Penyertaan:
Genggerek [Zura Abdul Aziz, Syed Muhamad Syed Bari, Arif Wan, Berry White, Juz Red & Raja Aznam Omar (semua nama seperti nickname dalam Facebook)] + Pedal Krem Riders [Hairul Anwar + Azizan Zolkipli]
Jentera kayuhan:
Seunit Specialized, seunit JBC, seunit Polygon, 2 unit Giant & 3 unit Santa Cruz. Model apa tak ingat lak pulak, korang pandai - pandai lah tengok sendiri pada gambar nanti hihihi ...Beberapa hari sebelum menyertai kayuhan ini, saya telah dijemput oleh saudari Reena a.k.a Berry White dari grup Genggerek melalui laman sosial Facebook. Info ini turut dipanjangkan pada rakan - rakan PK Riders, tetapi hanya Hairul Anwar yang menyahut seruan beroffroad disebabkan rakan - rakan lain menyertai aktiviti pendakian gunung Bujang Melaka di Kampar bersama kelab OGKL, menghadiri majlis walimatul urus sanak saudara dan beberapa sebab yang lain.
Pagi Ahad itu dimulakan dengan bangun awal pagi (awal lah konon ...), bersiap - siap dan kemudian terus bersarapan di Restoran Seri Shaz Seksyen 24 Shah Alam. Selesai bersarapan dan sebelum bertolak ke plaza tol Setia Alam, saya sempat memberikan pesanan ringkas (sms) pada Reena memberitahu tentang kelewatan kami untuk tiba di sana. Kami tiba tepat jam 0815 pagi, iaitu kurang 5 minit dari waktu akhir 0820 untuk ditinggalkan jika tidak sampai di situ huhuhu ...
Sesudah bersalaman dan saling berkenalan, rakan - rakan Genggerek mengajak kami untuk bersarapan. Konvoi lima buah kenderaan kami meninggalkan hentian rehat plaza tol memasuki Setia Alam dan kemudiannya Meru. Selepas simpang empat lampu isyarat pekan Meru, kami meneruskan perjalanan memasuki Jalan Meru Tambahan. Ketika menyusuri jalan tersebut, kami terlihat sekumpulan pengayuh - pengayuh MTB sedang berhenti di tepi jalan. Hon dibunyikan dan tangan dilambai tanda persahabatan sesama rakan kayuhan.
Rakan dari Genggerek menanti di Setia Alam, terima kasih sudi menunggu kami yang terlambat ni ...
Tiba di hentian rehat plaza tol Setia Alam, bersemuka dengan Genggerek buat pertama kali
Tiba di persimpangan jalan Meru Tambahan - Kampung Bukit Cherakah, konvoi memasuki arah kiri dan berhenti lebih kurang 50 meter dari simpang bersebelahan sebuah kedai bundle. Beberapa antara kami sempat menjengah barangan yang diual di kedai bundle tersebut. Kami kemudiannya ke kedai makan tepi jalan yang dinamakan Qawwam Desa. Kelihatan menu nasi lemak bungkus dan roti canainya begitu menyelerakan, malangnya kami berdua telah bersarapan awal terlebih dahulu : (
Terdapat sebuah papantanda senarai menu dan harga makanan / minuman yang mencuit hati kami semua. Antara minuman kopi yang dijual ialah kopi Jantan, Radix, Lingzi, Misai Kucing, Tok Guru, Susu Kambing, Super Best dan yang paling menarik perhatian kami ialah kopi Wonderful dengan slogannya yang cukup ringkas: Perrrggghhh ... !!! Terdapat juga kain rentang (banner) yang tertera menu ayam goreng KFC, singkatan dari Kelantan Fried Chicken dijual pada harga RM2 seketul.
Menikmati secawan kopi, tapi bukan kopi Wonderful tau ...
Menu sarapan enak di Qawwam Desa , malangnya kami berdua dah bersarapan awal huhuhu ...
Kepelbagaian menu makanan / minuman di kedai makan Qawwam Desa
Selesai menikmati sarapan pagi, dengan dibelanjai oleh abang Raja Aznam. Terima kasih ya bang, mudah - mudahan murah rezeki abang sekeluarga, Amin ... Kami meninggalkan Qawwam Desa, memasuki jalan Kampung Bukit Cherakah dan setelah memasuki beberapa lorong kami tiba di kawasan Puncak Alam 2. Kenderaan kami diletakkan di kawasan berhampiran jalan masuk ke Masjid Puncak Alam 2. Setelah bersiap - siap, kami memulakan perjalanan dengan melalui sebatang 'jalan bahagia', iaitu jalan bertar yang menurun. Sampai di penghujung jalan bertar tersebut, kami mula memasuki jalan tanah. Di situ terdapat kawasan pembuangan sampah haram di mana kaca - kaca pecah bertaburan di atas jalan. Kami dinasihati supaya menolak basikal untuk mengelakkan tayar dari bocor terkena serpihan kaca tersebut. Ada juga seorang di antara kami yang memikul basikal beliau, uishhh gagahnya hehehe ...
Baru tiba di kawasan parkir, berhampiran Masjid Seksyen 2 Puncak Alam
Masing - masih dah tak sabar untuk beraksi ...
Pertama kali kami berdua menjejakkan kaki ke kawasan Puncak Alam
Bonus seawal kayuhan, downhill panjang di laluan bertar
Sebelum tiba di kawasan ini, terdapat laluan kawasan pembuangan sampah haram yang banyak kaca bertaburan di jalanraya. Enter at your own risk, bak kata JKKK kampung berhampiran hihihi ...
Selepas melalui jalan berkaca di penghujung jalan bertar, kami memasuki jalan tanah yang berbatu hingga tiba di sebuah jalan masuk ke arah sebelah kanan. Jalan masuk tersebut telah diletakkan palang & sebuah papantanda Dilarang Masuk Tanpa Kebenaran telah dipacakkan disitu. Kami memasuki jalan tanah merah ke ladang kelapa sawit melalui bahagian tepi palang. Beberapa meter dihadapan, kami dihidangkan dengan laluan pendakian yang boleh tahanlah panjangnya. Good morning Malaysia !!
"Penceroboh akan didakwa je, bukan ditembak pun" ... "kita pasang lah lawyer baekkk punyaaa" ...
Palang yang diletakkan tidak menjadi penghalang untuk kami memasuki laluan
Terdapat beberapa bahagian pendakian sepanjang laluan, dimana kami akan berhenti di kawasan rata ataupun puncak di setiap penamat pendakian bagi menghilangkan penat atau minum untuk membasahkan tekak. Kedengaran kata - kata penyesalan mula keluar dari mulut beberapa peserta, normal lah tu kalau tengah penat hehehe ...
Berehat seketika selepas melalui uphill panjang, pembuka laluan pada pagi itu
Rehat dulu beb ...
Peserta wanita untuk kayuhan hari tersebut
"Aku ajak kau dok rumah tengok kartun, kau tak nak, haaa kan dah penat" ...
Jejaka - jejaka tonggak utama Genggerek
Terdapat satu laluan menaik terakhir yang jalannya tidak elok serta curam, dimana beberapa peserta memilih untuk MTB (mari tolak basikal) dan tidak kurang juga ada yang mahu mencabar diri sendiri untuk berkayuh sehingga ke atas. Sampainya di atas; kami berehat, bergambar kenangan dan juga membincangkan tentang prototaip sebuah helmet basikal berkamera yang canggih. Macam - macam idea kelakar yang dikeluarkan, membuatkan kami pecah perut ketawa dan itu mungkin sekaligus menghilangkan rasa penat ketika mendaki bukit tadi. Perjalanan diteruskan dengan sesi downhill melalui kawasan singletrack penuh dengan pokok resam, kadang - kadang semak samun yang dilanggar terputus lalu melekat pada RD kami.
Berehat lagi setelah satu pendakian
"Empuk sungguh batu kat sini", kata beliau ...
Antara beberapa basikal yang digunakan oleh peserta kayuhan
Helmet jurugambar rasmi yang dihias cantik, bling - bling gitu : )
Keluar dari kawasan semak samun tadi, kami tiba di laluan yang kembali besar dan jelas. Perjalanan masih lagi menurun dan tiba di satu kawasan terbuka dengan pemandangan menarik, kami berhenti untuk mengambil gambar kumpulan.
Macam - macam aksi & gelagat semasa sesi foto berkumpulan
PK Riders bersama 'tukang petik kayuhan' (event inviter)
Hairul bersedia untuk downhill berikutnya, berlatarbelakangkan Selat Melaka di kejauhan
Perjalanan berselang seli dengan penurunan dan juga pendakian, hinggalah sampai di sebuah lagi tempat lapang dan terbuka dengan pemandangan menarik. Macam biasa, sesi fotografi lagi ...
Kayuhan dengan mood AJL25 lalalalala ...
"Join me wheekang (wheelie tayar belakang), anybody?" ...
"You jump, i'll jump" ...
Wakil PK Riders, berlatarbelakangkan panorama menarik
Perjalanan diteruskan lagi dengan jalan downhill yang 'lazat', selepas beberapa puluh saat kenikmatan deruan adrenaline tiba - tiba terganggu dan terpaksa berhenti di satu persimpangan akibat kekeliruan laluan. Reena menggunakan walkie - talkie beliau untuk berhubung dengan orang depan, malangnya terputus hubungan. Kami memutuskan untuk mengambil laluan di sebelah kanan, adalah malang kerana ia adalah laluan mendaki !! Potong stim betul lah tengah shiok layan downhill tadi huhuhu ... Perjalanan diteruskan lagi dengan jalan menurun sehingga satu persimpangan, dengan laluan menjadi semakin kecil. 'Skuad ukur jalan' bertindak ke hadapan bagi memastikan keselamatan dan kesahihan laluan. Kami kemudiannya disuruh berpatah balik setelah mendapati ianya bukan laluan yang betul. Sempat juga Hairul, Reena, Zura dan saya berehat. Hairul pula sempat menghidupkan rokoknya, chehhh !! (Amaran oleh kerajaan Malaysia: Merokok membahayakan kesihatan dan boleh mendatangkan risiko penyakit kanser)
Berehat seketika, sementara 'skuad ukur jalan' mencari jalan turun yang betul
Laluan yang betul dijumpai, kami menuruni laluan berbukit yang lebar dan kemudian diakhiri dengan laluan landai sebelum keluar di satu lagi jalan masuk ke ladang yang telah dipalang. Hanya tak sampai 50 meter, kami bertemu laluan bertar di sebuah kampung. Dari situ, kami kembali memasuki laluan tanah yang menemukan kami semula dengan laluan masuk pada pagi tadi. Kami melalui kembali jalan bertar yang dipenuhi kaca pecah sebelum terpaksa menempuh laluan bertar pendakian terbuka dalam keadaan cuaca panas terik. Cobaannn ... Sesampainya di kawasan meletak kereta, saya terus menaikkan kedua - dua basikal ke atas rak bumbung, selagi kudrat yang tersisa masih mampu untuk mengangkat basikal naik ke atas. Patutlah perut lapor, dah waktu makan tengahari rupanya ...
Akhirnya, dah keluar dari laluan kebun kelapa sawit ...
Kembali semula ke ketamadunan ...
Kembali ke kawasan parkir kereta. "Apa kes?" ...
Genggerek mengajak kami makan tengahari bersama, kami yang tidak biasa dengan kawasan di sini, cuma mengekori mereka dari belakang. Tiba di satu bulatan, kenderaan di hadapan mengambil arah jam 0300 dan memasuki sebuah kawasan lapang. Kelihatan sebuah lori kecil yang berniaga di tepi jalan tidak jauh dari bulatan tadi. Antara menu yang dijual; rojak biasa, rojak mee, rojak sotong, rojak ayam, mee goreng dan cendol. Saya memilih untuk makan rojak mee bersama cendol. Pergghhh, satu nikmat yang tidak terperi setelah menghabiskan kayuhan ...
Bonus di akhir kayuhan, menikmati hidangan di gerai makan berhampiran sebuah bulatan
Macam2 perkara lucu yang diperkatakan, mungkin kesan gegaran kecil pada otak semasa downhill kot hahaha ...
Menu istimewa peniaga tepi jalan berhampiran bulatan seksyen 2 Puncak Alam
Lepas 'tangki' masing2 dah penuh, 'balu muka ala sinyum' ...
Makan tengahari kami ini pula, dibelanjai oleh salah seorang dari rakan Genggerek. Tak sempat pula saya nak berterima kasih padanya. Didoakan moga - moga anda murah rezeki dan selamat dunia akhirat ya, Amin ... Setelah bersalaman, kami pun bersurai dan menghala ke arah kediaman masing - masing. Saya yang tidak pasti dengan arah jalan di situ, mengekori tiga buah kenderaan. Sampai di satu persimpangan lampu isyarat yang saya cam, sebuah kereta meneruskan perjalanan ke arah jam 1200 manakala tiga buah kenderaan kami menghala kanan ke arah Puncak Alam.
Salam perpisahan, moga ketemu lagi ...
Dah puas kena lenjan, kita bawa basikal bersiar - siar makan angin pula : )
Ada rejeki, panjang umur, berkelapangan; insyaAllah akan berkayuh di Puncak Alam lagi ...
Kredit untuk gambar - gambar dari Reena, yang bertugas sebagai juruforo rasmi sepanjang kayuhan. Gambar - gambar tersebut diambil dari album di laman Facebook beliau yang berjudul Genggerek n PK Riders @ Puncak Alam - 09-01-10. Sila klik pada gambar untuk melihat imej dengan resolusi lebih tinggi.
Dikesempatan ini, Pedal Krem Riders merakamkan tinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih pada pihak Genggerek yang memberi peluang pada kami untuk mengikuti kayuhan mereka. Maaf zahir dan batin jika terdapat sebarang perlakuan mahupun tutur bicara yang mungkin menyakiti hati encik / cik / tuan / puan. Kami akhiri dengan serangkap pantun yang diplagiat dari abang Haitsan KNR.
Sorang basikal, tarik basikal;
Helmet Fox dalam perahu;
Salam kayuhan ucapan kekal;
Jom join kayuh barulah tahu ...
W A S S A L A M
Kata - Kata Hikmat:
No comments:
Post a Comment