ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

05 January 2011

Lake Garden lagi ... 25.12.2010

Beberapa hari sebelum menjelangnya Hari Natal atau juga disebut sebagai Hari Krismas 2010, saya menyuarakan hasrat pada rakan - rakan PK Riders melalui email untuk berkayuh di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Tapi agak menghampakan kerana hanya seorang teman PK Riders yang menyahut seruan beroffroad di situ iaitu Muzammil. Yang lainnya terlibat dengan aktiviti tersendiri seperti mendaki gunung, bertugas, malahan yang membawa 'orang rumah' makan angin pun ada. Takpelah, yang bawa 'orang rumah' tu dikira sebagai memohon permit atau lesen untuk menyertai jambori mahupun kayuhan touring 2011 nanti : )

Penyertaan: 6 orang = geng PK Riders (Muzammil & Wakjan) +  d' 68k Ampang (Along, abang Joe & Raffi) + geng bebas (Adnan)

Objektif
(1) untuk bawa Muzammil layan offroad, katanya hati dah 'tak kering' sebab lama tak kayuh offroad hahaha ..
(2) bawa basikalis baru, Adnan untuk mencuba kayuhan offroad selain berkongsi ilmu kayuhan.
(3) ajak Along bersama geng d' 68k Ampang untuk mencuba laluan offroad di Taman Tasik Perdana.
(4) menghabiskan cuti Krismas dengan aktiviti yang sihat & berfaedah. kalau tak, dok rumah layan sarkas / silap mata di televisyen aje atau pun membuta (zZz) sampai matahari naik tinggi hehehe ...

Aturcara kayuhan:
(1) bertemu dan salam perkenalan bagi yang belum pernah jumpa / kenal.
(2) masuk laluan offroad, selang seli dengan sesi fotografi, rehat minum air & hisap rokok (Amaran: Merokok membahayakan kesihatan dan boleh mengakibatkan kanser)
(3) makan tengahari, bakar kalori tak lah banyak mana tapi makannya banyak. menu spesel kedai makan: Taman Tasik: mee sup, nasi ambang & nasi lemak bungkus. kemudiannya geng d' 68k Ampang meminta diri untuk pulang
(4) sesi gedik fotografi, berbasikal sekitar kawasan Taman Orkid & Taman Bunga Raya. nak berkayuh di Planetarium Negara, tidak dibenarkan masuk dengan basikal. hmm alahai ...
(5) layan urban DH (kononnya) di kawasan auditorium anniversari Taman Tasik. juga disertai dengan sesi fotografi.
(6) 'tawaf' laluan mengelilingi tasik sambil mencuci mata dengan kehijauan alam.
(7) bersurai dan masing pulang ke rumah. tamat sudah ...

Info tambahan:
Taman Tasik Perdana atau dikenali dengan panggilan Lake Garden (Taman Tasik), adalah taman yang tertua dan paling popular di Kuala Lumpur. Daya tarikan utamanya adalah tasik buatan yang dikelilingi oleh tanaman subur menghijau seluas 92 hektar (227 ekar) dalam suasana yang menyegarkan.

Setelah seharian atau seminggu bekerja keras mencari rezeki, penduduk tempatan dan kadang - kadang orang luar datang ke sini untuk mengambil nafas dengan udara segar, berlari mahupun berjalan di sepanjang jalan yang dibina atau mendayung di tasik. Taman ini juga mempunyai trek jogging, stesen sukan, dan taman permainan kanak - kanak.

Tarikan di taman ini adalah termasuk Taman Burung, Taman Rama - Rama, Taman Rusa & Kancil, Taman Orkid, Taman Burung dan Taman Bunga Raya. Kesemuanya dapat dihubungi baik dengan berjalan kaki atau berkenderaan. Dari taman ini, kita juga boleh melawat tempat-tempat lain seperti Tugu Negara, bangunan Parlimen, Planetarium Negara dan Muzium Negara.
 

Jom kita tengok gambar kayuhan yang disusun mengikut kronologi. Kredit untuk gambar  - gambar yang diambil dari koleksi Along & Muzammil. Untuk himpunan penuh gambar - gambar, bolehlah dilayari di laman berikut:

* Muzammil : http://normuzammil.multiply.com/photos/album/175/Hohoho...._XC_Ride
* Along: http://biawaktasik.multiply.com/photos/album/373/ride_dec10_taman_tasik_perdana

  1024 hrs: Di lokasi pertemuan Muzammil - Adnan - Wakjan


1041 hrs: Berkumpul, Along berpatah balik ambil begnya yang tertinggal

 1044 hrs: Menghampiri kawasan permulaan laluan offroad

 1045 hrs: Acara 'pecah tanah' dilakukan oleh Raffi


1045 hrs: Muzammil yang dah lama tak beroffroad, turut sama melakukan acara 'pecah tanah'


1047 hrs: Semua dah memasuki laluan


1048 hrs: Melalui laluan antara tangga


1050 hrs: Laluan berselang seli antara terbuka dan berkanopi

 1051 hrs, lokasi: berhampiran Planetarium Negara. 
dialog lelaki berbangsa Cina: "ini lua (dua) orang ala (ada) taruh nombor, masuk lomba (lumba) ka ?"
[merujuk pada Along & abg Joe yang masih tidak membuang no. plet pendaftaran jambori di basikal mereka]


1052 hrs: Menyambung perjalanan, memasuki bahagian kedua laluan


1054: Abg Joe di satu laluan downhill yang panjang pada bahagian kedua trail


1056 hrs: Muzammil mengambil laluan downhill dengan pantasnya ...


1058 hrs: Along mengakhiri laluan downhill di bahagian kedua, berhampiran terowong ke Muzium Negara

 1105 hrs: Wakjan mengambil downhill pendek dengan drop berlekuk di hujung laluan. Laluan bahagian ketiga


1108 hrs: Adnan di permulaan pendakian laluan bahagian keempat


1109 hrs: Muzammil dengan tayar bunga motor 'scrambler'nya, di permulaan bahagian keempat laluan


1110 hrs: Berehat sementara meneruskan perjalanan


1111 hrs: Perjalanan disambung melalui kawasan lereng bukit


1112 hrs: Laluan mula memasuki kawasan hutan sekunder


1113 hrs: Adnan, melalui laluan downhill di kawasan hutan sekunder bahagian keempat laluan

 1117 hrs: Abg Joe di selekoh kedua downhill, bahagian keempat laluan

 1126 hrs: Berehat sebentar menghilangkan deruan adrenalin. Jamis oldskool kepunyaan ayah Adnan. Di belakang, Giant Reign milik abg Joe

 1129 hrs: Satu lagi jenama Jamis pada hari itu, model Dakar XLT 1.0 milik Raffi

 1131 hrs: Muzammil melalui kawasan berair

 1133 hrs: Aksi Raffi yang sedang dirakamkan oleh Muzammil

1138 hrs: Wakjan menyelusuri hutan sekunder di bahagian kelima laluan

 1140 hrs: Raffi merasmikan laluan downhill yang licin di bahagian kelima laluan

 1142 hrs: Berjaya juga pendatang baru, Adnan, melepasi laluan licin ini dengan selamatnya

 1143 hrs: Abg Joe mengambil laluan downhill dengan tenangnya

 1148 hrs:  Laluan kembali landai selepas menuruni downhill yang licin

 1150 hrs: Melepasi perdu buluh kuning, menandakan berakhirnya laluan di bahagian kelima


1150 hrs: Laluan berair kecil, pertengahan antara laluan bahagian kelima & keenam

 1155 hrs: Laluan bahagian keenam semakin rendah & dekat dengan trek jogging, cuma  banyak akar

 1156 hrs: Makin menghampiri penghujung laluan

 1157 hrs: Penghabisan sebelah kanan laluan, kita akan menemui sebatang pokok jejawi besar

 1204 hrs: Dah pun keluar dari laluan offroad, melalui taman permainan kanak - kanak

 1208 hrs: Menguji skill keseimbangan ketika melalui kawasan switchback menuju ke kedai makan


1228 hrs: Inilah sebenarnya waktu yang ditunggu - tunggu : )


1228 hrs, menu spesel kedai makai Taman Tasik: mee sup, nasi ambang & nasi lemak bungkus


1304 hrs: Geng Along dah balik, kami bertiga meronda Taman Tasik pula

 1311 hrs: Jejaka dan basikal terhangat di pasaran ? Macam cover album lah pulak ngeeee ...

 1315 hrs: Dah takde kerja, sanggup tu letak basikal di hujung pelantar semata untuk fotografi

 1334 hrs: Jalan - jalan pusing Muzium Negara lah pula ...

 1341 hrs: Muzium Negara di sudut yang lain

 1348 hrs: Proton Saga jumpa Proton T Blaze

 1437 hrs: Seronok dapat buat urban downhill di Auditorium Annivessari

D   A   H       H   A   B   I   S ...
salam ketemu di lain kayuhan : )


Kata - Kata Hikmat: 


2 comments:

Aku dan Basikal said...

hebat memang hebat... next time ajak KSCC kayuh sekali. Macam best je....

Azizan Zolkipli said...

Aku dan Basikal: terima kasih menjengah laman kami ni. insyaAllah satu hari nanti kalau KSCC berminat ...