ADS BY NUFFNANG

TRANSLATION

30 September 2010

PK Riders beraya dgn Ghost Rider

Pada 9 Syawal 1431H bersamaan 18hb Sept 2010 yang lepas, ahli2 PK Riders telah menziarahi Mazlina atau lebih dikenali sebagai Cuna @ Ghost Rider dikalangan rakan PK Riders. Beliau dan keluarganya di Puchong telah menjamu tetamu dengan makanan yang sungguh spesel, champion punya dan tak boleh didapati di tempat lain iaitu menu Mee Sos bersama beberapa menu2 yang lain.

Mengenang kembali pembabitan Cuna bersama PK Riders, beliau telah mengikuti kayuhan Sabak Bernam - Lumut - Pangkor - Teluk Intan - Sabak Bernam yang julung kali PK Riders lakukan pada 1 ~ 2hb Ogos 2009. Walaupun kini tidak dapat bergiat secara aktif atas sebab kesibukan bekerja, namun beliau tetap memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada komuniti PK Riders. Selamat maju jaya diucapkan pada Cuna @ Ghost Rider dalam apa jua bidang yang beliau ceburi, semoga dapat bertemu lagi di kayuhan akan datang, insyaAllah ...

 
Inilah punca kenapa Cuna digelar Ghost Rider

Kenangan ketika julung kali PK Riders mengadakan konvoi jarak jauh. Mana satu Ghost Rider ?

Wakjan, paling awal sampai !!

Yeop, juga sampai awal ke lokasi kejadian

Mee Sos, sungguh menggiur & menyelerakan nyumm nyumm ...

Sementara tunggu kerusi kosong untuk merasa mee sos, Adzmin balun kuih raya dulu ...

 
Ah Chong punya orang rumah, Fiza (kanan)

Ah Chong sedang membelasah menu2 yang dihidangkan

Pasangan dua sejoli, Pojie & Ayong

 Le Run Majesty, basikal yang digunakan Cuna ketika trip Sabak Bernam - Pangkor - Sabak Bernam

Cuna sibuk melayani tetamu. Amy Desa Pandan (paling kiri), juga pernah berkayuh bersama PK Riders

 Kehadiran Jusrizal sekeluarga turut memeriahkan majlis

No comments: