ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

Showing posts with label Mass Ride. Show all posts
Showing posts with label Mass Ride. Show all posts

22 July 2013

Trek Basikal Shah Alam



[Klik untuk pembesaran imej]


Saya diinfokan oleh seorang rakan kayuhan telah terdapat satu laluan berbasikal di seksyen 4, Shah Alam. Maka pada suatu petang Ahad yang damai pada bulan Jun 2013 lalu saya pun berkayuh berseorangan cuba mencari laluan yang dimaksudkan itu. Saya menemukan jalan masuk ke laluan berbasikal tersebut berhampiran Bulatan Setia Jasa di Seksyen 4 / Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Terlupa akan saya tentang jumlah jarak laluan berbasikal tersebut seperti yang diinfokan pada papantandanya. Saya menganggarkan ianya sepanjang lebih kurang dua kilometer. Laluan yang diasingkan dari jalan raya dan kawasan perumahan ini juga redup di sebahagian besar kawasan. Zon berisiko seperti laluan yang melintasi jalanraya telah diletakkan papantanda amaran dan lintasan belang. Terdapat juga pondok untuk berehat, khasnya setelah penat berkayuh. Bagi saya, laluan ini sangat sesuai jika ada dari ibubapa yang mahu membawa anak kecil mereka berkayuh bersama.




Laluan lurus, sebelum memasuki selekoh

Berlatarbelakangkan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah / Masjid Negeri / Masjid Biru


Laluan ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad 7hb Julai 2013, iaitu hujung minggu terakhir sebelum datangnya bulan Ramadhan 1434H. Bersempena dengan perasmian laluan, satu acara kayuhan yang dinamakan Kayuhan Zon Bersih telah diadakan. Bertempat di Dewan Bola Tampar Seksyen 4, para peserta datang seawal jam 0730 pagi untuk mendaftar diri.

Para peserta turut diberikan peluang untuk memenangi cabutan bertuah, kemeja T bagi pendaftaran 150 peserta terawal dan juga sarapan pagi. Kayuhan yang direncanakan pada jam 0830 pagi ini, telah bermula lewat dan tersasar dari waktu yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, para peserta masih begitu bersemangat menantikan kehadiran VIP bagi merasmi dan seterusnya memulakan kayuhan itu. Kayuhan dimulai dengan acara Menteri Besar Selangor bertemu dengan semua pengayuh, sebelum menandatangi plat dan melepaskan peserta secara rasmi.


Rekabentuk corak hadapan kemeja T kayuhan
 
Plet yang telah ditandatangani oleh Menteri Besar Selangor, sebagai tanda perasmian


Perjalanan kayuhan dimulakan dengan memasuki sebahagian Trek Basikal Shah Alam, sebelum melalui beberapa jalan sekitar bandaraya Shah Alam. Kayuhan yang mendapat kerjasama kawalan keselamatan jalanraya dari petugas Majlis Bandaraya Shah  Alam dan Polis Diraja Malaysia  (PDRM) ini turut diikuti oleh beberapa buah bas dan lori untuk membawa peserta dan basikal mereka bagi yang tidak berkemampuan untuk menghabiskan kayuhan.

Selesai kayuhan, saya terus pulang dan tidak menunggu sehingga acara cabutan bertuah kerana ada urusan yang perlu dibereskan. Moga laluan berbasikal seperti ini akan mula diperkenalkan oleh bandar atau PBT di kawasan lain pula.

Nota kaki:
Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah atas atau / dan tepi kanan artikel ini. Terima kasih ( :
  

12 March 2012

FT Day 2012 Funride - Bahagian 2 (Akhir)


Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut.

Petikan dari bahagian pertama:

Pada Ahad, 4hb Mac 2012 yang lalu, telah berlangsungnya satu kayuhan di ibukota Kuala Lumpur. Kayuhan yang dinamakan FT Day 2012 Fun Ride ini mendapat kerjasama dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kraftangan Malaysia serta anjuran bersama Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dan Belia Bukit Bintang (BBB) dari sebuah parti politik. 

Peserta tidak dikenakan sebarang yuran penyertaan, sebaliknya hanya perlu mengisi borang yang boleh diperolehi dari laman web dan menghantarkannya melalui faks mahupun email sebelum tarikh 4hb Mac 2012. 

Untuk memanaskan lagi sambutan, acara ini menyediakan hadiah kemeja-t percuma untuk 500 penyertaan pertama yang mendaftar. Kayuhan yang bermula di Kompleks Kraf Kuala Lumpur  (KKKL) bertempat di Jalan Conlay ini melalui Jalan Kia Peng diikuti Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Jalan Raja, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Binjai, Jalan Stonor sebelum berakhir di KKKL, Jalan Conlay. 

Selain kayuhan, terdapat juga ucapan dari VVIP, cabutan bertuah, persembahan artis, pameran dan pemeriksaan kesihatan untuk memeriahkan acara ini. 

Seperti biasa, Pedal Krem Riders (selepas ini akan disebut sebagai PK Riders) turut menghantar wakil untuk memeriahkan acara kayuhan. Wakil utama, tidak lain tidak bukan mestilah Ah Chong selaku Tok Batin Penghulu bagi grup PK Riders ini. Beliau tidak berkeseorangan, untuk kayuhan ini beliau ditemani oleh Jus

Nota:
Gambar adalah dari koleksi Ah Chong, segala hak milik terpelihara. Untuk pembesaran imej, bolehlah klik pada setiap gambar. Harap maaf, semua gambar terpaksa dikecilkan untuk mempercepatkan waktu loading di laman ini. Terima kasih ( :


Gambar 1. Menara Kuala Lumpur kelihatan di kejauhan
 
Gambar 2. Laluan berkanopi, memayungi peserta yang berkayuh
 
Gambar 3. Cik Da berhenti di tepi jalan, mungkin menunggu rakan yang lain
 
Gambar 4. Jus, Ah Chong dan rakan berhenti berehat seketika semasa hentian re-grouping
 
Gambar 5. Anggota JPAM menaiki motorsikal khas berkuasa tinggi untuk mengawal keadaan
 
Gambar 6. Pulang semula ke Kompleks Kraf Jalan Conlay setelah menamatkan kayuhan
 
Gambar 7. Peserta singgah di khemah-khemah yang terdapat di lokasi acara
 
Gambar 8. Seorang peserta ditemuramah oleh pengacara stesyen televisyen tempatan
 
Gambar 9. Khemah yang menempatkan hadiah-hadiah cabutan bertuah
 
Gambar 10. Basikal-basikal menanti pemenang cabutan bertuah. Banyak unit kan ?

Gambar 11. Antara barangan yang menanti pemenang cabutan bertuah
 
Gambar 12. Khemah yang menempatkan anggota parti politik dan kaunter SPR
 
Gambar 13. Himpunan basikal-basikal cruiser
 
Gambar 14. Tetamu VVIP bersarapan pagi di satu meja
 
Gambar 15. Aksi 'kaki kangaroo' ?
 
Gambar 16. Berhimpun sementara menunggu keputusan pemenang cabutan bertuah
 
Gambar 17. Wak Dan (Hamdzan) mencuba sebuah basikal fixie
 
Gambar 18. Sabar menunggu pengumuman keputusan cabutan bertuah
 
Gambar 19. Salah seorang pemenang cabutan bertuah, memenangi sebuah topi keledar
 
Gambar 20. Mahu memenangi lebih hadiah, setelah mendapat 2 topi keledar dan 1 toolset

Gambar 21. Basikal Ah Chong digunakan bagi membawa hadiah kemenangan
 
Gambar 22. Hentian di sebuah gerai untuk makan tengahari

Gambar 23. "Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati ..."
 
Gambar 24. "Geylang, si paku geylang ... Pulang, marilah pulang, marilah pulang, bersama - sama..."


Mengikut info dalam laman web penganjuran, jumlah penyertaan mencecah angka 900 orang peserta. Tapi menurut mesej Ah Chong pula (rujuk artikel lalu), mencapai dua ribu penyertaan. Hmmm, siapa yang betul ni ? Ahhh, lantaklah berapa ratus atau ribu penyertaan pun. Asalkan enjoy sudah ...


Gambar 25. Lebih kurang 900 orang menyertai, bak kata info di laman penganjuran

Gambar 26. Sebahagian dari keseluruhan peserta yang berada di hadapan. Gambar, ihsan dari laman FT Day 2012 Fun Ride


TAMAT - FT DAY 2012 FUN RIDE
 

08 March 2012

FT Day 2012 Funride - Bahagian 1


Pada Ahad, 4hb Mac 2012 yang lalu, telah berlangsungnya satu kayuhan di ibukota Kuala Lumpur. Kayuhan yang dinamakan FT Day 2012 Fun Ride ini mendapat kerjasama dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kraftangan Malaysia serta anjuran bersama Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dan Belia Bukit Bintang (BBB) dari sebuah parti politik.

Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Pembesaran imej boleh dilakukan dengan cara klik pada setiap gambar. Harap maklum.


Gambar 1. Pamplet rasmi FT Day 2012 Fun Ride


Peserta tidak dikenakan sebarang yuran penyertaan, sebaliknya hanya perlu mengisi borang yang boleh diperolehi dari laman web dan menghantarkannya melalui faks mahupun email sebelum tarikh 4hb Mac 2012.


Gambar 2. Borang penyertaan yang diperolehi secara dalam talian (online)


Untuk memanaskan lagi sambutan, acara ini menyediakan hadiah kemeja-t percuma untuk 500 penyertaan pertama yang mendaftar. Kayuhan yang bermula di Kompleks Kraf Kuala Lumpur  (KKKL) bertempat di Jalan Conlay ini melalui Jalan Kia Peng diikuti Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan, Jalan Raja, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Binjai, Jalan Stonor sebelum berakhir di KKKL, Jalan Conlay.


Gambar 3. Peta laluan kayuhan


Selain kayuhan, terdapat juga ucapan dari VVIP, cabutan bertuah, persembahan artis, pameran dan pemeriksaan kesihatan untuk memeriahkan acara ini.


Gambar 4. Aturcara program
 
 
Seperti biasa, Pedal Krem Riders (selepas ini akan disebut sebagai PK Riders) turut menghantar wakil untuk memeriahkan acara kayuhan. Wakil utama, tidak lain tidak bukan mestilah Ah Chong selaku Tok Batin Penghulu bagi grup PK Riders ini. Beliau tidak berkeseorangan, untuk kayuhan ini beliau ditemani oleh Jus. Apabila diminta menyediakan reviu, Ah Chong memberikan satu mesej ringkas mengenai kayuhan ini, seperti dilampirkan di bawah. Ejaan tidak diubah untuk mengekalkan mesej asal, ejaan yang betul diletakkan di dalam tanda kurungan ( ).

Info kayuhan FT Day 2012 @ Jalan Conlay

Total rider : lebih kurang 2000 lebih

Tujuan : sempena meraikan penubuhan FT (FT = Federal Territory / Wilayah Persekutuan)
mula : Pusat Kraftangan Jalan Conlay
mase (masa) : 8.45am
tamat : 10.30 am
route : Jln conlay - klcc - sogo - jln raja chulan - Jln conlay
pkr rider : acong & Jus only
ade lucky draw tapi kitaorg x (tak) dpt pun hehehe....member2 btr (Bandar Tun Razak) lain dpt gak laaa....satu fixie, 4 biji helmet, 1 pam tayar, 1 lampu liplap
 
Oraittt, terima kasih Ah Chong ! Hmmm, nampak gaya penulis jugalah yang kena membuat satu entry berkaitan kayuhan ini. Dengan bantuan koleksi fotografi dari album Facebook Ah Chong, penulis akan cuba memberikan reviu stail bergambar pengkisahan kayuhan mengikut kronologi. Eden torai, eden torai yeahhhh ... 

Nota:
Gambar adalah dari koleksi Ah Chong, segala hak milik terpelihara. Untuk pembesaran imej, bolehlah klik pada setiap gambar. Harap maaf, semua gambar terpaksa dikecilkan untuk mempercepatkan waktu loading di laman ini. Terima kasih ( :


Gambar 5. Berkumpul seawal pagi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Gambar 6. Cik Da dan rakan dari Cyclo Medic turut berkumpul

Gambar 7. Wakil PK Riders untuk kayuhan ini, Tok Batin Penghulu [Ah Chong] dan Jus

Gambar 8. Langit yang cerah, pagi yang baik untuk memulakan kayuhan

Gambar 9. Wak Dan (Hamdzan) mengetuai konvoi

Gambar 10. Ohhh, berlaku kebocoran tayar pula ) :

Gambar 11. Pendaftaran di Komples Kraftangan Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Gambar 12. Sarapan ringan disediakan oleh pihak penganjuran kayuhan

Gambar 13. Kemeja-t edisi terhad yang disediakan oleh pihak penganjuran

Gambar 14. Pian Cecupak; menjadi emcee, pelawak & penyanyi untuk acara ini

Gambar 15. Basikal tandem, turut menyertai kayuhan

Gambar 16. Geng basikal cruiser

Gambar 17. Jalan ditutup untuk keselamatan peserta. Terima kasih abang PDRM !

Gambar 18. Kayuhan disertai oleh pelbagai peringkat umur, fizikal, jantina dan juga keturunan

Gambar 19. Berlaku sedikit silap faham pada peserta yang menyangkakan orang hadapan telah tersalah jalan dan ingin berpatah balik

Gambar 20. Ah Chong, bergambar megah berlatarbelakangkan Menara Berkembar KLCC

Gambar 21. Seorang pelancong luar negara berdiri di tengah jalan bagi merakamkan gambar peserta-peserta kayuhan

Gambar 22. Peserta kanak-kanak juga turut menyertai dengan penuh semangat

Gambar 23. Ini bukan basikal tandem tetapi basikal yang dipasangkan trailer

Gambar 24. Seorang peserta membuat breakaway dari peloton. Ala LTdL 2012 gitu ( :

Gambar 25. Jus dengan basikal Raleigh Avatar & kamera DSLRnya yang sentiasa menemani

Gambar 26. Sekali lagi jalan ditutup untuk keselamatan peserta. Terima kasih abang PDRM !

Gambar 27. Hentian re-grouping untuk mengumpulkan semula semua peserta
Gambar 28. Jus turut mengambil kesempatan berehat sebentar bersama peserta lain
 
 Bersambung ke siri seterusnya. Tungguuu ...