ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

28 March 2011

Cara Membuat Peta 'Google Maps' - Asas

Tidak dapat dinafikan, terdapat sebilangan peratusan kecil basikalis yang mempunyai alat 'sistem kedudukan global' atau lebih dikenali sebagai GPS, singkatan pada Global Positioning System. Dengan bantuan alat ini, juga penggunaan perisian (software) tertentu, seseorang dapat melakar terlebih dahulu perjalanan yang akan mereka lalui sebelum kemudiannya memuat turun pada GPS mereka. 

Pada harga mencecah ribuan ringgit, sudah tentunya alat ini tidak mampu dimiliki oleh semua golongan. Tetapi, jangan khuatir. Dengan penggunaan aplikasi percuma seperti Google Maps, kita juga dapat merancang perjalanan kembara berbasikal kita tetapi dengan beberapa kekurangan jika hendak dibandingkan dengan penggunaan GPS. Ibarat kata pepatah, 'tiada rotan akar pun berguna'.

Sejujurnya, dengan menggunakan Google Maps, telah beribu kilometer saya lalui baik untuk berbasikal mahupun berkereta. Jika tidak menggunakan ianya untuk berbasikal, ianya boleh juga digunakan untuk menganggar jarak perjalanan atau batuan (milleage) bagi tujuan membuat tuntutan perjalanan (milleage claim), anggaran harga bahan api berasaskan kiraan jarak batuan, juga anggaran masa untuk tiba di sesuatu destinasi.

Jom, kita sama - sama kongsikan ilmu pengetahuan untuk bernavigasi menggunakan Google Maps ini.

Nota: Perkataan berwarna biru bolej diklik untuk bacaan lanjut. Untuk melihat imej beresolusi lebih tinggi, klik pada gambar.


 1. Sila taip http://maps.google.com pada enjin carian (search engine) anda. Untuk pertama kali, peta asas anda (base map) akan berada pada sesuatu negara lain, Amerika Syarikat sebagai contohnya. Untuk mengubah peta asas anda, klik pada 'Change default location' dan masukkan tempat atau negara yang anda kehendaki. Dalam contoh ini, saya menggunakan Malaysia sebagai 'default location'.


2. Merujuk pada gambar (1), klik pada bahagian kanan paling atas bertulis 'Sign In'. Dari situ, anda akan dibawa ke laman seperti dalam gambar di atas. Anda haruslah mempunyai akaun Gmail untuk akses kepada Google Map ini. Jika anda tidak mempunyai akaun berkenaan, anda masih boleh menggunakannya tetapi dengan fungsi yang asas sahaja. Jadi, daftarlah segera dengan Gmail dan ianya percuma !! Masukkan alamat email, kata laluan (password) dan klik pada 'Sign in'.



 3. Setelah 'Sign In' seperti dalam gambar (2), kita akan dibawa ke bahagian seperti di atas. Klik pada 'Create new map'. Dalam gambar ini, semua tajuk - tajuk berwarna biru gelap di bawah 'Created by me' merupakan himpunan peta - peta yang saya pernah buat sebelum ini. Jika kita mempunyai peta yang dibuat oleh rakan, ia akan bertulis 'Created by friend' yang mana akan saya ulas dalam Cara Membuat Peta 'Google Maps' - Lanjutan



 4. Pada bahagian 'Title', anda boleh menamakan peta ini mengikut kehendak anda. Boleh juga meletakkan sebarang catatan pada bahagian Description. Terdapat dua pilihan aturan untuk perkongsian maklumat, iaitu 'Public' ataupun 'Unlisted'. Jika 'Unlisted' dipilih, rakan - rakan hanya boleh membuka peta ini jika anda memberikan  pautan (link) pada mereka dan berlawanan dengan 'Public' dimana ianya boleh ditemui dengan menggunakan enjin carian (search engine)



 
5. Katakan saya memilih Sabak Bernam to Teluk Intan sebagai 'Title' (tajuk) peta ini, dan 'Unlisted' di bahagian perkongsian. Pada bahagian atas tengah peta, terdapat tiga kotak untuk aplikasi pemetaan. Klik pada 'Draw a line along roads', kemudiannya akan keluar ikon (icon) 'Click to start drawing a line'. 'Draw a line along roads' digunakan untuk melakar peta perjalanan di kawasan yang memiliki jalan. Andai tiada jalan yang disebabkan oleh Google Map belum menaiktaraf petanya, boleh digunakan 'Draw a line' sahaja.



  6. Untuk mula melakar peta perjalanan, pilih satu titik permulaan dan klik pada laluan hinggalah ke titik akhir yang dirancangkan. Rujuk pada gambar (7) untuk pengakhiran peta perjalanan.



 7. Apabila telah mencapai lokasi yang diinginkan, klik dua kali (double click) pada titik yang diinginkan. Akan keluar ikon seperti dalam gambar seterusnya.



 8. Tukar pada bahagian 'Title' dan 'Description' untuk sebarang maklumat yang ingin dimasukkan. Klik pada 'Show driving directions' untuk melihat arahan pemanduan dalam bentuk penulisan



 
9. Di bahagian 'Edit line style', anda boleh memilih warna yang dikehendaki pada ruangan 'Line color'; kelebaran garisan pada 'Line width (pixels)' dan kecerahan warna garisan pada 'Line opacity (percent)'. Lebih tinggi peratusan 'Line opacity', lebih gelap warnanya dan akan membuatkan perkataan yang terlindung disebalik garisan sukar hendak dilihat. Di bahagian 'Edit line path', klik pada kotak 'Snap to roads' untuk mencantikkan lagi garisan pada peta anda.



 10. 'Line color' pada bahagian 'Edit line style' mempunyai sejumlah koleksi warna yang boleh dipilih. Disyorkan untuk memilih warna yang pelbagai jika kayuhan mempunyai beberapa peringkat mengikut lokasi ataupun hari.



 11. Dalam contoh ini, di bahagian 'Edit line style' saya memilih warna merah untuk 'Line color' (asal warna biru); empat untuk 'Line width (asal 5) dan 40% untuk 'Line opacity' (asal 50%). Sesudah memilih aturan yang dikehendaki, klik OK.



 12. Setelah klik OK pada gambar (11), kita akan berjumpa ikon ini pula. Saya memilih untuk menukar nama garisan di bahagian 'Title' dan sedikit penerangan di bahagian 'Description'. Diakhiri dengan klik pada 'OK'.



 
13. Untuk menambahkan garisan perjalanan seterusnya, sila ulang langkah (5) bermula dari Klik pada 'Draw a line along roads dan diakhiri pada langkah (12). Dalam gambar ini, saya menambahkan garisan pada peta perjalanan dan dinamai sebagai Fasa 1 dan Fasa 2. Kedua - dua garisan menggunakan warna yang berlainan agar tidak berlaku sebarang kekeliruan. Jika tiada lagi sebarang penambahan, klik pada 'Done' untuk menamatkan kerja - kerja pembikinan peta.



 14: Apabila proses dalam langkah (13) telah dilakukan, peta kemudiannya secara automatik akan terdapat butang 'Edit', menunjukkan ianya telah disimpan. Untuk mengubahsuai sebarang maklumat atau pun garisan peta perjalanan, anda hendaklah klik pada 'Edit'. Setelah habis mengubahsuai peta, klik pada 'Saved' diikuti 'Done'


 15. Sesudah selesai membuat peta perjalanan, pastinya ia ingin dikongsikan bersama rakan - rakan kayuhan yang lain. Pada penjuru kanan sebelah atas, terdapat Paste link in email or IM, salin (copy) alamat tersebut dan berikan pada rakan - rakan anda untuk dikongsikan.


Tambahan (dikemaskinikan pada 19hb Sept 2011)


16. Selain dari Paste link in email or IM untuk dikongsikan bersama rakan - rakan yang lain. Alamat pautan (link address) tersebut boleh dipendekkan dengan klik pada kotak 'Short URL' yang disediakan.


S  E  L  A  M  A  T    M  E  N  C  U  B  A !!




6 comments:

BC Kelolo said...

Memang panduan berguna. Saya juga menggunakan Google Maps untuk merancang projek KEMBAS saya dulu. http://kelolo.blogspot.com/2010/01/projek-kembas-2010-kembara-basikal-2010.html

Terima kasih Wak Jan!

zn said...

informasi yang cukup berguna..teruskan berkongsi maklumat

sah_kul said...

pergh...banyaknya steps nk di follow...langkah pertama dapatkan/beli gps dulu. Betul tak hehe :)

Azizan Zolkipli said...

* KeLoLo: terima kasih atas kunjungan bro. Google Maps ni mmg bnyk kegunaannya utk kita semua. sama2 bro ...

*zn: terima kasih, mana yang saya tahu insyaAllah akan dikongsikan untuk kegunaan bersama.

* sah_kul: steps yang saya bagikan ni sebenarnya udah melebihi dari asas, kira dah mcm nak 'customise' kan map kita. GPS saya dah rosak huhuhuhu ...

azzurious said...

terbaik laa wak jan... nnt leh try...:D

Azizan Zolkipli said...

@azzurious: terima kasih bro. jom kita cuba2 buat route kayuhan ...