ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

08 January 2011

Putrajaya Interpark Ride - Ambang 2011

Sambutan tahun baru kali ini tidak seperti tahun sebelumnya, dimana saya lebih suka memilih untuk menghabiskan masa di rumah menonton cerita - cerita menarik yang ditayangkan di kaca televisyen. Jauh sekali untuk bersesak dengan orang ramai dan hiruk pikuk manusia yang semata - mata mahu membuat countdown mahupun menonton persembahan artis jemputan dan pertunjukan bunga api.

Tetapi, selepas menyertai Putrajaya Inter - Park Ride yang dianjurkan pada malam 31hb Disember 2010 lepas, dirasakan sambutan tahun baru kali  ini agak unik dan seronok apabila digabungkan dengan aktiviti yang kita minati dan dilakukan bersama secara beramai - ramai. PK Riders berharap agar acara seumpama ini dapat diadakan lagi di masa hadapan. Panjang umur, kita bersua lagi di kayuhan Ambang 2012 pula, insyaAllah ...

Info kayuhan:
* Tarikh: 31hb Dis 2010
* Lokasi mula / tamat: Jambatan Putra, Presint 1 (berhampiran Masjid Putra)
* Jenis basikal: Bebas
* Kategori: Santai (fun / joy ride)
* Penyertaan: Terbuka pada orang awam
* Laluan: Persisiran Tasik Putrajaya
* Jarak trek: 15 - 20 km - Jarak sebenar tak sempat tengok, terlalu seronok berkayuh hahaha ...
* Bayaran: RM2.50 untuk takaful kemalangan berkelompok. Selain dari insuran perlindungan bernilai sehingga RM10 ribu, makanan / minuman dan penyertaan untuk cabutan bertuah turut disertakan

Penyertaan:
geng Pedal Krem Riders @ PK Riders (Ah Chong, Hairul, Hadri, Pojie, Ajib & Wakjan) + geng Wild Outdoor Adventure  @ WOA (Adnan, Mohd Bukhari & Zainul) + geng bebas (Dee @ Reena Zawawi) + seribu lebih penyertaan lain. Ternyata penyertaan melebihi jangkaan awal dimana pihak Perbadanan Putrajaya pada mulanya mensasarkan sekitar 500 orang peserta. Ini berkemungkinan disebabkan oleh hari cuti umum yang diberikan oleh Perdana Menteri atas kejayaan Malaysia muncul juara Piala AFP Suzuki 2010. Yeayyy, Malaysia Boleh !!

Jom ikuti rakaman lensa Ah Chong dan Adnan yang menjadi jurugambar rasmi kami pada malam itu, disebabkan yang lain tidak membawa ataupun mempunyai kamera hehehe ...

 Borang penyertaan Inter - Park Ride Ambang 2011


 Basikal Hairul, Adnan & Wakjan atas kenderaan logistik BEL6689 yang diparkir di belakang bangunan Kastam / MOF


 Barisan basikalis sedang menunggu waktu pelepasan


 Beberapa minit sebelum acara pelepasan


Antara basikal unik yang menyertai acara berbasikal pada malam itu


 Ajib, Hadri, Pojie & Ah Chong (tiada dalam gambar, selaku jurugambar)


 Sejumlah penunggang basikal tua turut memeriahkan acara


Peserta kanak - kanak turut menyertai, tabiklah kat adik ni !!


 Handlebar ala - ala motor easy rider gitu ...


 Pit stop pertama berhampiran sebuah persimpangan


 Di pit stop pertama ni, semua ahli PK Riders & Dee (paling kiri) bersatu kembali setelah berpecah pada permulaan kayuhan


 Selepas pit stop pertama, geng PK Riders memilih untuk berkayuh di bahagian belakang konvoi pula. Hairul kelihatan mendahului untuk mengejar seorang gadis katanya  : P


 Basikal seorang peserta diletakkan banyak LED di bahagian mudguard belakang serta atas beg


 Bergambar kenangan atas jambatan menghala ke PICC


 Menarik juga basikal akak ni kan ...


 Ehhh, tadi atas jambatan. Lepas pusing - pusing, dah kat bawah pula ...


 Basikal Mohd Bukhari yang pancit sebelum tiba di pit stop kedua



 Basikal peserta yang mengalami masalah teknikal dimuatkan ke dalam kenderaan pengiring



 Ehh, macam kenal pula. Abang Haitsan KNR rupanya ...


 Chef - chef restoran hotel Pullman Lakeside kelihatan gembira menyambut kami beramai - ramai


Ah Chong seronok jumpa 'pantai buatan' di hotel Pullman Lakeside



 Kerjasama dalam menyelesaikan masalah teknikal pada basikal Mohd Bukhari



 "Tolong, tolong juga. Buli tetap buli" hahaha ...


 Setelah menyelesaikan masalah teknikal, geng WOA dapat kembali mengayuh bersama geng PK Riders setelah terpisah di awal kayuhan



 Pemandangan Masjid Putra dari pit stop ketiga, hentian terakhir untuk kayuhan pada malam itu


 Melalui terowong selepas pit stop ketiga, berhampiran bangunan Perbadanan Putrajaya


 Yeayyy, berjaya menamatkan kayuhan tanpa sebarang chicken loop : )



 Ah Chong bersama Dee (Reena Zawawi) & famili Cik Da


 
Adalah dipercayai Cik Da menggunakan sayap tambahan yang dipasang pada badan beliau untuk menambahkan kelajuan kayuhan disamping menyejukkan badan yang panas.


 Persembahan bunga api yang tidak diketahui datang dari arah mana. Mungkinkah dari Cyberjaya ?


 Sementara menunggu acara cabutan bertuah. Ayong (paling kiri) pun turut menemani kami


 Acara cabutan bertuah sedang berlangsung


Masing - masing sabar menunggu & berharap nombor dipanggil untuk menerima hadiah




 Acara cabutan bertuah yang diselang selikan dengan persembahan solo oleh Ezlyn



Ini bukan di Thailand, tapi kereta pengunjung luar yang melawat ke Putrajaya



 Sambung acara lepak merangkap makan malam di Presint Diplomatik



 Nak balik semula ke Presint 1 mata sudah tidak larat, tumpang tidur di pejabat Mohd Bukhari. Terima kasih ya Bukh ...




 Balik semula ke Presint pada pagi Ahad. Papantanda menghala ke lokasi acara



Di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM)



 Berlatarbelakangkan Masjid Putra di kejauhan



 Ini bukan di Venice, tapi di jeti Putrajaya Lake Cruise



Bersiar - siar di taman terletak bersebelahan bangunan Kastam



 Air pancut yang terletak di tengah sebuah bulatan



 Siapa kata Putrajaya tidak mempunyai laluan basikal ? Kalaulah berbasikal ke tempat kerja dapat diimplimentasikan seperti program 'Cycle to Work' di negara luar



Bersiap untuk pulang ke Shah Alam
Yip yip horaaayyy ... Selamat datang 2011 !!
Kata - Kata Hikmat:

2 comments:

Haitsan said...

Gambar saya tak pernah masuk majalah... dpt masuk blog korang pun dah kira best dah.. tq.. tq... heheee... Terserempak pulak dgn org 1 kampung yg ride dgn korang.. Zainol namanya kalo tak silap... aku tegur ntah dia kenal ke tak ntah.. hahaa

Azizan Zolkipli said...

Terima kasih abg Haitsan atas kunjungan anda.
dia pakai baju warna oren ke malam tu ?
kalau yg tu nama dia Zainul Fikri, cuba tgk dlm Facebook ...