[bersempena Massa - Kritikal Kuala Lumpur atau juga dikenali sebagai Kuala Lumpur Critical Mass / KLCM]
Nota: Perkataan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Semua gambar yang digunakan dalam artikel ini diambil dari laman Facebook Ah Chong, ucapan terima kasih dan penghargaan saya rakamkan pada beliau. Klik pada gambar untuk melihat imej beresolusi lebih tinggi.
Pada minggu sebelum kayuhan ini diadakan, beberapa orang antara kami telah teruja dengan iklan di laman Massa - Kritikal yang merancang untuk mengadakan kayuhan beramai - ramai bagi mengelilingi ibukota pada malam hari Jumaat, 25 haribulan Februari 2011 yang lalu. Lantas perancangan disusun, untuk berkumpul dan meletakkan kereta masing - masing di Desa Pandan sebelum berkayuh ke LRT Jalan Ampang yang terletak berhadapan seberang jalan kompleks membeli belah Ampang Park bagi menyertai kumpulan kayuhan. Pada malam itu sebelum bergegas ke Kuala Lumpur, terlebih dahulu saya mengambil Adnan di seksyen 18 Shah Alam kemudian mengambil pula Nina di Kelana Jaya yang akan turut mengikuti untuk berkayuh.
Malangnya apa yang dirancang tidak menjadi, hujan yang menjadi punca kesesakan di setiap jalan masuk ke Kuala Lumpur ditambah dengan kesesakan misteri yang tidak diketahui apa puncanya menjadi penghalang untuk kami bertiga sampai awal di Desa Pandan. Ketika dalam perjalanan di lebuhraya NKVE, saya mendapat panggilan telefon dari Subki yang mengatakan beliau telah sampai ke LRT jalan Ampang bersama Ah Chong dan seorang rakan kayuhan baru. Tambahnya lagi, mereka kelihatan seperti 'orang asing' kerana berada di kelompok ramai peserta yang membawa basikal 'fixie'.
Ucapan terima kasih juga diucapkan pada Adzmin, yang telah menghubungi saya untuk memberikan info trafik supaya menghindari jalan Tun Razak. Sehubungan dengan itu saya terpaksa mengambil jalan alternatif iaitu melalui lebuhraya DUKE, jalan Jelatek, masuk ke Jalan Ampang Hilir terus ke Desa Pandan. Ada juga rakan - rakan lain yang datang lebih lewat kerana baru pulang dari kerja dan turut sama terlibat dalam kesesakan lalulintas.
Antara yang berkumpul di Desa Pandan malam itu selain saya bertiga (termasuk Nina dan Adnan) ialah rakan - rakan Pedal Krem Riders iaitu Hairul, Adzmin, Jay, Pojie dan juga wakil tunggal dari Desa Pandan, Ajib. Selesai bersiap, memperlengkapkan basikal masing - masing dengan mengepam angin dan memasang lampu keselamatan (blinker), kami bergerak meninggalkan deretan kedai makan di Desa Pandan dalam keadaan hujan gerimis. Kami ke jalan Ampang bagi mendapatkan Ah Chong, Subki dan seorang lagi rakan yang menunggu di sana. Sesampai kami di jalan Ampang, ternampaklah kelibat mereka bertiga sedang menunggu di tepi jalan. Salam muhibah dihulur sesama kami, kemudiannya memulakan perjalanan menghala ke persimpangan besar berlampu isyarat berhampiran KLCC.

Ah Chong tiba awal di lokasi permulaan kayuhan
Sebahagian antara ratusan basikal serta pemiliknya pada malam itu
Sebahagian lagi basikalis yang berpusu - pusu menyertai kelompok pada malam itu
Antara yang berkumpul di Desa Pandan malam itu selain saya bertiga (termasuk Nina dan Adnan) ialah rakan - rakan Pedal Krem Riders iaitu Hairul, Adzmin, Jay, Pojie dan juga wakil tunggal dari Desa Pandan, Ajib. Selesai bersiap, memperlengkapkan basikal masing - masing dengan mengepam angin dan memasang lampu keselamatan (blinker), kami bergerak meninggalkan deretan kedai makan di Desa Pandan dalam keadaan hujan gerimis. Kami ke jalan Ampang bagi mendapatkan Ah Chong, Subki dan seorang lagi rakan yang menunggu di sana. Sesampai kami di jalan Ampang, ternampaklah kelibat mereka bertiga sedang menunggu di tepi jalan. Salam muhibah dihulur sesama kami, kemudiannya memulakan perjalanan menghala ke persimpangan besar berlampu isyarat berhampiran KLCC.
Melepasi simpang tersebut, kami seakan tidak percaya dengan segerombolan basikal yang dikayuh seakan menutup keseluruhan jalan dan laluan trafik di belakangnya. Dari hiruk pikuk keramaian tersebut, terdengarlah suara jeritan memanggil - manggil nama saya. Saya cuba mencari dari mana datangnya suara tersebut. Rupa - rupanya, ia datang dari rakan - rakan Kayuhan Pelbagai Ideologi yang mengajak saya untuk menyertai mereka. Menyedari yang kami hanya baru beberapa ratus meter berkayuh di jalan Ampang, manakala mereka hampir menamatkan kayuhan. Saya memberi isyarat pada mereka yang saya akan meneruskan kayuhan dan akan menghubungi mereka kemudian.
Kelompok kami bersama pengguna jalanraya lain, berhampiran persimpangan lampu isyarat jalan Sultan Ismail
Sementara menunggu lampu isyarat bertukar pada warna hijau
Pandangan dari sudut yang lain pula, tetapi masih di lokasi yang sama
Menyedari kami telah tertinggal agak lewat dari kelompok utama kayuhan Massa Kritikal, kami bersetuju untuk terus berkayuh ke Restoran Heritage Station yang terletak di stesyen keretapi Kuala Lumpur bagi menemukan rakan - rakan penggiat rekreasi luar, dari kumpulan kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) yang kebiasaannya mengadakan perjumpaan mereka di situ setiap malam hari Jumaat. Sampai di situ, kami memesan makanan dan minuman serta bersosial bersama rakan lain.
Semasa sedang minum, saya mendapat sms dari rakan Kayuhan Pelbagai Ideologi bertanyakan tentang lokasi kami dan mengajak untuk bertemu di jalan Ampang. Memandangkan sms dari mereka yang rindukan untuk bertemu dengan saya (chewahhh),saya turut mengajak Hairul untuk menemui mereka. Selepas membayar harga makanan dan minuman, kami bersalaman dengan rakan - rakan kemudiannya berjanji untuk bertemu kembali di Desa Pandan.
Bersosial bersama rakan - rakan dari kelab OGKL di restoran Heritage Station, stesyen keretapi Kuala Lumpur
Mencuba air malt tanpa alkohol jenama terbaru di pasaran
Bersemangat memakai baju grup, baguslah korang !!
Semasa sedang minum, saya mendapat sms dari rakan Kayuhan Pelbagai Ideologi bertanyakan tentang lokasi kami dan mengajak untuk bertemu di jalan Ampang. Memandangkan sms dari mereka yang rindukan untuk bertemu dengan saya (chewahhh),saya turut mengajak Hairul untuk menemui mereka. Selepas membayar harga makanan dan minuman, kami bersalaman dengan rakan - rakan kemudiannya berjanji untuk bertemu kembali di Desa Pandan.
Tidak sampai setengah jam berkayuh, saya dan Hairul sudah berada di sebuah restoran jalan Ampang untuk bertemu mereka. kehadiran Zulhabri bersama tiga rakannya dari Indonesia kemudiannya melengkapkan korum grup Kayuhan Pelbagai Ideologi dan ini boleh diibaratkan sebagai majlis reunion tidak rasmi kami. Seperti biasa, acara memakan 'kuaci' yang dipelopori sewaktu hentian rehat di jalan masuk ke Kampung Felda New Zealand berlangsung dalam suasana harmoni semasa masing - masing lepak dan bersembang. Mar yang menyuarakan hasratnya untuk naik ke Bukit Tunku, kemudian disambut baik oleh semua. Cuma Afiq dan Meera yang terpaksa menolak ajakan untuk mengikuti kami kesana, kerana waktu telah terlampau lewat dan mereka berdua ingin pulang. Selesai membayar harga makanan dan minuman, kami semua membawa basikal memasuki semula laluan ibu kota dengan didahului oleh Hairul selaku penunjuk arah. Saya, buat kali pertama kali dalam sejarah membawa basikal roadbike kerana Vida meminta untuk merasakan pengalaman menaiki basikal touring.
Nota: Semua gambar semasa sedang berlepak bersama grup Kayuhan Pelbagai Ideologi ini diambil dari laman Facebook Zulhabri. Terima kasih dan ucapan penghargaan saya berikan untuk beliau.
Nota: Semua gambar semasa sedang berlepak bersama grup Kayuhan Pelbagai Ideologi ini diambil dari laman Facebook Zulhabri. Terima kasih dan ucapan penghargaan saya berikan untuk beliau.
Hairul disamping rakan - rakan Kayuhan Pelbagai Ideologi
Kuaci, turut menjadi peneman kami pada malam itu
Kedatangan Zulhabri (kiri paling hujung, berbaju putih), melengkapkan korum semua peserta Kayuhan Pelbagai Ideologi dan boleh diibaratkan seperti reunion.
- Di Bukit Tunku kami berhenti untuk berehat, disamping bergambar kenangan. Oleh kerana Pa'an, Piko dan Vida ingin terus pulang ke Bandar Tasik Permaisuri, Hairul memilih jalan yang akan keluar di bulatan berhampiran Bank Negara. Kami berpisah di persimpangan menuju ke Dataran Merdeka dimana Mar akan pulang sendirian ke Puchong manakala Pa’an, Piko dan Vida ke Bandar Tasik Permaisuri dan saya beserta Hairul dan Bart akan ke arah Desa Pandan.
- sampainya saya dan Hairul di warung makan Pak Atan, iaitu warung kegemaran geng Pedal Krem Riders di Desa Pandan, beberapa rakan telah pulang awal kerana akan bekerja pada keesokannya. Saya menemankan rakan – rakan menjamu selera, sebelum kemudiannya memohon diri untuk pulang kerana esoknya Adnan juga akan turut bertugas dan perlu berehat. InsyaAllah jika tiada aral melintang, kami akan bersama lagi di Massa Kritikal Mac 2011 pula, mudah – mudahan jalan tidak akan sesak pada malam itu …
Nota: Gambar seterusnya ialah kayuhan rakan Pedal Krem Riders semasa saya dan Hairul ‘pecah kongsi’ dan bertemu rakan Kayuhan Pelbagai Ideologi di jalan Ampang.
Berkayuh dalam cuaca yang dingin dan jalan yang licin akibat dibasahi hujan
Bergambar kenangan di bahagian luar tugu negara
Masih di lokasi sama, tetapi latarbelakang pula tidak kelihatan jelas aduhaiii ...
Nina, satu - satunya peserta wanita pada malam itu.
Di penghujung jalan Tun Ismail
Ntah jalan mana pula mereka masuki ni ...
Di persimpangan jalan Tun Ismail - jalan Bukit Tunku
Bergambar kenangan sebelum bersurai dan bergerak pulang ke destinasi masing - masing
No comments:
Post a Comment