ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

06 October 2010

Kayuhan PCP (Pergi Cari Pasal): 01.10.2010

Kayuhan yang sengaja dibuat pada waktu malam, bertujuan untuk melatih fizikal & mental serta setup lampu bagi memasuki kayuhan ECC Melaka pada 30hb Oktober 2010 nanti.

Bertempat di PCP (Putrajaya Challenge Park) atau Taman Cabaran Putrajaya, taman ini terletak di Presint 5 Putrajaya. Buat julung2 kali seorang peserta, iaitu Jay (Abdul Jalil) berkayuh di PCP, walaupun beliau memiliki sebuah kereta yang mempunyai no. pendaftaran PCP hehehe ...

Kayuhan yang dijanjikan untuk bermula pada jam 11 malam, bertukar menjadi 12.30 tgh malam. Walaupun bermula agak lambat, ianya tidak menghalang semangat semua peserta untuk berkayuh. Dimulakan dengan memasuki laluan sekitar pokok kelapa sawit berhampiran kubur 1 Malaysia Presint 5. Peserta membuat kayuhan reverse - track iaitu melawan arah laluan normal dengan kebanyakannya adalah laluan menaik.

Laluan kayuhan diselang selikan dengan pelbagai trail, campuran antara cross - country (XC) dan downhill (DH). Adalah sukar untuk melalui laluan ini pada waktu malam, dengan jarak penglihatan yang terhad.

Kemuncak pada kayuhan ini adalah lepak di kawasan paling tinggi di PCP, dimana peserta dijamukan dengan panorama malam sekitar kawasan Putrajaya. Kayuhan diakhiri dengan semua peserta mencuci jentera kayuhan, sebelum masing2 dihalau dari tempat cucian tersebut oleh seorang pegawai keselamatan bertugas. Maafkan kami ye Pakcik, kami tidak tahu yang kawasan itu tidak boleh dimasuki pada waktu malam (kononnya hahaha).  Selesai meletakkan basikal pada kenderaan masing2, kami ke sebuah kedai makan berhampiran untuk menjamu selera. Selepas menjamu selera dan bersembang2, peserta bersurai lalu pulang ke rumah masing2 ...

Kita ikuti apa kata peserta2 kayuhan ini ...

Hairul Anwar a.k.a Herol:
"Aku gak yg gagal semalam, tidur kat BHP Taman Connaught sampai pukul 7.30 pagi, pastu berhenti lagi kat Mobil Jln Cheras sambung ZzZz sampai pukul 8.30 pagi, baru balik umah. Sampai rumah terus koma sampai pukul 6 petang. Basikal pun terjemur atas bumbung kereta ... "

Mohd Fairos a.k.a Ah Chong:
"balik mandi jer terus tumbang sampai 12.30 tgh hari ... makan jap pastu terus sambung tidur balik sampai 5 petang ... minum jap sambung balik pengsan sampai pukul 9pm ..."

Azizan a.k.a Wakjan:
"teman bgn tidor 10am+, pastu 12pm+ zZz balik sampai Zohor. gi openhouse satu rumah mencekik kaw2 punya pastu balik sambung zZz sampai Asar. lepas Asar zZz lagi sampai Maghrib ..."

Quote for the ride:
Don't go through life, grow through life - Eric Butterworth


Kereta berpendaftaran PCP bersama pemiliknya, pertama kali ke PCP
Ah Chong, tiba lewat di lokasi kejadian ...

Kesemua peserta telah bersedia untuk beraksi

Wakjan yang kegersangan, ehh, kehausan daaa ...

Singgah sebentar berehat di pondok yang disediakan dalam trail

 Di sebuah dataran lapang yang kecil, kalau siang2 memang dijamin tak rehat di sini, panas ...

 Jambatan kayu menuju ke bahagian bukit yg mempunyai pelantar pemandangan

Menikmati pemandangan panorama malam Putrajaya dari kejauhan

Masing2 asyik mendengar celoteh dari kawan pada abang Ken

Seperti biasa, aksi berlenggeng dari Wakjan

 Basikal dan pengayuh lasak diperlukan, yang tak lasak boleh dok sahaja di rumah hehehe ...

Kiri atau kanan ? Merah atau hitam ? Pilih sahaja salah satu ...

Selesai menamatkan urusan offroad di waktu malam

PCP. We saw, we came, we concquered ...

Sessi membasuh basikal; Pojie & Jay

"Apa yang penting ? Kerjasama ..."

Adzmin tunggu giliran mau cuci basikal ...

Beberapa detik sebelum 'diusir' oleh pengawal keselamatan bertugas

Bincang pasal nak upgrade basikal kot ...

Makan 'awal pagi' di sebuah restoran berhampiran PCP

Wakjan, yang tertewas ...

No comments: