ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

24 March 2010

Sabak Bernam - Pangkor - Sabak Bernam: 22-23.11.2008


Info kayuhan: 

- lokasi: Sabak Bernam - Lumut - Pulau Pangkor (round island) - Lumut - Sabak Bernam.

- peneman (escort): adik sendiri, Azri Zolkipli a.k.a Boy dgn menaiki sebuah motorsikal. 

- jumlah hari: 2 hari ( 22&23hb Nov. 2008 )

- jumlah jarak: 209.43 km ( 112.25 + 97.18km ) 

- masa kayuhan: 10 jam 36 min 33 saat (tolak waktu berhenti / menunggu / rehat) 

Catatan perjalanan: 

Hari pertama

- bertolak dari rumah di Sabak Bernam seawal 5.15 pagi.

- singgah di stesyen minyak Petronas Simpang Empat Hutan Melintang untuk mengisi minyak motorsikal pengiring.

- singgah di kedai makan Gulam Rasul berhampiran kawasan tanaman padi Felcra Seberang Perak untuk sarapan pagi.

- berhenti di Maybank Seri Manjung utk mengeluarkan wang, tengok2 tertinggal kad ATM huhuhuhu. Duit dalam poket tinggal RM7 + 25USD baki balik dari trip Vietnam bln Oktober 2008 lalu. Adik aku lak langsung takde duit dlm akaun Maybank dia, kad ATM BSN lak tak bawa aduiiii ...

- mencari 'pengurup wang' (money changer) kat pekan Lumut, nasib jumpa. Tukar 25USD dapat le RM89.

- bawa basikal & motor naik feri ke Pulau Pangkor. Motor dikenakan bayaran RM5 manakala basikal RM2. Tiket pergi balik feri untuk orang dewasa RM10.

- sampai di jeti Teluk Pinang Kecil, nampak ada orang bawa turun motorsikal tapi basikal tak diturunkan. Feri kemudian dah bergerak untuk ke jeti utama penumpang, rupanya kami tak tau yang semua motor/kargo kena turun di jeti Sg. Pinang Kecil (SPK) huhuhuhu ...

- aku turun & kayuh basikal ke jeti SPK, adik aku naik semula feri utk turun ke SPK.

- makan tengahari disebuah kedai makan Melayu berdekatan jeti SPK.

- destinasi pertama ke Taman Fu Lin Rung, menempatkan rumah ibadat org Cina & yg paling famous ada replika Great Wall of China.

- lalu pekan Pangkor, terus ke Teluk Gedong sampai hujung jalan mati. Patah balik & singgah di Batu Bersurat & Kota Belanda.

- ke pantai Pasir Bogak 'makan angin' pantai, pastu naik jalan mencanak ke Teluk Ketapang. kat sini jalan naik turun bukit & landai bila sampai di kawasan pantai Teluk Ketapang.

- naik turun lagi jalannya, sampai di Pantai Teluk nipah singgah di Pangkor Rimba Kem.

- cari tempat penginapan, berjaya 'kautim' dgn budak penjaga bilik tu RM20/pax. Patutnya bilik tu RM120, lebih2 lagi musim cuti sekolah ni tapi hasil 'ayat power', dapat gak save duit hehehehe ...

- bilik ada 6 katil dua tingkat, kira - kira 18 orang leh masuk sekaligus. siap dgn aircond + kipas & bilik air kat dalam.

- lepas rileks2 dalam bilik, turun ke laut untuk mandi manda & menikmati pemandangan indah matahari tenggelam.

- malam tu gi makan kat sebuah kedai makan tepi jalan yang banyak terdapat di pantai Teluk Nipah. suasana malam tu memang happening, dah rasa macam kat Teluk Bahang atau di Phuket lak ...

- basuh baju/seluar & bilas, sidai dlm bilik pastu zZz cas bateri hehehehe ...

Hari Kedua
 
- bangun zZz seawal 6.30 pagi, cadang 7.00am nak gerak tapi hujan lebat.

- dalam 10am hujan dah mula reda, lepas kemas barang & serah kunci bilik kat kaunter resort kami gerak ke Teluk Dalam.

- kat Teluk Dalam ni renti untuk ambik gambar kenangan.

- meneruskan perjalanan ke jeti SPK, lalu jalan yang tak ingat punya 'canak'nya. lutut pun udah goyang sebab belum breakfast. apalagi tolak le basikal hahaha ...

- sampai kat satu kawasan yang betul2 curam, terpaksa tolak basikal sebab khuatir terjatuh: jalan licin basah dek hujan + banyak daun2 gugur + basikal guna tayar sotong. bukan apa, jatuh apa pun tak dapat nanti dah le perjalanan masih jauh.

- sampai kat jeti SPK, singgah makan mee goreng kedai Melayu tu, sarapan pagi merangkap makan tengahari sekali.

- naik feri ke Lumut. sampai tanah besar, singgah Shell Lumut untuk mengisi minyak motor. Meninggalkan stesyen minyak tu tepat jam 1.35 tengahari, aduiii panasnya berkilat kulit aku ...

- ada gak le berenti on the way dari Lumut ke jambatan Sg. Perak, angin kuat tak larat nak mengayuh. aduh, mental, mental ...

- setelah penat mengayuh, akhirnya sampai di Sabak Bernam pada jam 6.15 ptg Ahad tu. Mission accomplished !! Syukur Alhamdulillah selamat pergi dan balik ...

Klik berikut utk info mengenai Sabak Bernam:

Klik berikut utk info mengenai Pulau Pangkor:
Dlm perjalanan pergi, di kawasan Kayan.



Di persimpangan Seri Manjung - Sitiawan.



 Basikal beserta motorsikal pengiring, di jeti Lumut



Tiket naik feri, RM10 (seorg, pergi-balik) beserta cas bawa basikal RM2 sehala.



Berlatarbelakangkan feri Lumut - Pangkor



Pemandangan di Sg. Pinang Besar.



 Berdekatan jeti Pulau Pangkor



Pangkor = 0 km ?? Errkkkk ...



Teluk Gedung, melepasi kawasan Kota Belanda.



Pasir Bogak, kawasan tempat orang ramai mandi manda dan aktiviti lain seperti berkayak, 'banana boat' dsbnya.



Selepas melalui kawasan berbukit dari Pantai Pasir Bogak, lega sekejap ada kawasan rata. Tup - tup lepas ni jumpa lagi kawasan 'jersi raja bukit' sebelum tiba di Pantai Teluk Nipah



Menginap di Pangkor Rimba Kem, Teluk Nipah.



"Sayang bini tinggal2kan, sayang anak tangan2kan, sayang basikal bawa masuk tidur sekali dalam bilik" ...


Pemandangan di kawasan Teluk Dalam, berhampiran jeti milik sebuah resort.



Sebuah peninggalan jeti lama, kawasan Teluk Dalam menghala ke laluan berbukit Bukit Pangkor.



Gear paling rendah = menolak : )



Patutlah jenuh menolak, 16% kecuraman rupanya huhuhuhu ...



Jeti Sg. Pinang Kecil, lokasi terakhir di Pulau Pangkor sebelum kembali ke Lumut & berkayuh pulang ke Sabak Bernam.



"Independence is happiness" - Susan B. Anthony




3 comments:

Azizan Zolkipli said...

segala kayuhan pada hari ini, adalah bertitik tolak dari kayuhan solo Sabak Bernam - Pangkor - Sabak Bernam.

Juice said...

waaaa..
berkayuh bersama beskal kontra basi yer..

Azizan Zolkipli said...

Jus, basikal kontroversi tu udah jauh ia pergi. jaga elok2 warisan tu ekk hehehe ...