dapat bawa basikal masuk ke dalam Sg. Tekala, terpaksa mandi kat sungai bahagian luar aje, senang nak tengok2 basikal dari dicuri orang.




4 comments:

Amer @TendToTravel said...

wah! gua tabik spring kepada kamu semua! aku bawak beg galas pon rasa cam nak komplain..ni korang galas basikal lagi! Best betol korang berbasikal merata-rata nih!

Azizan Zolkipli said...

@Amer@TendToTravel: Pertama kali kesitu, kena tipu dengan kawan yang pernah pergi kata senang aje naik situ. Memang lah senang kalau jalan kaki, bawa basikal tengok. Rasa nak mangkat ooo hahahaha ... Terima kasih bro sudi jengah laman PK Riders ni, jauh perjalanan luas pemandangan iye tak ?

jon hafkian said...

oh....awesome!hebat betul boleh angkut basikal panjat broga.bwk air sebotol pon rs mcm nk terkeluar isi perut.lol :)

Azizan Zolkipli said...

jon hafkian: itu pun saya rasa macam dah nak kojol hahaha ... tapi apa2pun, segala rasa kepenatan/kebosanan/dsbnya hilang apabila dapat melihat pemandangan indah bila di atas tu.