ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

09 June 2010

Jambori HTR Ipoh 2010: Rakaman lensa

Prolog:
Pedal Krem Riders ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih pada encik Aminudin @ Paksu & isteri beliau Zarina serta keluarganya di Kampung Manjoi, Ipoh yang telah memberikan kami kebenaran untuk menginap di situ. Kami tidak menyangka disambut dengan begitu meriah sekali, disertai dengan jamuan BBQ besar - besaran bersama ahli keluarga mereka. Juga terima kasih kerana membawa kami berjalan - jalan sekitar Gerbang Malam (ala2 Uptown Shah Alam / Downtown kL). Allah SWT sahajalah yang dapat membalas budi kalian ...

Gambar2 dipetik dari laman:
* Facebook AhChong:

* Facebook Hadri:

* Facebook Paksu @ Aminudin Abdul Shukor:


 Perjalanan melalui lebuhraya PLUS pada petang Sabtu, 29hb Mei 2010.

Ah Chong & Nina memeriksa nama masing2 di papan kenyataan

Geng PK Riders bersama2 pihak penganjuran di bilik gerakan jambori, Taman Perpaduan, Ipoh.

Ah Chong mewakili PK Riders mengambil no. plet penyertaan untuk semua. Malangnya, nama beliau pula yang tiada. Hmmm, camna tu ...

T - shirt cenderahati untuk peserta2, didapati dalam dua warna; hitam & putih.

'Window shopping' di khemah jualan yang dibuka bersempena jambori

Banner rasmi Jambori HTR Ipoh 2010

Sesampainya di penginapan kami yg terletak di Kg. Manjoi. Wow, ada BBQ !!

Hidangan menyelerakan menanti PK Riders yang telah kelaparan hehehe ...

Adzmin & Nik dah terus tak tengok kiri - kanan lagi ...

Hidangan 'pinggan pertama' seorg ahli PK Riders (nama dirahsiakan atas sebab2 keselamatan hahaha )

Ahli PK Riders makan berjemaah. Masa ni kalau bom meletup pun tak lari gamaknya : )

Lepas melantak@mentekedarah, sempat keluar window shopping di Gerbang Malam pula. Antara cenderahati yg dibeli utk dibawa pulang, hiasan untuk kasut Crocs. Jangan jeles aaa, logo Fox kaler pink : )

Chief engineer sedang tekun memprogram jentera kayuhan menggunakan teknologi gigi biru (bluetooth)

 Antara jentera kayuhan yg sedang menunggu giliran utk ditala (tuning) oleh chief engineer ...

 Pengarah bahagian teknikal yg tak habis2 menggodek basikal beliau

Menyusuri lebuhraya PLUS pada pagi Ahad 30hb Mei 2010 untuk ke Tmn Perpaduan, Tambun.

Paksu & basikal beliau, kelihatan begitu bersemangat untuk memulakan acara

Persiapan terakhir ahli2 PK Riders

Cik Da, sebelum memulakan acara ...

Ahli2 PK Riders, masing2 tersenyum girang sebelum memulakan acara

" Baris ... baris, sediaaa ... "

Peserta2 yang turut sama memeriahkan jambori pada hari itu. 
P/s: maaf, kat sini tak boleh nak tag naa ...

Beberapa minit sebelum peserta2 dilepaskan ...


 "Alamak aaiii, banyaknya umat !! Camna nak dapat tempat kat podium ni huhuhu ... "


Adzmin memanjat batu utk jadi jurugambar, merangkap pegawai bancian kira jumlah peserta2


Hadri & Paksu berhenti seketika di tepi menunggu kehadiran PK Riders yg lain


 Di puncak bukit pertama. View kat belakang ala2 di Colorado USA.
Ketika ini, Ah Chong masih belum dapat2 lagi no. plet penyertaan beliau ...


Tak dapat hadiah di podium, dapat belon pun jadilah ...


Menunggu giliran ambil cendol, uishhhh sedap, sedapppp ...


Berehat selepas makan tengahari. Menunggu sesi no. bertuah masing2 diundi pula hehehe ...


Menanti detik2 undian cabutan bertuah diumumkan


Tunjuk perasaan akibat tidak mendapat tempat di podium serta gagal membawa
pulang sebarang hadiah cabutan bertuah



PK Riders bergambar kenang - kenangan bersama Paksu, sebelum pulang ke KL.


Belon cenderahati dari Jambori HTR 2010 Ipoh, khas untuk jentera logistik BEL6689 sahaja : )


1 comment:

Anonymous said...

like