Orang kata, hidup ibarat putaran roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Kemungkinan putaran roda saya sedang berada dibawah - sedang demam ni. Jadi untuk artikel ni, saya tak larat nak huraikan secara terperinci kronologi kayuhan dalam bentuk penulisan. Daya penaakulan mantik dan sel otak kurang berhubung sebab sedang demam hehehe ... Sekadar gambar bersama caption. Jangan marah ya pembaca - pembaca sekalian. Peace no war ...
Lokasi: RRIM (Institut Penyelidikan Getah Malaysia)
Penyertaan:
* Genggerek: (beserta jentera kayuhan): Syed Muhamad (Specialized), Juz Red (Santa Cruz), Raja Aznam (Santa Cruz), Reena (Giant), Arif (Kona)
* PK Riders: Azizan (Polygon) & Izzat (Jamis)
* Peter Dominic (Jamis oldskool), isteri (Kona) dan anak
Pertama kali berjumpa bro Peter Dominic, sebelum ni cuma add dan berinteraksi dengan beliau dalam laman Facebook aje. Banyak ilmu berbasikal yang beliau kongsikan, antaranya pemilihan komponen, teknik menunggang, dan pengalaman kayuhan beliau.
[Gambar - gambar dari laman Facebook Reena, kredit pada beliau selaku jurugambar rasmi. Klik pada gambar untuk melihat imej dengan resolusi lebih tinggi]
Penimbang baru, komponen basikal baru. Jom timbang basikal siapa paling ringan ...
Idea bijak untuk menyimpan kelengkapan berbasikal jika anda mempunyai van atau kenderaan pacuan empat roda
Bro Juz Red sedang membetulkan setting RD basikal Arif
Abang Peter Dominic bersama isteri dan anak kesayangannya turut menyertai kayuhan. Anaknya dibawa menggunakan kerusi rotan yang diikat khas pada frame basikal
Pertama kali bersua bro Peter Dominic
Ride: On, On !!
Memastikan semua peserta memasuki simpang yang betul
"Jom main pondok2" ...
Satu lokasi, pelbagai situasi ...
Entah apa topik / gossip yang disembangkan tu ...
Reena bersama keluarga bro Peter Dominic
"Haaa, kau ambik lot sana, aku ambik lot hujung. Kau pulak, ambik lot tepi" ...
(membincangkan laluan tinjauan yg dilalui oleh geng KLMTBH )
Bro Peter serta keluarga melalui jalan lain kerana jalan yang akan kami tempuhi tidak sesuai untuk isteri dan beliau yang sedang membawa anaknya
Basikal yang ditinggalkan sementara melihat laluan yang dilalui skuad peninjau KLMTBH
Baru pulang dari melawat ladang getah : )
Sampai di kemuncak bukit, terdapat satu bangunan baru sedang dibina
Mr. Asia kategori extra light weight ?
Rock & roll time, bebeh ...
Laluan downhill yang memang layannn ...
Kombo Santa Cruz sedang beraksi ...
Arif pun nak layan juga ...
"Arrgghhh, salah masuk laluan" ...
Satu lokasi, pelbagai aksi ...
Aksi downhill di laluan terakhir
Ceria sebab selepas ni ada acara yang dinanti ramai - makan !!
Sehati sejiwa - sama baju, sama telefon bimbit, malahan sama jenama basikal : )
Antara menu brunch peserta pada hari itu
Terima kasih diucapkan pada Genggerek yang sudi menjadi jurupandu arah, sweeper & khidmat jurugambar : ) Juga salam kenal pada bro Peter Dominic & keluarga. Semoga berjumpa di lain kayuhan, adiosss ...
No comments:
Post a Comment