ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

11 October 2010

Kayuhan Mistik @ Lolo: 08.10.2010


Ceritera Ah Chong:
plan nak jumpa dalam jam 10 mlm, tapi disebabkan kesesakan yg luar biasa & biasa di KL, menghalang ahli tiba lebih awal ... aku yang dah tersampai awal sikit dalam 10.30 mlm dok le lepak kat pintu dam ... cerah sikit ... giler seram ... layan rokok 4 / 5 batang sebelum A.J & Pojie sampai dalam pukul 11.00 mlm. So, dalam 11.30 mlm baru lah start kayuh ke Lolo ...

Tujuan sebenar ride untuk mencuba senjata terbaru (lampu) masing2 & sebahagian training utk ECC nanti ... ada yang puas hati & ada yang tak ... macam aku, tak puas lagi dengan setting dengan kadar kecerahan lampu ... so setting baru dalam perancangan ... 15 minit pertama mantop ngan kayuhan ... masih lagi maintain ... masuk minit ke 16, hampeh ... memasing dah tak larat nak kayuh ... so, tolak je solution nya, hahaha ...

ingat nak lepak kat pondok pertama tapi cam power lagi nak tolak ... so, sambung lah tolak sampai pondok 2 ... memasing bawa keluar air & ration memasing ... sejam baru sampai sini ... lepak dalam 2 batang rokok je ... waktu tu tetiba aje rasa suasana yang begitu hening sekali ... hati pun macam berat nak teruskan ke Lolo ... so amik keputusan berpatah balik aje lah ... dah seram ooooo ...

inilah la masanya nak mengetest lampu memasing ... downhill sepanjang jalan ... ade yg main sliding, ada yg beberapa kali masuk longkang hahahaha ... tak banyak beza ngan downhill waktu siang ... kelajuan hampir sama ... dahsyat oooo cuma kurang beberapa minit aje kalau ride siang ... masa turun tu ada ternampak macam lampu suluh dari bawah ... macam orang nak naik ke Nuang waktu mlm ... so perlahan sikit basikal ... tapi lepas beberapa minit menanti macam takde orang juga ... hmm....buat bodoh ajelah ... lantak ... cerita banyak tak mau ... cabuttttt ... hahahahaha ...

sampai kat bawah dalam jam 1.30 pagi. sempat basuh basikal dalam bilik air ... selepas itu tukar baju, terus lepak makan kat restoran yang entah dimana ... siapa ade berani, jom turun nite ride ke Lolo lagi ... aku ON aje hahaha ... 

Ceritera A.J: 
ahaaa baru ade semangat ... tauke besar sudah cerita ... ini bahagian saya pula ...


kayuhan malam tu masa mendaki agak memenatkan sikit sebab cuba nak teruskan sampai terpaling lama dan jauh ... keadaan malam tu di pondok guard sampai lah ke pondok dua amat sunyi daripada biasa ... hanya kedengaran bunyi2 cengkerik dan burung2 yg pelik ... (selalu naik Lolo malam2, OK aje) ... masa tu rasanya takde orang naik lagi ... kalau ada pun, mungkin dalam 3 hingga 4 orang aje kot ...

perjalanan tetap diteruskan sampai lah ke pondok 2 ... dan Ah Chong bersuara mengatakan hati kurang sedap ... terus aku dengan Pojie pun rasa malas nak teruskan pendakian ... kami kasi recover energy ... keluar air istimewa (twister!),  than shoot turun ... mula2 Ah Chong depan then Pojie then aku ... kemudian bertukar Pojie depan ... sebab dia amat laju ... Ah Chong tengah dan aku tetap blakang memandangkan setting brek masih tak betul ... so takmo kang eksiden ... huhuhu ...

Alhamdulillah kami sampai bawah semua dengan selamat ... (hmmm, cahaya lampu tu kelihatan bukan hanya masa turun ... tapi masa mendaki juga ... tapi ku diam aje ... heee ... ) kiranya ... antara kayuhan malam, yang ini paling seram lah ... ouuhhh, kemudian selepas membersihkan apa yg patut ... kami menjamu selera di restoran Arina Seaffood ... sangat menyelerakan, walaupun tak kenyang ... hahaha ... sekian ...

Qoute for the Ride:
All life is an experiment. The more experiments you make the better - Ralph Waldo Emerson


 Sebelum memulakan kayuhan offroad malam


 Di 'gerbang rimba' Hutan Lipur Gunung Nuang


Boleh kayuh, kita kayuh ... Tak boleh, kita tolak ... nama pun MTB (mari tolak basikal) hehehe ...


R & R di pondok yang disediakan


 Basikal juga perlukan rehat secukupnya : )


Macam mandikan baby pula hihihi ...


Ooiittt, apa skodeng ni haaa ?



"Geylang, si paku geylang ... Geylang, si rama2 ... Pulang, marilah pulang ... Marilah pulang, bersama2 ..."


Calories law - "what come out, must come in" (equal or more hahaha ...)


Sessi makan2, ditaja (guna duit sendiri) oleh Arina Seafood

Good Morning MEX: 03.10.2010

Selalunya Ah Chong memang sinonim jika dikaitkan dengan kayuhan di lebuhraya MEX, sampai kadang2 digelar Penghulu MEX. Tetapi itu hanyalah kayuhan yang dibuat pada waktu malam. Buat julung2 kalinya, beliau layan MEX pada waktu siang. Mungkin untuk mencuba basikal touring beliau, dalam mode touring yang sebenar walaupun dengan tidak membawa sebarang beg pannier.

Kata Ah Chong:

Best gak ooo layan MEX waktu pagi ... berselisih juga dengan 20 orang rider yg layan MEX masa tu. boleh layan lagi lepas ni tapi harus awal lagi lah ... lambat mula, alamat layan 'rentung' lah hahaha ...

Qoute for this Ride:


 Selamat datang ke lebuhraya MEX


 Ah Chong & 'bayangan' beliau


Susur keluar ke kawasan rehat Seri Kembangan


Alamak !! Kawasan angin lintang pun ada daaa. Selalu lalu malam, tak perasan pun ...


 Dah sampai pun di penghujung lebuhraya MEX


 Ah Chong dengan latar belakang plaza tol Putrajaya lebuhraya MEX


 Jamis Allegro 2X pun nak rehat juga ...


 Berhenti sebentar melepaskan lelah di R & R Seri Kembangan arah utara


Nasib baik basikal tak reti minta makan - minum, kalau tidak ...


 'Air kemenangan' merangkap 'air sedap' Ah Chong ...

06 October 2010

Kayuhan PCP (Pergi Cari Pasal): 01.10.2010

Kayuhan yang sengaja dibuat pada waktu malam, bertujuan untuk melatih fizikal & mental serta setup lampu bagi memasuki kayuhan ECC Melaka pada 30hb Oktober 2010 nanti.

Bertempat di PCP (Putrajaya Challenge Park) atau Taman Cabaran Putrajaya, taman ini terletak di Presint 5 Putrajaya. Buat julung2 kali seorang peserta, iaitu Jay (Abdul Jalil) berkayuh di PCP, walaupun beliau memiliki sebuah kereta yang mempunyai no. pendaftaran PCP hehehe ...

Kayuhan yang dijanjikan untuk bermula pada jam 11 malam, bertukar menjadi 12.30 tgh malam. Walaupun bermula agak lambat, ianya tidak menghalang semangat semua peserta untuk berkayuh. Dimulakan dengan memasuki laluan sekitar pokok kelapa sawit berhampiran kubur 1 Malaysia Presint 5. Peserta membuat kayuhan reverse - track iaitu melawan arah laluan normal dengan kebanyakannya adalah laluan menaik.

Laluan kayuhan diselang selikan dengan pelbagai trail, campuran antara cross - country (XC) dan downhill (DH). Adalah sukar untuk melalui laluan ini pada waktu malam, dengan jarak penglihatan yang terhad.

Kemuncak pada kayuhan ini adalah lepak di kawasan paling tinggi di PCP, dimana peserta dijamukan dengan panorama malam sekitar kawasan Putrajaya. Kayuhan diakhiri dengan semua peserta mencuci jentera kayuhan, sebelum masing2 dihalau dari tempat cucian tersebut oleh seorang pegawai keselamatan bertugas. Maafkan kami ye Pakcik, kami tidak tahu yang kawasan itu tidak boleh dimasuki pada waktu malam (kononnya hahaha).  Selesai meletakkan basikal pada kenderaan masing2, kami ke sebuah kedai makan berhampiran untuk menjamu selera. Selepas menjamu selera dan bersembang2, peserta bersurai lalu pulang ke rumah masing2 ...

Kita ikuti apa kata peserta2 kayuhan ini ...

Hairul Anwar a.k.a Herol:
"Aku gak yg gagal semalam, tidur kat BHP Taman Connaught sampai pukul 7.30 pagi, pastu berhenti lagi kat Mobil Jln Cheras sambung ZzZz sampai pukul 8.30 pagi, baru balik umah. Sampai rumah terus koma sampai pukul 6 petang. Basikal pun terjemur atas bumbung kereta ... "

Mohd Fairos a.k.a Ah Chong:
"balik mandi jer terus tumbang sampai 12.30 tgh hari ... makan jap pastu terus sambung tidur balik sampai 5 petang ... minum jap sambung balik pengsan sampai pukul 9pm ..."

Azizan a.k.a Wakjan:
"teman bgn tidor 10am+, pastu 12pm+ zZz balik sampai Zohor. gi openhouse satu rumah mencekik kaw2 punya pastu balik sambung zZz sampai Asar. lepas Asar zZz lagi sampai Maghrib ..."

Quote for the ride:
Don't go through life, grow through life - Eric Butterworth


Kereta berpendaftaran PCP bersama pemiliknya, pertama kali ke PCP
Ah Chong, tiba lewat di lokasi kejadian ...

Kesemua peserta telah bersedia untuk beraksi

Wakjan yang kegersangan, ehh, kehausan daaa ...

Singgah sebentar berehat di pondok yang disediakan dalam trail

 Di sebuah dataran lapang yang kecil, kalau siang2 memang dijamin tak rehat di sini, panas ...

 Jambatan kayu menuju ke bahagian bukit yg mempunyai pelantar pemandangan

Menikmati pemandangan panorama malam Putrajaya dari kejauhan

Masing2 asyik mendengar celoteh dari kawan pada abang Ken

Seperti biasa, aksi berlenggeng dari Wakjan

 Basikal dan pengayuh lasak diperlukan, yang tak lasak boleh dok sahaja di rumah hehehe ...

Kiri atau kanan ? Merah atau hitam ? Pilih sahaja salah satu ...

Selesai menamatkan urusan offroad di waktu malam

PCP. We saw, we came, we concquered ...

Sessi membasuh basikal; Pojie & Jay

"Apa yang penting ? Kerjasama ..."

Adzmin tunggu giliran mau cuci basikal ...

Beberapa detik sebelum 'diusir' oleh pengawal keselamatan bertugas

Bincang pasal nak upgrade basikal kot ...

Makan 'awal pagi' di sebuah restoran berhampiran PCP

Wakjan, yang tertewas ...