ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

Showing posts with label Hash. Show all posts
Showing posts with label Hash. Show all posts

11 February 2011

KLMBH Bash # 196: 30.01.2011

Saya tidak dapat menyertai acara ini, kerana belum baik sepenuhnya dari demam. Jadi, tidak dapat nak mengulas tentang keadaan laluan, mutu penganjuran dan sebagainya. Walaubagaimanapun, PK Riders tetap menghantar rider tegar bagi menyokong dan memeriahkan lagi acara kayuhan tempatan dan mereka ialah Ah Chong dan Pojie. Jom kita layan gambar - gambar aksi mereka. Kredit untuk tuan empunya kamera, gambar - gambar diambil dari laman Facebook Ah Chong.

Sebelum kita melihat gambar - gambar kayuhan mereka, adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit tentang latar belakang Kuala Lumpur Mountain Bike Hash (KLMBH). KLMBH mengadakan acara hashes mountain bike ("bashes") bulanan di sekitar kawasan Lembah Kelang, biasanya pada hari Ahad terakhir setiap bulan. Untuk menyertai bash  ini, peserta boleh hadir di kawasan yang ditetapkan dan mendaftar diri dengan membayar yuran penyertaan RM 15. Bagi peserta yang telah menjadi ahli, penyertaan mereka adalah percuma. Untuk menjadi ahli, yuran keahlian adalah RM 70 untuk setahun.

Nota: Perkataan yang berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Imej lebih beresolusi tinggi boleh dilihat apabila gambar diklik. Catatan pengalaman peserta menyertai Bash # 196 ini yang dimuatkan di laman rasmi KLMBH boleh dibaca di pautan berikut


 Kenderaan logistik Ah Chong (kiri) dan Pojie yang diletakkan bersebelahan


Ah Chong beratur untuk mendaftarkan penyertaannya


Pojie turut mendaftar diri


Haro Ah Chong dengan 'angka giliran'


Peserta berhimpun untuk mendengar taklimat kayuhan


Kawasan terbuka, di bawah talian penghantaran voltan tinggi


Laluan turut memasuki jalan bertar


Menunggu giliran untuk melalui kawasan singletrack


 Melalui binaan penebatan sungai oleh JPS


Laluan memasuki kawasan estet getah


 Reena a.k.a Berry White dr Genggerek turut menyertai kayuhan ini


Selamat datang ke laluan downhill yang pertama ...


Laluan masuk ke downhill kedua


Pemandangan laluan dan peserta di DH2


Ah Chong bergambar kenangan bersama beberapa rakan kayuhan beliau


Dimana ada pondok, di situlah ada Ah Chong. Di mana ada Ah Chong, di situlah ada pondok hahaha ...


Satu lagi downhill dalam kawasan teres pokok getah


"Errkkk, nak turun ke tak nak ni" ...


"Hmmm, pondok lagi ... Rehat lagi lah nampak gayanya hehehe" ...


"Jom rileks dulu layan tengok pokok2 getah" ...


Alahai cayang bucuk2, meh abang mandikan : )


Calories: 'What's come out, must come in' ...



09 December 2010

KLMBH #194: Lenggeng

Pada 28.11.2010 lalu, satu hash anjuran Kuala Lumpur Mountain Bike Hash (KLMBH) telah diadakan di Lenggeng, Negeri Sembilan. Seperti biasa, PK Riders menghantar wakil - wakil untuk beraksi. Berikut catatan ringkas Ah Chong mengenai kayuhan tersebut disusuli rakaman lensa aktiviti kayuhan.

salam ...

rider ... aku (Ah Chong), A.J (Jay Hamid), Poj (Pojie), Nik, Ken (abang Ken dr Beskal.com,) bersama dengan geng d' 68k ... Along, Papit & abang Joe ...

jumlah rider lebih kurang 100 orang ... trek memang paling menarik dalam sejarah bash. cuma starting aje kena layan bukit good morning sejauh 2 km dgn kecuraman 70 darjah ... memang terbaik ...

pastu downhill panjang sambung terus offroad ... downhill lagi ... pastu start la merangkak hahaha ... trek yang paling banyak laluan lurus & downhill ... memang layan habis ... 

start pukul 9.30 pagi ... kitaorang habis pukul 12 tgh hari ... ngam - ngam sebelum hujan turun ... kitaorang pilih trek 'Long' tapi pertengahan jalan ... disebabkan kesuntukan masa ... kitaorang semua diarahkan untuk sambung ke trek 'Short' ... kecuali abg Joe yg berjaya menghabiskan keseluruhan laluan 'Long' ...

trek 70% kering + lembab ... 30% lecak


Catatan rasmi kayuhan (bahasa inggeris) boleh dibaca di http://www.klmbh.org/forum/viewtopic.php?f=5&t=86 , gambar - gambar rasmi di http://photos.klmbh.org/thumbnails.php?album=54&page=1 manakala peta lokasi kayuhan di http://www.wikimapia.org/#lat=2.8521767&lon=101.9682312&z=13&l=0&m=h

Rakaman lensa peribadi Along dari geng de 68k boleh dilawati di http://biawaktasik.multiply.com/photos/album/370/ride_10_194_klmbh_lengeng


Gambar - gambar berikut adalah dari lensa kamera Ah Chong (Facebook: Epai Ganaz) & Jay (Facebook: Jay Hamid), yang diambil tanpa kebenaran : )


 PK Riders bersarapan bersama abang Ken


 Ah Chong berbaris untuk pendaftaran sebelum kayuhan


 Jersi rasmi PK Riders, mula digunakan sejak Melaka 2010 ECC Nite Ride Jamboree


 Peserta - peserta mengerumuni pihak penganjuran bagi mendengar taklimat kayuhan


 Pihak penganjuran sedang memberikan taklimat kayuhan


 Ready ... Get set ... Go !!


 Melalui jalan tarmac dulu ...


 Masuk jalan offoad pula ...


 Renti rehat sekejap di kebun getah ...


 Macam biasa, MTB = Mari Tolak Basikal : )


Kanak - kanak perempuan mat saleh bersama bapanya


Susah dapat jumpa jenama Maverick ni. Perhatikan sistem suspensi dan hub roda belakangnya


 Kata ibu kanak - kanak perempuan tu bila tengok kaki anaknya luka, "Wahhh, great ..."


 PK Riders bersama geng d' 68k, Along & Papit


 Tolak basikal dah merasa, kita pikul lah pula ...


 Di laluan yang terbuka luas, panas ...


 Sesetengah tempat laluannya lecak kerana hujan


 Melalui trail yang menarik


 Mengakhiri kayuhan bersama rakan - rakan lain


 "Saya dah berjaya check - out", mungkin itu kata Ah Chong sambil menunjukkan isyarat bagus


 PK Riders bergambar kenangan bersama abang Ken & geng d' 68k


 "Kat mana kita nak makan lepas ni ?", agaknya itu yang mereka bincangkan


 Acara terakhir pada hari itu iaitu makan tengahari bersama - sama


 Melintasi sempadan Negeri Sembilan - Selangor. Kelihatan sayup di belakang ialah Bukit Broga


 Peta laluan KLMBH # 194, dari http://www.klmbh.org/forum/viewtopic.php?f=5&t=86


 Profail ketinggian laluan KLMBH # 194, dari http://www.klmbh.org/forum/viewtopic.php?f=5&t=86

30 August 2010

KLMTB Epic Hash: 27.06.2010

Gambar2 Acong @ Tok Penghulu semasa menyertai hash. Geng2 PK Riders banyak yang tidak menyertai acara ini kerana tarikh yang sama dengan Standard Chartered KL Marathon 2010. Ada juga yang disebabkan tertidur kerana 'demam World Cup 2010' hehehe ...


 Sessi pendaftaran. Amoi tu siap posing lagi hehehe ...

Cik Da pun join gak ...

Errkk, basikal tandem pun sertai hash ?? 


Ramai juga geng Kayuh Beb yang sertai ...


 Selepas acara pelepasan, layan tarmac dulu ...

MTB (mari tolak basikal) bermula : )

MTB berjemaah ramai2 ...

Antara halangan yang harus ditempohi, meniti anak sungai.

Jalan ke kolam air panas Hulu Tamu


Lecahnya laluan huhuhu ...


Wahhh, ada sungai besar lah ...

Cayang basikal dia : )

Mandi pun sodap hihihi ...

Bersama rakan2 kayuhan yang lain ...

Duta mesin minuman : )

Memulangkan no. giliran peserta

 Snow wash time, yeehhaaaaa ...