ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

Showing posts with label cam·paign. Show all posts
Showing posts with label cam·paign. Show all posts

22 July 2013

Trek Basikal Shah Alam



[Klik untuk pembesaran imej]


Saya diinfokan oleh seorang rakan kayuhan telah terdapat satu laluan berbasikal di seksyen 4, Shah Alam. Maka pada suatu petang Ahad yang damai pada bulan Jun 2013 lalu saya pun berkayuh berseorangan cuba mencari laluan yang dimaksudkan itu. Saya menemukan jalan masuk ke laluan berbasikal tersebut berhampiran Bulatan Setia Jasa di Seksyen 4 / Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Terlupa akan saya tentang jumlah jarak laluan berbasikal tersebut seperti yang diinfokan pada papantandanya. Saya menganggarkan ianya sepanjang lebih kurang dua kilometer. Laluan yang diasingkan dari jalan raya dan kawasan perumahan ini juga redup di sebahagian besar kawasan. Zon berisiko seperti laluan yang melintasi jalanraya telah diletakkan papantanda amaran dan lintasan belang. Terdapat juga pondok untuk berehat, khasnya setelah penat berkayuh. Bagi saya, laluan ini sangat sesuai jika ada dari ibubapa yang mahu membawa anak kecil mereka berkayuh bersama.




Laluan lurus, sebelum memasuki selekoh

Berlatarbelakangkan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah / Masjid Negeri / Masjid Biru


Laluan ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad 7hb Julai 2013, iaitu hujung minggu terakhir sebelum datangnya bulan Ramadhan 1434H. Bersempena dengan perasmian laluan, satu acara kayuhan yang dinamakan Kayuhan Zon Bersih telah diadakan. Bertempat di Dewan Bola Tampar Seksyen 4, para peserta datang seawal jam 0730 pagi untuk mendaftar diri.

Para peserta turut diberikan peluang untuk memenangi cabutan bertuah, kemeja T bagi pendaftaran 150 peserta terawal dan juga sarapan pagi. Kayuhan yang direncanakan pada jam 0830 pagi ini, telah bermula lewat dan tersasar dari waktu yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, para peserta masih begitu bersemangat menantikan kehadiran VIP bagi merasmi dan seterusnya memulakan kayuhan itu. Kayuhan dimulai dengan acara Menteri Besar Selangor bertemu dengan semua pengayuh, sebelum menandatangi plat dan melepaskan peserta secara rasmi.


Rekabentuk corak hadapan kemeja T kayuhan
 
Plet yang telah ditandatangani oleh Menteri Besar Selangor, sebagai tanda perasmian


Perjalanan kayuhan dimulakan dengan memasuki sebahagian Trek Basikal Shah Alam, sebelum melalui beberapa jalan sekitar bandaraya Shah Alam. Kayuhan yang mendapat kerjasama kawalan keselamatan jalanraya dari petugas Majlis Bandaraya Shah  Alam dan Polis Diraja Malaysia  (PDRM) ini turut diikuti oleh beberapa buah bas dan lori untuk membawa peserta dan basikal mereka bagi yang tidak berkemampuan untuk menghabiskan kayuhan.

Selesai kayuhan, saya terus pulang dan tidak menunggu sehingga acara cabutan bertuah kerana ada urusan yang perlu dibereskan. Moga laluan berbasikal seperti ini akan mula diperkenalkan oleh bandar atau PBT di kawasan lain pula.

Nota kaki:
Penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan pada individu yang sudi klik pada ruangan iklan di sebelah atas atau / dan tepi kanan artikel ini. Terima kasih ( :
  

20 May 2013

Kayuhan Ultra 2013


'Cover photo' Kayuhan Ultra 2013 di page Facebook [Klik untuk pembesaran imej]

Seramai empat orang pemuda akan melakukan satu kayuhan jarak jauh, dalam jangkamasa 27 jam sejauh 400 kilometer dari Shah Alam, Selangor ke Sungai Petani, Kedah. Kayuhan tersebut dinamai Kayuhan Ultra 2013. Ianya boleh dirujuk di page Facebook. Dua orang peserta dari Pedal Krem Riders akan melakukan kayuhan ini, mereka adalah saudara Muzammil dan Azizan @ Wakjan.

Mengikut info dari UMCA (Ultra-Marathon Cycling Association), sebuah badan yang mengelolakan dan mengawal sebarang aktiviti kayuhan ultra di Amerika Syarikat, kayuhan ultra terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:
(a) Jangkamasa 13.5 jam, sejauh 200 kilometer.
(b) Jangkamasa 20.0 jam, sejauh 300 kilometer.
(c) Jangkamasa 27.0 jam, sejauh 400 kilometer.
(d) Jangkamasa 40.0 jam, sejauh 600 kilometer, dan
(e) Jangkamasa 75.0 jam, sejauh 1000 kilometer.

Acara kayuhan ini adalah tertutup dan mereka tidak menjemput mana-mana pihak untuk menyertai mahupun mengiringi. Walaubagaimanapun rakan-rakan boleh bertemu dan mengikuti kayuhan mereka secara fasa mengikut beberapa lokasi tertentu. Laluan, lokasi hentian, masa dijangka tiba dan berlepas serta masa rehat yang mereka rancangkan boleh dilihat di pautan Google Map.


Laluan perjalanan Kayuhan Ultra 2013 [Klik untuk pembesaran imej]

Akhir kata, Pedal Krem Riders memohon agar pihak tuan/puan/encik/cik agar dapat memberikan sokongan, dorongan dan motivasi; juga tidak lupa untuk mendoakan keselamatan serta kejayaan kepada semua peserta kayuhan ini.


 
 

01 October 2012

Berbasikal Ke Tempat Kerja (BKTK) - Bahagian 2


Kesinambungan dari episod lalu.
 
Pendahuluan

Bagi berkongsi pengalaman selama 8 hari BKTK (Berbasikal Ke Tempat Kerja), ianya akan disenaraikan dalam format soal-jawab (FAQ). Perspektif serta saranan adalah terhad kepada skop ruang lingkup perjalanan, jumlah masa dan situasi penulis serta mungkin bercanggah dengan kesesuaian para pembaca. Walaubagaimanapun, penulis terbuka untuk bertukar pandangan dengan rakan-rakan kayuhan tentang aktiviti BKTK ini.

Untuk artikel kali ini, penulis akan menjawab dahulu empat soalan utama. Seperti berikut:
 

Apakah persediaan untuk BKTK ? 

Penulis membahagikan persediaan BKTK kepada aspek fizikal dan mental. Fizikal dibahagikan kepada dua iaitu persiapan diri dan persediaan basikal. Persiapan diri adalah memastikan tubuh badan berada pada tahap kesihatan yang baik manakala persediaan basikal pula iaitu memastikan ia berkeadaan sempurna dan tip-top.

Antara perkara penting yang saya beri perhatian ialah pada keadaan tayar, sistem gear dan sistem brek.  Selain itu, saya juga membawa peralatan seperti pam tangan (hand pump), pembuka tayar (tyre lever), hex key (Allen key), pemotong (cutter), spanar boleh laras (adjustable spanner), playar (plier) dan pemutar skru (screwdriver) selain tiub gantian sebagai persediaan andai berlaku sebarang kerosakan di jalanan.

Persiapan mental pula ialah melaraskan akal fikiran untuk bersedia dengan pelbagai kemungkinan mendatang, ianya boleh jadi samada dalam bentuk cuaca yang tidak menentu, keletihan badan, tidak dihormati oleh pengguna jalanraya lain, keadaan laluan yang rosak ataupun berbukit, kesesakan lalu lintas, tayar pancit, kerosakan pada basikal, dimaki hamun oleh pengguna jalanraya lain dan kemungkinan disamun. BKTK di Malaysia menuntut kekuatan mental yang tinggi disebabkan oleh keadaan cuaca yang beriklim panas dan lembab serta etika pengguna jalanrayanya.


Apakah aktiviti BKTK ini merbahaya ? 

Seperti apa-apa aktiviti yang kita pilih untuk lakukan di dalam dunia ini, semestinya mempunyai risiko yang tersendiri.  Yang membezakannya ialah cuma tinggi atau rendahnya risiko itu. Peribadinya saya katakan, dengan pendekatan yang mengutamakan keselamatan di tahap tertinggi, risiko itu boleh diturunkan sekaligus menjadikan aktiviti ini tidak atau kurang merbahaya.


Bagaimanakah pemilihan laluan untuk BKTK ?

Saya pasti semua pengamal BKTK akan mengutamakan keselamatan diri pada tahap tertinggi diikuti dengan aspek penjimatan tenaga, masa dan kos.  Selain itu, faktor kesenangan juga diambil kira. Bukan semua di antara kita adalah atlit lumba basikal, menjadikan laluan yang mempunyai kawasan pendakian pastinya akan cuba untuk kita elakkan.

Sebelum BKTK, saya terlebih dahulu membuat pengiraan jarak menggunakan Google Maps. Faktor yang saya ambil kira ialah memilih jalan terdekat, tercepat dan seboleh-bolehnya yang mengelakkan konflik dengan laluan pengguna jalanraya yang lain.


Berapakah kelajuan (km/j) yang sesuai untuk BKTK  ?
 
Tiada kelajuan yang ditetapkan untuk BKTK, semuanya terpulang pada kemampuan individu, keadaan dan situasi laluan, jarak perjalanan dan kuantiti masa yang ada. Saya mengambil pendekatan untuk bersederhana, tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Jika saya keluar dari rumah awal, saya dapat berkayuh perlahan dan tidak terburu-buru disamping menghiburkan hati sendiri lebih-lebih lagi apabila melihat kesesakan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan ( :

Yang penting, jangan jadikan kelajuan kita yang perlahan itu sebagai satu asas untuk dibenci oleh pengguna jalanraya lain.

 B   E   R   S   A   M   B   U   N   G
 
Nota ingatan kasih:
Penghargaan tidak terhingga pada individu yang sudi klik pada iklan dalam laman ini ( :

30 August 2012

Etika Kayuhan Secara Berkumpulan



Etika Kayuhan Secara Berkumpulan

Lakukan !!

(1) Bertindak mengikut arahan dan saranan dari pihak pengurusan, ketua kumpulan serta pengiring.

(2) Tepati masa.

(3) Bawa kad pengenalan, telefon bimbit (beserta pengecas jika perlu), dan wang belanja yang mencukupi semasa perjalanan.

(4) Ketahui lokasi pertemuan, lokasi kayuhan dari mana ke mana (to and from) dan laluan (route) terlebih dahulu. Pengetahuan ini adalah penting jika (a) anda terpisah dari kumpulan atau (b) memerlukan perubahan laluan jika berlaku sebarang situasi atau kecemasan.

(5) Ketahui nombor untuk dipanggil jika anda memerlukan bantuan. Contoh: pihak penganjuran, pengiring, rakan kayuhan atau saudara mara. 

(6) Berkayuh dalam kumpulan. Beritahu ketua kumpulan terlebih dahulu jika anda mahu meninggalkan kayuhan, memendekkan laluan, atau keinginan untuk menunggang bersendirian.

(7) Hormati pengayuh basikal dan pengguna jalanraya yang lain.

(8) Jangkakan perubahan pergerakan secara tiba-tiba oleh penunggang basikal atau pengguna jalanraya lain, terutamanya pada permukaan jalan yang buruk ataupun keadaan berangin.

(9) Gunakan lorong motorsikal / basikal pada laluan yang ditetapkan di jalanraya (jika ada).

(10) Berhati-hati apabila berkayuh berhampiran lori atau kenderaan besar lain.

(11) Pastikan basikal, peralatan dan kelengkapannya berkeadaan baik serta selamat untuk digunakan.

(12) Sentiasa pakai topi keledar.

(13) Bawa makanan dan minuman yang mencukupi untuk melengkapkan laluan. Kerap minum jika cuaca panas bagi mengelakkan strok haba (heat stroke).

(14) Kongsi makanan atau minuman dengan rakan kayuhan yang memerlukan. 

(15) Bawa tiub gantian, tayar gantian, alat penampal dan pam untuk membaiki kebocoran tayar anda sendiri. Anggapkan yang rakan yang lain berkemungkinan tidak menggunakan saiz atau jenis peralatan yang sama dengan anda. 

(16) Kongsi tiub gantian, tayar, alat penampal atau pam angin anda dengan seseorang yang memerlukannya. Jika anda adalah individu yang memerlukan, pastikan anda menggantikan apa yang telah dipinjamkan. Suatu hari nanti ianya pasti akan berlaku kepada anda. 

(17) Perhatikan kenderaan dan pejalan kaki lain, beri isyarat tangan yang jelas bagi menunjukkan arahtuju anda.

(18) Tunjukkan pada pengayuh atau pengguna jalanraya yang lain tentang apa yang anda rancang untuk lakukan. Sentiasa melihat keadaan sekeliling terlebih dahulu, diikuti memberi isyarat tangan ketika mahu bermula, berhenti atau membelok.

(19) Pastikan anda dan basikal anda mudah dilihat. Pakai pakaian yang terang dan sentiasa menggunakan lampu selepas gelap atau dalam keadaan cuaca buruk.

(20) Jadikan diri  dan basikal anda mudah dilihat pada waktu malam dengan memakai pakaian / alat pemantul cahaya dan lampu keselamatan

(21) Bawa pakaian dan kelengkapan lain yang cukup, bersesuaian dengan keadaan cuaca dan situasi (berkayuh / solat / mandi / tidur).  

(22) Jika terdapat kemalangan, nilaikan kerosakan dan jika anda bertanggungjawab, tawarkan untuk membayar kos pembaikan. Jika yakin seseorang menyebabkan kerosakan kepada anda, berbincang mengenainya dan buat penyusunan untuk pembaikan. 

(23) Disarankan untuk melengkapi basikal anda dengan kunci bagi mengelakkan kecurian.

(24) Jaga kelestarian alam sekitar, kebersihan, tatasusila dan hormati penduduk serta adab resam setempat.

(25) Berinteraksi dengan seramai mungkin rakan kayuhan yang lain dan dapatkan tip berbasikal kembara dari mereka.

Jangan lakukan !!
(1) Jangan tinggalkan sesiapa di belakang. Setiap orang mempunyai tanggungjawab bagi memaklumkan ketua kumpulan atau pengiring jika mengetahui seseorang telah tertinggal.

(2) Jangan melanggar lampu isyarat merah, ia adalah berbahaya dan menyalahi undang-undang.

(3) Jangan berkayuh pada arah yang salah di jalan sehala melainkan jika ia ditandakan dengan jelas sebagai laluan dua hala.

(4) Jangan memotong melainkan terdapat ruang yang cukup dan berkeadaan selamat untuk berbuat demikian.

(5) Jangan berkayuh terlalu hampir dengan kenderaan yang sedang bergerak.

(6) Jangan merapat terlalu hampir dengan kenderaan yang diletak di bahu jalan bagi mengelakkan kejadian terlanggar akibat pintu tiba-tiba dibuka

(7) Jangan terlalu mengharapkan makanan / minuman, tiub / tayar gantian, pakaian atau pam angin dari individu lain. Seseorang mungkin akan menawarkan kepada anda, tetapi haruslah disedari yang individu tersebut juga akan mengalami risiko kekurangan.

(8) Jangan bertindak agresif terhadap kenderaan atau pengguna jalanraya yang lain. Kenderan lain adalah lebih besar, lebih cepat, dan diinsuranskan berbanding dengan basikal anda.

(9) Jangan bertindak secara tidak siuman samada di lalulintas mahupun di bandar. Hormatilah semua undang – undang lalulintas.

(10) Jangan berkayuh di tengah atau laluan paling kanan jika terdapat kawasan berbilang laluan. Sebaliknya kayuhlah di laluan paling kiri atau di bahu jalan.

(11) Jangan gunakan telefon bimbit atau peralatan elektronik lain semasa berbasikal. Berhenti seketika bagi menjawab panggilan mahupun membuat pesanan ringkas (sms)

(12) Jangan menunggang basikal di bawah pengaruh alkohol, dadah atau ubat-ubatan.

(13) Jangan meninggalkan basikal tanpa diawasi, kuncikan ia bagi mengelakkan kecurian.

Disediakan oleh,
Azizan Zolkipli.
b/p Darul Ehsan Touring Cyclist (DET-C)

Nota:
Dipetik, diterjemah dan diubahsuai dari sumber rujukan berikut:

http://www.bikeforums.net/archive/index.php/t-232724.html

http://www.tfl.gov.uk/roadusers/cycling/14810.aspx

http://www.doeni.gov.uk/roadsafety/index/pedestrians_and_cyclists/cyclists.htm

25 July 2012

Berbasikal ke tempat kerja - Bahagian 1


"Berbasikal ke tempat kerja" (selepas ini akan diringkaskan sebagai 'BKTK'), juga dalam bahasa Inggeris disebut sebagai cycling to work mahupun bike to work merupakan cabang-cabang aktiviti yang terbit hasil dari kecintaan individu mahupun komuniti terhadap aktiviti berbasikal. Terdapat juga aktiviti yang dinamai sebagai Cycle Friday atau Bike Friday, iaitu menggalakan penggunaan basikal ke tempat kerja sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu iaitu pada setiap hari Jumaat.

Di luar negara, di negara-negara maju terutamanya di sebelah Eropah, ianya telah lama diamalkan. Kerajaan mereka turut memberikan insentif menarik kepada pengamalnya, antaranya ialah pengurangan cukai dan diskaun terhadap pembelian basikal ataupun aksesorinya. Pengangkutan awam mereka seperti tren dan bas yang 'mesra - basikal' (bicyle-friendly) selain tempat meletak basikal yang teratur dan selamat membolehkan rakyatnya mengamalkan gaya hidup yang sihat ini.

Di negara kita sendiri, ianya juga turut diamalkan oleh segelintir individu namun dalam jumlah yang sangat kecil. Walaupun tersangat kecil jumlah pengamalnya disamping wujud banyak halangan, ianya diharapkan dapat membuka mata semua pihak (pihak berwajib khususnya) tentang kelebihan, kepentingan dan masalah berbangkit  mengenai aktiviti BKTK ini.

Pada pertengahan bulan Jun 2012 yang lalu, penulis telah mendapat satu peluang pekerjaan 'separuh masa jangka pendek' (part time short term) selama sembilan hari di sebuah butik menjual kelengkapan outdoor yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar. Penulis yang tinggal di Shah Alam, telah mengambil keputusan untuk mencuba sendiri aktiviti BKTK ini bagi menambah pengalaman kayuhan peribadinya dan mengkaji sebarang permasalahan yang mungkin timbul bagi pengamal BKTK. Rangkuman info berkaitan perjalanan kayuhan penulis adalah seperti berikut.

# Info kayuhan

- Lokasi: Seksyen 24 Shah Alam, Selangor ke Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur dan berpatah balik. 

- Masa: dari 1 jam 15 minit sehala (purata masa)

- Laluan: Persiaran Jubli Perak Shah Alam (melepasi seksyen 24, 19, 20 & 21 Shah Alam), laluan motorsikal Lebuhraya Persekutuan hala ke Kuala Lumpur (susur masuk Batu Tiga Shah Alam dan susur keluar Bangsar), Jalan Pantai Baru, Jalan Bukit Pantai, Lorong Bukit Pantai, Jalan Ara Kiri, Jalan Ara dan Jalan Telawi.

- Jumlah hari berbasikal: 8 hari

- Jumlah jarak: 322.62 km (purata 40.32 km sehari)

- Jumlah masa kayuhan keseluruhan: 16 jam 18 minit (purata 2 jam 2 minit sehari) 

- Jarak kayuhan paling jauh sehari: 53.75 km (tersesat ketika hari pertama pergi dan balik kerja)

- Jarak kayuhan paling dekat sehari: 28.74 km (pergi berkayuh, balik ke rumah dengan berkereta)

- Masa kayuhan paling pantas: 1 jam 7 min 22 saat.

- Masa kayuhan paling lambat: 1 jam 21 min 25 saat.

# Info kelestarian alam sekitar:

- Penjimatan bahan api: 36.25 liter (anggaran 8.9 km / liter).
 
- Penjimatan wang: USD 60.175 (anggaran USD 1.66 / liter).
 
- Carbon offset**: 83.75 kg (anggaran 0.2596 kg per km)
 
Nota
* Pengiraan dibuat berasaskan info dari laman web http://www.worldcommute.com/
** Carbon offset ialah pengurangan pelepasan karbon dioksida atau gas rumah hijau yang dibuat untuk mengimbangi pelepasan yang dibuat di tempat lain.

Bagi berkongsi pengalaman selama 8 hari BKTK, penulis akan menyenaraikannya melalui format soal-jawab (Q & A / Question & Answer) pada sambungan artikel ini. Tungguuu ... 

22 September 2011

Bike to Work. Anyone ?


Riding Your Bicycle to Work, by: Jeff Haug in TotalBike website

If more people biked to work we would have cleaner air and quieter streets that require less maintenance. So Why Not Commute By Bike? Here are 12 common excuses and 12 answers to those excuses:- 

1. It's too far to ride
If you live too far from work, consider driving part of the way and riding the rest. This is especially useful if you work in a traffic-congested area. Reducing of motor vehicle use will help the environment and becoming a bicycle commuter will create more awareness of other cycle commuters when you drive.

2. It takes too long
You'd be surprised! Because of traffic in urban areas, cycling generally takes less time than driving for trips of three miles or less, and about the same time for three to five mile trips. For longer trips, consider that you're saving time by combining your daily exercise with your commute. Also, don't forget your savings of time, money (and the environmental benefit) when you eliminate visits to the gas pump.

3. I'd have to get up much earlier if I rode my bicycle

If your commute is less than 10 miles round trip, the difference in commute time will be insignificant. But even if your commute is longer, 30 minutes of extra sleep won't be nearly as invigorating as an early morning ride. You'll arrive at work alert and refreshed. Likewise, your evening ride home should leave you more relaxed since you won't face the aggravation of sitting in rush hour traffic. And you won't have to rush off to an evening workout to unwind. You'll have already accomplished that!

4. I'm out of shape
If you leave yourself plenty of time and go at an easy pace, you'll find cycling no more difficult than walking. As you ride more, you'll ease your way into better shape, building fitness that will be a regular part of your schedule. If you have health problems, consult your family doctor for suggestions on getting started.

5. I can't afford a special commuting bicycle

You don't need one. Your old beater bike gathering dust in the garage will suffice if properly adjusted and maintained, and it's less attractive to thieves. If you have a recreational bicycle you can outfit it with a lightweight rack and bag or use a fanny pack to carry necessary commute items.

6. There's no secure place for my bike

There is probably a storage room or closet where your bike can be secured behind a locked door. Maybe you can even take it to your office - what a status symbol! Or check and see if parking is available in nearby buildings or garages. Otherwise, fasten it to an immovable object with a u-bolt lock, preferably where you can see it.

7. I have to dress nice for work

Some bicycle commuters simply ride in their business attire - they seem to command more respect from motorists. Most ride in casual or cycling clothes and change when they arrive. You can carry your change of clothes in a pack or in panniers on the bike, or even transport them back and forth on days when you don't ride.

8. I can't shower at work
Depending on the weather, you may not need a shower if you ride at a leisurely pace. If you do, take a washcloth, soap, towel and deodorant and clean up at the restroom sink, or look for a public facility or health club within walking distance of your workplace where you can shower. Then encourage your employer to install showers where you work.

9. What if it's rainy or cold
Start as a fair weather bicycle commuter - when the forecast is bad, don't bike. Some people may conquer the elements and commute every day, but it doesn't mean you have to. If you only ride when the weather report is favorable, it will still make a dramatic improvement. The more you enjoy bicycle commuting, the more you'll look forward to your daily ride. You may eventually decide to invest in rainwear and cold weather gear so you can commute year-round!

10. It's not safe to ride in traffic
You can share the road successfully with cars by riding lawfully and assertively. The fear of riding in traffic is often much greater than the actual danger. Most bicycle accidents involve children and cyclists who don't obey the law. Minimize risk by riding properly - visibly, predictably and following all traffic laws. In stop-and-go traffic, a fit cyclist can generally keep up with the traffic flow, so it's acceptable to maintain your place in the roadway. Hugging the curb invites danger as cars try to squeeze past you. To help prevent injury always wear a helmet. You can also reduce the risk of riding in traffic by using less congested secondary roads. You may travel a few extra miles, but you'll be able to enjoy the ride, a worthwhile trade-off.

11. I'd have to ride in the dark
Wear light colored reflective clothing, use a good lighting system and choose a route that avoids major thoroughfares. There are a variety of bike-mounted lights that can help you see and be seen.

12. I need my car for work
Some jobs do require an automobile, but many transportation tasks could be handled equally well on a bike. Meet with your employer and see if your company might not benefit from a more environmentally friendly image if you conducted your business by bike. Consider that many traditional tasks adapt well to cycling, whether it's police work, meter reading, postal delivery, etc. If you absolutely cannot use a bike at work, then use your bike for personal errands at work and at home.


A cycling lane at Precint 2, Putrajaya


 Bike to Work, by Mr. Mohd Zamzuri Suaib, from Ipoh


Some website regarding Bike to Work:




24 January 2011

Ride 4 Gaza: We Ride, We Care! - 16.01.2011

Bersempena pelayaran kemanusian (Humanitarian Sail) ke Gaza, AMAN Malaysia telah mengadakan satu acara sukan amal yang dipanggil "Ride 4 Gaza", dimana mereka mensasarkan penyertaan dari 1000 basikalis yang sudi menyumbang wang ringgit dan tenaga untuk usaha yang murni serta sihat ini.

Yuran penyertaan cuma RM10 untuk penyertaan individu atau RM500 (minima) untuk kelab sukan atau pertubuhan dan semua sumbangan akan dimasukkan ke dana Gaza. . Acara pagi itu dimulakan dengan pendaftaran penyertaan dari jam 0700 hingga 0900 bertempat di khemah urusetia berhadapan dengan Palace of Justice. Pihak penganjuran menyediakan kemeja - T terhad pada individu yang membuat pembayaran secara online dan yang datang mendaftar awal. Ianya diikuti dengan kedatangan VIP serta pihak media dan ucapan pembukaan oleh pengerusi AMAN Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid. Tepat jam 0930, peserta dilepaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pelumba dan bekas pelumba basikal kebangsaan seperti M. Kumaresan, Nor Effandy Rosli, Tsen Seong Hoong, Shahrulneeza Razali, Musairi Musa, Mahazir Hammad turut memeriahkan acara bersama warga Putrajaya disamping pelbagai pertubuhan, pelajar - pelajar universiti, kelab - kelab berbasikal serta basikalis individu amatur mahupun santai. Jumlah penyertaan pada hari itu dianggarkan lebih dari 700 orang menurut pihak penganjur. 

Rata - rata peserta menghabiskan laluan yang berjarak lebih kurang 15 kilometer (menurut meter basikal saya) itu paling lambat sekitar hampir jam 1100 pagi. Selepas itu diadakan pula acara cabutan bertuah di mana hadiah utama ialah tiket penerbangan tajaan Air Asia X ke Perth Australia selain ke destinasi seperti New Delhi dan Tianjin. Selain tiket penerbangan, hadiah cabutan bertuah berupa tiket ke Taman Tema Genting  dan menonton persembahan GLITZ juga disumbangkan oleh pihak Genting Malaysia Berhad.

Tidak hanya orang awam, warga korporat turut membantu membantu menjayakan acara amal ini seperti syarikat Ayam A1, TSH Resources Berhad, 100 Plus, Usaha Syabas Resources dan Putrajaya Holding selaku penaja lokasi serta kemudahan pengelolaan acara.

[Gambar - gambar kredit untuk Ah Chong dan Adnan yang diambil dari laman Facebook mereka]


 Info laluan dan jadual masa Ride 4 Gaza


 RASA = FEEL


Encik Bulat, berselempangkan logo pejuang HAMAS


Bersama geng2 basikalis OGKL


Kaunter urusetia yang terletak berhadapan Palace of Justice


Logo rasmi Ride 4 Gaza "We Ride, We Care" ...


Meleleh air liur tengok basikal touring ni aduhhh ...


 Sebahagian peserta berteduh di bawah redupan pokok sementara menunggu acara bermula


 Geng WOA turut memeriahkan penyertaan Ride 4 Gaza


 Ketibaan menteri Belia & Sukan, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek


 Peserta - peserta berkumpul di hadapan Istana Kehakiman untuk mendengar ucapan pembukaan dari pengerusi AMAN Malaysia


 Tepat jam 0930, peserta - peserta dilepaskan dan melalui gelung belon Ride 4 Gaza sebagai simbolik acara dimulakan


 Mungkin cuba membisikkan kata2 semangat untuk peserta cilik ini


 "Hari ini, jalan Putrajaya ini kita yang punya" ... dari kiri, Ah Chong diikuti Bulat & Fahmi


 Ain Aziz menggunakan roadbike milik suaminya


Ada juga peserta yang mengubahsuai basikal untuk membawa anak mereka


 Melalui jambatan di Persiaran Barat


 Satu lagi jambatan dilalui di Lebuh Sentosa


 Basikal rekaan dulu2, abang ini cukup tabah mengayuhnya. Tiada sistem gear, cuma kayuhan pada nisbah 1:1. Tak kayuh, tak berjalanlah basikal tu kecuali semasa menuruni bukit ...


 Menghala ke sebuah lagi jambatan menuju bangunan PICC


 Bergambar kenangan bersama geng WOA


Pemandangan bangunan PICC serta beberapa bangunan yang baru dibina dari kejauhan


 Himpunan basikal fixie yang turut sama menyertai kayuhan amal ini.


 Himpunan basikal2 custom turut mewarnai hari kayuhan


Cantik aaa fork basikal custom ni ...


Ehh ehh, basikal tua pun ada ? Tapi ini basikal tua yang berjiwa muda hehehe ...


 Pam turut dibawa oleh pemilik basikal tua tersebut


Pemenang hadiah utama cabutan bertuah yang mendapat tiket penerbangan ke Perth Australia, berdiri no. 3 dari kiri


Bergambar kenangan sebelum masing2 bersurai


 Barisan basikalis yang akan berkayuh offroad di Paya Indah Wetlands setelah tamat Ride 4 Gaza