ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

25 March 2010

Bkt Cermin 3rd Downhill Challenge: 08.03.2009

Tempat pertama berlatih berbasikal offroad lagikan dikenang, inikan pula tempat menonton peserta2 berlumba : ) Bkt Cermin terletak dalam kawasan Putra Height dalam daerah Puchong, Selangor. Ini merupakan tempat pertama aku layan offroad sejak memiliki basikal sendiri, iaitu Polygon kesayanganku. Kalau tidak sebelum ni main road je, apa kes beli MTB tapi asyik main road je huhuhu ...

Mengimbas kembali pasal Bkt Cermin ni. Teringat pada masa tu, kami naik ke puncak bukit itu pun dah lewat petang. Sampai kat atas berehat dulu, tak lama kemudian azan Maghrib pun kedengaran. Kami menunggu azan abis utk menghormati waktu Maghrib sebelum menuruni bukit2 di situ. Bayangkan menuruni bukit dalam keadaan gelap, hanya beberapa 'rider' yang membawa lampu, aku ni pula tidak berpengalaman bermain offroad + rabun ayam huhuhu. Ditambah pula dengan keadaan trek yang 'boleh tahan' bagi aku yg beginner ni. Apa2 pun, terima kasih diucapkan pada Along & Ah Chong yang mengajar teknik menuruni bukit dgn betul, iaitu teknik 'bend' badan serta cara membrek. Kena dera plak disuruh berkali2 turun naik bukit tu. Mula rasa tak best sebab belum dapat 'skill'2 yang betul, tapi bila dah dapat skill & keyakinan rasa seronok pula.

Oklah, kita tutup bab 'flashback' tu dan masuk pasal cerita DH Bkt Cermin ni pula. Ini kali pertama aku menonton pertandingan DH yang diadakan di negara kita, sebelum ni cuma tgk dlm tv atau Youtube aje. Ramai juga yang datang, kalau tak datang sebagai peserta pun datang sebagai penganjur, penonton, krew teknikal bagi beberapa pasukan mahupun sekadar membuka booth jualan barangan aksesori basikal atau makanan / minuman.

Selesai pertandingan, juara dinobatkan mengikut kategori masing2 dan diberikan hadiah. Kategori yang dipertandingkan ialah junior, open, master & hardtail. Acara pada petang itu diakhiri dengan 'lucky draw'. Acara DH kali terakhir diadakan di sini pada 7hb Mac 2010 yang lalu, dimana ia merupakan acara terakhir yang akan diadakan kerana selepas ini tempat tersebut akan ditutup buat selamanya bagi sebuah projek pembinaan.

# Klik utk artikel2 mengenai DH Bukit Cermin:


Ramai juga pengunjung2 yang datang ...


Banner rasmi acara, 'ride more producing riders', yeahhhh !!

Alat perakam masa untuk semua peserta.

Aksi lompatan salah seorang peserta sebelum menamatkan perlumbaan.

'Seat of fame' - siapa2 yang buat masa terpantas aje layak dok kat kerusi tu.

Sistem perakam masa canggih. Semua info ada; nama peserta, kategori perlumbaan, catatan masa & kedudukan (ranking).

Jadual masa pertandingan.

'Seat of fame', bersama papan catatan masa terpantas disebelah.

Antara khemah pasukan2 yang masuk bertanding.

Sebahagian basikal2 yang menyertai pertandingan.

Best aaa basikal2 diaorg ni ...

Medal2 & pingat yang menjadi rebutan.

Pihak penganjuran, bersama pemenang2.

Sebahagian lagi pemenang2, lupa pulak kategori apa ...

Pemenang bersorak kegirangan ...

Mekanik pun kena panggil jadi tukang bagi hadiah hehehehe ...

Gabungan pemenang semua kategori. Tapi ada beberapa pemenang yg sudah pulang ...

Pemenang kategori junior sedang diambil gambar mereka oleh seorang wartawan/jurugambar akhbar



No comments: