ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

Showing posts with label off road. Show all posts
Showing posts with label off road. Show all posts

22 December 2011

ECC 'Burung Hantu Ride' 2011

Aishhhh, tahun 2011 sudah nak sampai pun ke penghujungnya. Ah Chong a.k.a Tok Penghulu bila disuruh buat laporan pasal kayuhan ni, sibuk aje memanjang. Begitu juga dengan geng Pedal Krem Riders yang lain, bolehlah diumpamakan seperti pantun moden ni:

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;
Suruh berbasikal saya usahakan,
Suruh buat laporan, saya tak mahu ...

Mau tak mau, terpaksalah saya juga yang kena buat laporan. Tapi, bagaimana saya hendak membuat laporan sedangkan tidak berada di lokasi kejadian sewaktu acara berlangsung ? Hmmm, jalan mudah kenalah cilok album gambar Ah Chong di Facebook nya dah membuat ulasan bergambar. Disertai dengan membuat sedikit penyelidikan di laman web ECC, berikut dipersembahkan pengkisahan penyertaan geng Pedal Krem Riders serta sedikit sejarah mengenai acara kayuhan malam offroad secara beramai-ramai ini.

Latar Belakang ECC & 'Burung Hantu Ride'

- ECC merupakan singkatan kepada 'Enviroment Cycling Club'. Mereka diasaskan oleh beberapa orang penggiat acara berbasikal dari beberapa kumpulan di negeri Melaka yang bergabung untuk membentuk sebuah kelab. Kelab berbasikal ECC ditubuhkan oleh basikalis, untuk basikalis (by cyclist, for cyclist)

- 'Burung Hantu Ride' 2011 merupakan acara kayuhan offroad malam beramai-ramai kali ketiga pernah dianjurkan oleh ECC. Kali pertama pada 24hb Okt 2009, kali kedua pada 30hb Okt 2010 dan yang terkini pada 1hb Okt 2011 lalu.

Nota:
Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. Imej lebih beresolusi tinggi boleh dilhat dengan cara klik pada gambar.

ECC Burung Hantu Ride 2011

- Tarikh: 1~2hb Okt 2011

- Yuran RM 50 untuk seorang, dengan RM 5 akan disumbangkan kepada badan amal. Pendaftaran penyertaan adalah secara individu ataupun berkumpulan. [Rujuk sini]

- Logo 'Burung Hantu Ride' 2011:

Logo ECC Burung Hantu Ride 2011

- Rekabentuk Kemeja-T 2011 ECC Burung Hantu Ride

Pandangan hadapan

Pandangan belakang

- Undang-undang penyertaan [Rujuk sini]

- Penajaan [Lihat sini]

- Laluan kayuhan berjarak lebih kurang 45 kilometer dengan 5 check point [Rujuk sini]

- Profail laluan


Profail laluan 'Burung Hantu Ride' 2011

- Aturcara program [Rujuk sini]

- Koleksi album gambar [Lihat sini]

- Komen tentang ECC 'Burung Hantu Ride' 2011 oleh rakan-rakan kayuhan [Kompilasi di sini]

Penyertaan Pedal Krem Riders pada Burung Hantu Ride 2011

- Burung Hantu Ride 2011 pada kali ini, disertai oleh wakil dari Pedal Krem Riders iaitu Ah Chong, Arey, Hadri, Jay, Adzmin, Pojie dan seorang lagi rakan sekutu PK Riders iaitu Zuwairy. 

- Jika pada tahun 2010 sebuah homestay disewa ketika di Melaka, tetapi tidak untuk tahun ini dimana semua ahli datang berasingan dan berjumpa di sekitar lokasi kawasan permulaan kayuhan.

- Gambar-gambar diambil dari album Ah Chong di Facebook beliau:


Ah Chong datang berseorangan, dengan kenderaan & basikalnya
Proses pendaftaran dan mengambil cenderahati (goodies)
XDS, antara syarikat yang mengambil peluang membuka khemah pameran/jualan
Jenama Cat Eye, tidak asing lagi dikalangan basikalis
Basikal lama jenama Raleigh turut dipamerkan
Hadiah-hadiah utama cabutan bertuah
Persiapan lampu dan plet penyertaan pada basikal Ah Chong
Peserta mula membanjiri kawasan stadium UTeM
Foto grup Pedal Krem Riders
Sempat menyedut oksigen karbon monoksida. AMARAN: Merokok merbahaya untuk kesihatan
Adzmin sempat menambah kalori yang diperlukan sebelum berkayuh
Bunga api turut dilepaskan untuk menggamatkan lagi keadaan
Pedal Krem Riders ready to rock & roll !!
Ohhh, kesesakan lalulintas mula berlaku ...
Laluan ditandakan dengan LED yang dibuat khas dan diletakkan di tempat strategik
Ah Chong di checkpoint, mengambil pisang yang disediakan penganjur
Antara mereka yang ter'tewas'  ) :
Dari offroad, laluan kembali keluar ke on-road
Menghampiri kawasan stadium UTeM
Bakal melalui gerbang penamat, dalam perjalanan ke khemah urusetia
Ah Chong dengan urusetia penganjuran, sebelum mengambil medal nya
Rezeki cabutan bertuah Ah Chong, mendapat hadiah berupa topi keledar
Rupabentuk medal 2011 ECC Burung Hantu Ride dari dekat
Macam biasa, Pojie setiap kali lepas habis 'Burung Hantu Ride' mesti krem satu badan ( :
Zuwairy top up kalori yang hilang selepas jauh berkayuh
Arey menghantar 'laporan mutakhir' kepada 'orang rumah' barangkali ...
Hadri menyedut oksigen karbon monoksida sambil berSMS, dengan diperhatikan oleh Zuwairy yang sedang asyik makan
Peserta berehat di mana-mana sahaja kawasan yang difikirkan selesa
"Ini tamat ke tidak sebenarnya ni hehehe ..."
Beratur untuk mengambil hidangan yang disediakan oleh penganjur
Arey dan Adzmin sedang menikmati makan malam awal pagi mereka
Hidangan yang disediakan oleh pihak penganjuran
 
"A thing well done is worth doing" - Hugh Leonard

01 August 2011

PCC Specialized Presidential Ride 2011 - Pra Jambori

PCC Specialized Presidential Ride 2011 telah diadakan pada 24hb Julai 2011 lalu dengan meriah dan jayanya bertempat di University of Nottingham sebagai lokasi mula/tamat serta memasuki laluan offroad sekitar Broga. Berkonsepkan jambori, dengan tiada perlumbaan. Ianya telah menarik banyak penyertaan untuk peminat sukan mountainbike sekitar Lembah Kelang mahupun dari luar walaupun pada hari yang sama terdapat lagi satu acara iaitu MTB Ride - Batu Gajah Treasure Hunt.

Antara sebab yang memungkinkan ramai penyertaan selain dari lokasi yang bertempat di Lembah Kelang; ia diadakan pada dua minggu sebelum datangnya bulan Ramadhan dan faktor utama adalah hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan.

Pedal Krem Riders telah diwakili dua orang peserta, iaitu Mohamad Fairos a.k.a Ah Chong dan Wan Ahmad Fauzi a.k.a Pojie. Rakan - rakan Pedal Krem Riders yang lain tidak dapat menyertai kerana berada di luar kawasan, bertugas, mendaki gunung mahupun menyertai kayuhan yang lain.

Acara dimulakan dengan mengambil goodies bag di Specialized Bikes Boutique bertempat di Kota Damansara sehari sebelum acara kayuhan. Selain mengesahkan pendaftaran dan mengambil goodies bag, Ah Chong dan Pojie ditemani beberapa rakan kayuhan lain turut berpeluang melawat butik Specialized.

Nota:
Gambar - gambar diambil dari koleksi album gambar Ah Chong di Facebook dan juga printscreen dari laman PCC Specialized Presidential Ride 2011. Segala hakcipta adalah terpelihara. Imej dengan resolusi lebih tinggi boleh dilihat dengan cara klik pada setiap gambar.

MTB Ride - Batu Gajah Treasure Hunt dan PCC Specialized Presidential Ride berlangsung pada tarikh yang sama


Maklumat ringkas kayuhan


 Info kayuhan


 Info pendaftaran, pengambilan goodies bag dan panduan acara


Penaja - penaja


Hadiah - hadiah SUPER cabutan bertuah


Pojie sedang menguruskan pendaftaran kayuhan


T - Shirt kayuhan


Banner kayuhan


 PK Riders bersama mentor mereka, Along a.k.a Biawak Tasik


Passport kayuhan Ah Chong


Butik Specialized yang dimiliki oleh GH Speedbikers Sdn Bhd, terletak di PJU 5 Kota  Damansara


Selain Specialized, ada juga dijual jenama Fuji dalam kedai ini


Uisshhh, geram tengok Specialized yang merah menyala ni huhuhu ...


Pemandangan sekitar kawasan kaunter di tingkat paling bawah


 "Nak jengah tingkat atas lah pulak" ...


Sesetengah komponen basikal, dipamerkan dalam rak kaca


 Pojie teringin nak tukar ke Specialized pulak ke hehehe ...


Isteri Ah Chong, turut dibawa sama ke butik ini ...


Topi keledar yang dipamerkan untuk jualan


Teringin nak beli topi camni kot ahaksss ...


Ruang pameran produk jenama 'mata kucing' dan 'enam enam satu'


Along pun berminat nak tukar jenama basikal kot hihihi ...


Terdapat juga basikal lipat & roller untuk latihan

"The way to know life is to love many things" - Vincent Van Gogh